5 Cara Meredakan Ulser Mulut Pada Kanak-Kanak

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini, anak-anak saya diserang ulser. Lepas sorang, sorang lagi kena. Bergilir-gilir. Tak pasti pula sama ada ulser jenis ini akan berjangkit atau tidak.

Mungkin juga virus yang sama menyerang mereka, wallahua'lam.

Saya tidak bawa anak saya ke klinik. Cuma rawat sendiri.

Bagaimana saya tahu anak saya mengalami ulser?

Mula-mula dia demam. Selera makan memang sangat menurun. Macam abang Ammar, dia memang tunjuk ulser muncul belah dalam bibir.

vitamin untuk ulser

Bila turn Aqil, mama ambil henset, on torchlight dan suruh dia nganga. Sebab dia kata sakit nak makan. Kot la sakit gigi.

Bila suluh, memang jelas kelihatan dua biji ulser di hujung tekaknya, satu belah dalam pipi, dan satu lagi pada lidah. Adui, patut la sakit sangat.

Yang Fawwaz pula, juga mula dengan demam. Esoknya baru nampak sebiji ulser pada tepi pipi belah dalam.

Fawwaz ni, sebab campur dengan sakit gigi, meleleh-leleh air liurnya. Nak suluh tekak dia tak bagi pula.

Jadi, apa mama buat?

1. Redakan demam

Kalau perlukan paracetamol, bagi sajalah. Pastikan ikut dos yang sesuai dengan umur mereka. Untuk Ammar (9 tahun) dan Aqil (6tahun) mama bagi Panadol untuk kanak-kanak. Fawwaz tak bagi sebab dia tak nak. Liat nak makan ubat.

2. Paksa minum air kosong yang banyak

Antara punca ulser ni mungkin stress dan kurang air. Mama kena pastikan anak selalu minum. Sediakan segelas air dekat dia. Kot payah sangat, suapkan terus ke mulut diorang.

3. Jaga kebersihan mulut

Walaupun mulut tengah sakit, pastikan mereka tetap gosok gigi. Kumur dengan listerine atau boleh juga dengan air garam, tapi pedih sikit la.

Sebab kalau kebersihan tak jaga, bakteria lagi banyak, ulser susah nak baik, mulut pula busuk melantun-lantun.

4. Sapu krim yang sesuai

Contohnya krim bonjela. Boleh beli di farmasi atau kalau ke klinik pun, doktor akan bagi krim ni juga.

5. Tingkatkan pengambilan suplemen

Udah mamanya jual Shaklee, haruslah bagi anak makan Shaklee. Heheh. Dari awal lagi saya memang bagi anak:

Suplemen ni bertindak menguatkan sistem pertahanan badan anak kita untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Oleh itu, ulser insyaAllah akan cepat sembuh. Anak saya ambik masa kurang seminggu, Alhamdulillah.

Selagi anak belum besar ni, memang kita sebagai ibu bapa akan risau kalau anak terkena penyakit. Cabaran membesarkan anak orang kata kan.

Kita pula rasa macam dah all out untuk pastikan anak sentiasa sihat. Tapi dapat juga jangkitan. Yelah, anak kita bukan robot, duduk senyap setempat saja. 

Anak kita boleh berjangkit daripada sesiapa saja yang dia jumpa. Nak pulak pergi main dengan kawan petang-petang tu kan. 

Oklah, semoga mendapat sedikit manfaat dari perkongsian saya ini. Semoga family kita terus sihat-sihat saja ye! 


012-9645614

ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan