10 Cara Buang Toksin Dalam Badan Dengan Mudah

Assalamualaikum wbt.

Percaya tak? Seorang manusia terdedah kepada lebih daripada 4 juta toksin sejak lahir, manakala seorang bayi baru lahir terdedah kepada lebih 200 jenis toksin, kimia dan industri dalam badan yang dipindahkan melalui tali pusat ibu.
Gerun kan?

Bayangkan kalau umur kita sekarang dah 35, berapa banyak toksin telah merosakkan badan kita. Sebab tu kita mudah rasa penat, asyik mengantuk, takde tenaga, selalu demam, mudah sakit, ada alahan, berat susah nak turun, jerawat, masalah usus dan sebagainya lagi.

Toksin bukan datang dari luar aje, tapi badan kita sendiri turut menghasilkan sisa metabolik akibat dari stress dan makanan tak seimbang.

Syukurlah, badan kita dah dilengkapkan dengan 'mesin' yang boleh keluarkan toksin tersebut. Toksin boleh keluar melalui air kencing, najis, peluh, tahi mata, tahi telinga dan sebagainya.

pengedar shaklee kuantan

Namun begitu, proses penyingkiran ini boleh terganggu jika badan mengumpul terlalu banyak toksin. Ya, 'organ' perkumuhan kita ini sendiri boleh rosak jika terlalu banyak timbunan toksin yang perlu disingkirkan.

Toksin yang tidak dikeluarkan, boleh menjejaskan tubuh kita. Lama-lama boleh jadi penyakit kronik seperti kerosakan buah pinggang, kerosakan hati, sakit jantung, diabetes, serta kanser.

Sebab tu, kita kena bantu supaya organ kita ni dapat buang toksin dengan lancar dan sempurna. Jangan tahu nak timbunkan toksin aje!

Susah ke nak buang toksin?

Tak susah. Badan kita memang akan keluarkan toksin. Tapi kita haruslah bantu proses tersebut supaya jadi lancar.

Di bawah ni saya kongsikan 10 cara yang mudah dan murah untuk buang toksin.

1. Banyak minum air kosong atau jus buah segar

Air kosong atau jus buah segar akan melancarkan peredaran darah sekaligus bertindak menyingkirkan toksin yang ada dalam salur darah dan sel kita.

Wajib cukupkan 8 gelas sehari atau lebih kurang 2 botol mineral besar.

2. Berhenti merokok

Merokok akan buat badan kita ditimbuni dengan banyak sangat bahan kimia berbahaya dan logam berat yang akan melekat pada darah lalu berkumpul pada sel dan organ.

Sisa toksik yang berbahaya nilah akan jadi punca penyakit seperti kanser. Organ penting seperti peparu akan jadi lemah kerana tak mampu nak singkirkan sisa tersebut.

3. Tidur yang cukup dan tepat pada waktu

Proses detoksifikasi berjalan pada waktu malam. Sebab tu kita digalakkan untuk tidur awal lebih kurang jam 9 atau 10 malam.

Pada masa ini, organ hati akan menjalankan fungsinya untuk menapis sisa kimia berbahaya dan membawanya ke usus untuk disingkarkan melalui najis.

4. Banyak makan buah dan sayur

Seperti yang kita tahu, buah dan sayur ada komponen kimia semulajadi yang sangat membantu tubuh kita untuk menyingkirkan toksin.

Contohnya nenas, limau, buahan jenis beri, dan sebagainya tapi kena cari yang organik, iaitu yang tidak disembur bahan kimia semasa penanamannya.

5. Jauhi persekitaran tercemar

Minimakan terdedah kepada udara kotor, asap kenderaan, radiasi elektrik dan elektronik, menghidu gas yang tidak selamat.

6. Puasa

Puasa adalah cara terbaik untuk buang toksin. Amalkan berpuasa Isnin dan Khamis setiap minggu. Tapi, bila dah puasa janganlah pergi berbuka dengan makanan yang tak sihat pula!

7. Kawal stress

Kita memang tak boleh nak lari dari stress, tapi kita dapat mengawalnya. Kawal fikiran akan mengawal emosi. Emosi yang baik dan stabil dapat mengurangkan pelepasan bahan kimia berbahaya dalam badan kita.

8. Berhenti makan makanan rapu, segera dan yang diproses

Ni yang susah sangat kita nak buat tapi kena juga buat. Berhentilah makan segala makanan yang kita tahu memang tak bagus pun untuk badan seperti gula, kopi, lemak tepu, makanan segera, makanan terproses, sebab semua ni adalah toksin.

9. Ambil sumber protein dan serat

Protein dan serat sangat bagus kerana ia dapat memerangkap toksin dan membawanya keluar daripada badan melalui najis.

Makanlah banyak buah dan sayur mentah, bijirin, kacang-kacang, beras perang dan sebagainya.

10. Bersenam secara sederhana

Bersenam akan buat darah kita lebih lancar dan badan akan melepaskan hormon yang akan membantu kita kawal stress.

Tarik nafas panjang (deep breath) supaya oksigen dapat sampai ke seluruh badan kita dengan lancar.

Perlu ke ambil suplemen untuk buang toksin?

Bergantung kepada tubuh badan masing-masing. Suplemen dengan betul dapat membantu sel, organ dan sistem badan kita untuk melakukan tugas menyingkirkan toksin dengan lebih berkesan.

Untuk organ hati, saya menyarankan mengambil DTX Complex.



Untuk usus pula saya cadangkan Herb-lax.

Manakala untuk singkirkan logam berat, saya cadangkan ambil Vivix dan Vitamin C.


Apabila kita melakukan detoks, kita akan membuang bahan yang tidak diperlukan di dalam badan.

Melakukan detoks dapat memberi kita rasa yang lebih sihat dan segar

1. Puasa dapat merehatkan organ kita

2. Organ hati dapat di ransang agar dapat mengeluarkan toksin dengan lebih lancar daripada tubuh

3. Usus, buah pinggang, kulit akan lebih sihat dan dapat berfungsi dengan baik

4. Peredaran darah akan jadi lebih lancar

5. Badan akan dapat nutrien yang cukup

6. Badan akan lebih sihat dan susah jatuh sakit

7. Kulit akan lebih sihat berseri

8. Badan akan lebih bertenaga

9. Rasa lebih muda

10. Hidup lebih ceria, positif dan bahagia

Tak percaya, cubalah buat detoks. Lebih-lebih lagi dengan suplemen Shaklee.

Jika berminat untuk dapatkan suplemen detoks ni, boleh buat belian secara online. Bagi pemegang kad debit dan kad kredit, klik:


Atau boleh juga menghubungi saya bila-bila masa:


012-9645614

ID: 868994


Tiada ulasan:

Catat Ulasan