12 Tanda Sakit Buah Pinggang Yang Tidak Boleh Dibiarkan

Ramai orang tak sedar jika mereka ada masalah dengan buah pinggang kerana ia selalunya tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom melainkan jika sudah di peringkat teruk.

Baca >> Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Jika sedar pun, ramai juga yang anggap ia cuma sakit biasa-biasa, cukup sekadar makan ubat atau makan je lah apa-apa suplemen yang berlambak di pasaran.

Bila keadaan tidak dapat di kawal, tiba masa buah pinggang memang nak collapse, tambah pula dengan pemakanan yang langsung tidak di jaga (sebab tak tahu ada sakit buah pinggang), masa itu barulah kita kelam kabut ke hospital.

Sudah sampai masanya kita sendiri kena ambil tahu tentang kesihatan diri. Perhati dan catat perubahan terhadap diri kita jika ada. Lebih awal kita bertindak, banyak yang boleh diselamatkan.


12 Tanda Sakit Buah Pinggang Yang Tidak Boleh Dibiarkan

1. Kerap kencing, terutama pada waktu malam

Kekerapan kencing perlu di ambil kira sama ada terlalu kerap atau tidak. Warna air kencing juga perlu di perhatikan. Ia selalunya berwarna sedikit gelap.

Selalunya pesakit akan rasa tak tertahan nak kencing, tapi tiada urin yang keluar.

2. Tak selesa dan sakit semasa kencing

Pesakit akan rasa tak selesa, rasa susah nak kencing, atau rasa sakit seperti terbakar. Apabila jangkitan salur kencing berlaku, ia boleh menyebabkan kesakitan dan jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan demam dan sakit belakang.

3. Kencing berdarah

Kalau dah berdarah, nak tunggu apa lagi. Segeralah ke hospital untuk tahu punca sebenar pendarahan itu.

4. Bengkak kaki

Pesakit buah pinggang akan mengalami pembengkakan pada bahagian kaki, tangan, dan mata. Muka seolah-olah sembab. Ini kerana buah pinggang tidak lagi dapat mengeluarkan cecair berlebihan dan ia kekal berada dalam salur darah.

5. Keletihan melampau

Kerap berasa penat, banyak tidur, rasa lemah dan tak larat. Buah pinggang kita menghasilkan hormon yang di gelar erythropoeitin yang membantu penghasilan sel darah merah yang membawa oksigen.

Pesakit buah pinggang mempunyai aras hormon erythropoeitin yang rendah; oleh itu menurunkan penghasilan sel darah merah dan menyebabkan anemia. Apabila paras oksigen menurun, tubuh kita akan mengalami keletihan.

6. Pening dan hilang fokus

Apabila kerosakan buah pinggang berlaku, ia beri kesan kepada sistem saraf pusat. Pesakit mungkin mengalami gangguan ingatan, hilang konsentrasi, perubahan tingkahlaku.

7. Gatal kulit

shaklee kuantan

Toksin dan bahan buangan yang tidak dikeluarkan melalui air kencing akan kekal dalam darah dan sel. Apabila terlalu banyak berkumpul, inflamasi berlaku, dan mulalah muncul ruam atau bintik-bintik yang gatal.

Sistem imun turut menurun, infeksi mudah berlaku.

8. Loya dan muntah

Bahan buangan dalam darah (uremia) menyebabkan rasa loya dan nak muntah.

9. Sesak nafas

Sesak nafas berlaku kerana sama ada cecair berkumpul di peparu atau juga anemia (kurang sel darah merah membawa oksigen, maka jantung terpaksa mengepam darah lebih laju untuk memenuhi permintaan sel).

10. Berasa sejuk sepanjang masa

Rasa sejuk adalah disebabkan anemia, kurang sel darah merah.

11. Nafas berbau (ammonia breath)

Juga disebabkan timbunan bahan buangan dan toksin pada sel badan, menyebabkan bau busuk dan tak menyenangkan.

12. Hilang selera makan, berat badan menyusut

Pesakit akan hilang selera makan kerana bau busuk yang terhasil daripada pernafasan mereka menyebabkan makanan berbau tidak enak.

Apabila kerap takde selera makan, berat badan mula menyusut.

Seperti yang dikatakan pada awal-awal tadi, sesetengah orang tidak merasa apa-apa tanda atau gejala.

Jika kita mengalami salah satu daripada tanda yang disebutkan di atas, segeralah berjumpa doktor dan buat pemeriksaan darah dan air kencing.

Wallahua'lam.




ID: 868994

1 ulasan:


  1. شركة تنظيف منازل بالخبر

    شركة تنظيف منازل بالخبر شركة المثالية هي افضل شركة تنظيف بالخبر يمكنكم التواصل معها للحصول علي افضل خدمات تنظيف المنازل والشقق والفلل والبيوت والمجالس والكنب والسجاد والموكيت والمفروشات بجودة عالية ومواصفات قياسية حيث تعد شركة تنظيف منازل بالخبر اولي الشركات التي التي تخصصت في مجالل التنظيف بالخبر ولديها خبرة كبيرة وعمالة ماهرة وادوات تنظيف حديثة وطاقم عمالة مدرب علي اعلي مستوى فلا تترددوا في الاتصال بشركة المثالية للتنظيف بالخبر وسوف تحصلون علي افضل الخدمات المنزلية من نظافة ومكافحة حشرات بارخص الاسعار

    BalasPadam