Wajah Mengembung Gara-Gara Nak Cantik Cepat

Dengan lambakan produk kecantikan yang muncul macam kulat sisir lepas hujan ni, sesiapa pun akan rambang mata.

Pulak tu dihidangkan dengan testimoni boleh jadi cantik  putih merelip dalam sekelip mata. Wanita mana tak tergoda oi!

Bila tengok ramai orang pakai, elok je tak de kesan sampingan, kita pun yakinlah yang produk tu memang berkesan.

Lepas beberapa kali pakai ok je, memang cantik. Kulit bertukar putih, licin, gebu, mulus, flawless sampai sebijik jerawat pun seram nak muncul.

Tapi malang memang tak berbau...

Akhirnya muka tiba-tiba membengkak, rasa pedih, kulit menipis, sakit ,jadi sangat sensitif dan gatal!

Inilah berlaku pada seorang wanita yang beli produk kecantikan murahan dalam talian.

Memang tak salah beli produk online. Masalahnya kita selalu tersalah pilih.

Daripada elok cantik, tiba-tiba dapat penyakit.

Percaya tak, rata-rata produk kecantikan yang murah-murah ni memang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hidrokuinon, tretinoin dan macam-macam lagi cuma tak dinyatakan je.

Saya pernah tengok satu produk yang agak glamer, dia cuma tulis 'agen pencerah' sahaja. Tak lama lepas tu terbukti produk tu memang mengandungi hidroquinon dan di tarik balik dari pasaran.

Kan ada KKM?

Bukan semua produk ada KKM pun. Kadang-kala pemilik produk cuma hantar sample lain kepada KKM, tetapi yang dijual lain pula.

Ada tu yang baru je hantar sample, terus claim ada No. KKM. Kalau baru hantar borang, memanglah nombor borang tu ada.

Ishhh takut dah la saya nak beli!

Sememangnya kita kena takut. Pegang prinsip ni sebelum beli apa-apa produk,

Barang kosmetik dan kecantikan buatan Malaysia semuanya hampeh melainkan yang KKM dah sahkan bukan.


Jadi, sebelum beli tu buat kajian betul-betul. Kalau perlu pergi tanya pihak KKM terus untuk sahkan produk yang kita nak beli ni betul selamat ke tak. 

Bukan sekadar bengkak muka...

Ya, bukan sekadar itu. Mungkin kita tak tahu yang bahan kimia ini boleh meresap masuk ke dalam sistem darah kita dan menyebabkan kerosakan sel yang serius lalu boleh menyebabkan kerosakan organ, sistem dan menjadi kanser.

Jika kita hamil, bahan ini boleh tembus melalui placenta dan mencacatkan janin.

Baca >> Bahaya Produk Pemutih Wajah Kepada Ibu Hamil.

Beringatlah sebelum terkena.

Hari ini mungkin nasib kita baik. Esok lusa belum tahu.

Jadilah pengguna bijak. Jangan kerana nak cantik, kita sanggup menggadai nyawa dan kesihatan kita.

Lagi best, kita yang sakit, pemilik produk kaya-raya. Tak adil betul!

Kalau ada adik beradik, sedara mara, kawan-kawan yang ada membeli produk-produk murahan ni, suruhlah diorang berhenti pakai.

Laburlah duit sikit untuk pakai produk yang memang terbukti selamat contohnya skincare terbaru Shaklee yang bakal masuk tak lama lagi ni. 😁

Sharing is caring!

Nak pulihkan kulit wajah rosak? Hubungi:


012-9645614



Tiada ulasan:

Catat Ulasan