3 Cara Turunkan Kolesterol Tanpa Ubat
"Tingginya bacaan kolesterol awak. Bahaya ni!"
Benarkah kolesterol tinggi ini bahaya?
Sebelum kita pergi jauh, ada baiknya kita kenal dulu apa itu kolesterol.
Kolesterol adalah bahan berminyak atau berlemak yang terdapat dalam darah kita.
Kolesterol ni dihasilkan oleh organ hati. Ia bukan saja-saja ada dalam badan ni, tetapi kolesterol ada fungsinya tersendiri.
Banyak peranan kolesterol dan antaranya ialah untuk menghasilkan hormon, juga penting untuk penghadaman.
Kolesterol wujud dalam manusia dan haiwan. Tumbuhan tidak ada kolesterol ye.
Dalam sumber haiwan, kebanyakan kolesterol datang dari daging yang berlemak, kuning telur, susu haiwan dan produknya seperti keju.
Gejala / Simptom Tinggi Kolesterol
Berita buruknya, kolesterol yang tinggi dalam badan tidak menghasilkan sebarang tanda.
Tidak ada simptom!
Seseorang boleh tahu tahap kolesterol hanya dengan melakukan pemeriksaan darah.
Kita digalakkan buat pemeriksaan darah sekurang-kurangnya 1 tahun hingga 3 tahun sekali.
Penting untuk kita tahu level kolesterol kita di tahap mana kerana paras kolesterol yang berlebihan (LDL tinggi, HDL rendah) adalah petanda komplikasi masalah kesihatan yang lebih serius.
Orang kurus boleh tinggi kolesterol? Kanak-kanak?
Kolesterol tak kenal umur, tak kenal jantina dan tak kenal sama ada orang tu kurus macam bihun atau gemuk macam makaroni.
Lagi pun, kolesterol dalam badan ni boleh berkumpul dalam salur darah sejak dari kita kanak-kanak lagi.
Timbunan kolesterol (serta bahan lain) dalam salur darah inilah yang dinamakan --》plak.
Bahaya plak (plaque) dalam salur darah
Penyakit kardiovaskular berlaku apabila plak yang terbentuk menghalang arteri koronari menghantar darah ke jantung.
Complete blockage pada arteri koronari boleh mengganggu aliran darah ke jantung dan menyebabkan serangan jantung 'heart attack'.
Darah beku boleh terbentuk pada plak dan menyempitkan arteri.
Ubat untuk turunkan kolesterol
Biasanya apabila seseorang tu disahkan mempunya tahap kolesterol yang sangat tinggi, mereka akan dibekalkan dengan ubat seperti statin.
Ubat statin (HMG-CoA reductase inhibitors) sering digunakan untuk menurunkan level kolesterol.
Statin bertindak dengan cara menyekat tindakbalas enzim semasa proses sintesis kolesterol, dengan itu paras kolesterol akan diturunkan.
Keburukan ubat statin, ia akan turut menurunkan koenzim Q10 (Coq 10) yang sangat penting untuk tenaga sel.
Bagaimana cara nak turunkan kolesterol tanpa ubat?
❗Ubat perlu di ambil mengikut nasihat doktor
Selain penggunaan ubat, adalah lebih baik jika kita turut mengamalkan cara yang lebih selamat dan semulajadi.
Pendekatan ini di panggil pendekatan holistik (pencegahan secara menyeluruh)
Jadi, apa yang perlu dilakukan?
1. Mengamalkan gaya hidup yang sihat, tinggalkan gaya hidup tak sihat yang sudah menjadi kebiasaan itu.
🚭 Berhenti merokok
✔ Rajin bersenam
✔ Minum banyak air kosong
🚫 Tinggalkan minuman berperisa
2. Ambil makanan yang kaya serat larut
Sumber makanan yang kaya serat mampu memerangkap kolesterol berlebihan dan membersihkan salur darah.
Antara contoh makanan kaya serat larut ialah:
● Oat bran
● Sayur-sayuran dan buah-buahan
● Sterol dan stanol tumbuhan
● Soya
● Kekacang
● Asid lemak Omega 3
3. Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak tepu dan lemak trans seperti:
○ daging berlemak
○ kuning telur
○ produk tenusu
○ biskut dan kek
○ muffin dan snek
○ segala jenis makanan segera (fast food dan instant food) yang ternyata tinggi kandungan lemak dan gula
Kolesterol ni sama macam api. Sikit-sikit jadi kawan, banyak-banyak jadi lawan.
Sama-samalah kita menjaga kesihatan dengan pastikan paras kolesterol sentiasa dalam level selamat. 😊

Puan Suhaila
Pengedar & Konsultan Nutrisi Shaklee
Whatsapp>> www.wasap.my/60132369434
ID: 868994
Tiada ulasan:
Catat Ulasan