Muzium 3D Ipoh - Funtasy House Trick Art

Assalamualaikum wbt.

Cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga ke Ipoh. Percutian kali ini diterajui oleh kakak. Kami seramai 4 buah kereta bermalam di homestay di area Meru, Ipoh. Taman perumahan baru yang berdekatan dengan taman hiburan MAPS dan Bulatan Amanjaya yang sangat happening pada waktu malam.

Saya nak share ni mengenai muzium 3d yang ada di Ipoh.


Al kisahnya, hari kedua di Ipoh, kami dah pening kepala tak tahu nak kemana. Hari pertama sebenarnya kami jalan ke Penang. Jadi, malam kedua tu kami sama-sama perah otak cari tempat menarik untuk dilawati.

Sejujurnya hari kedua ni memang nak balik Pahang dah, tapi sebelum balik tu nak juga singgah mana-mana dulu kan.

Google punya google, akhirnya kami bertemu dengan muzium 3d atau nama sebenarnya Funtasy House Trick Art.

Oleh kerana memang tak tahu di mana terletaknya rumah 3d ni, kami follow google maps jelah. Senang kan.

Funtasy House Trick Art


Terletak di Jalan Market, Ipoh di kawasan deretan bangunan kedai lama. Agak susah juga nak cari parking sebab bandar, jalan pun sibuk. Lepas tiga kali pusing bangunan akhirnya kami sampai dekat kawasan lapang tempat orang parking kereta.

Dari kawasan parking, kami melalui bangunan kedai yang ada lukisan budak main buai dan orang naik tangga. Tangga ni sebenarnya menuju ke satu lagi tempat ala-ala muzium 3d ni juga, namanya photobooth tak silap (masuk free), tapi sebab tujuan utama kami nak ke muzium 3d tu, kami ambil gambar dekat tangga je lah.



Lagipun masa tu dah pukul 4, kami nak rushing balik Pahang pula nanti.

Depan sikit lagi, akan lalu Concupine Lane, di celah bangunan yang mana ada deretan gerai-gerai jualan dari kaum Cina. Ada cenderamata, ada jual makanan, ada gula-gula kapas, ada bebola ais, macam-macam lagi. Tapi makanan tu kami tak sure halal ke tidok huhu.



Tips: Datang awal, sebab kawasan ni best sebenarnya. Banyak port menarik yang boleh kita singgah. Banyak juga lukisan mural yang cantik untuk kita bergambar.

Harga tiket masuk:

Dewasa RM15
Kanak-kanak 4 tahun ke atas RM10

Sebenarnya harga ni agak murah berbanding sesetengah tempat yang kami pernah pergi. Nak bergambar je pun kan.

Dalam ni ada banyak koleksi lukisan, rasanya lebih 20 lukisan yang di lukis oleh pelukis tempatan.

Saksikanlah gambar2 kami di bawah ni. Ada yang jadi, ada yang tak. Main ngan bebudak ni, biasalah.











Baaaanyak lagi gambar lain. Tapi tak puas hati tengok. hahaha.. kalo korang pun tak puas hati, kena pergi sendiri.

Saya kena tunggu anak-anak besar baru pergi balik. Barulah diorang pandai berlakon masa tu. Hihi..

Ready je bateri fon penuh2 ye.

Oh, sebelum lupa, sebelah rumah 3d ni ada kedai coklat. Masuklah kedai tu. Coklat dia memang berasaskan koko, bukan minyak sawit. Halal sudah tentu insyaAllah.

Sedap. Harga pun ok lah, standard.

Ok, semoga korang enjoy di sana!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan