Enter Keyword

Vivix Tidak Berkesan Jika...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, semakin ramai yang dah tahu tentang suplemen yang menduduki tangga pertama 'bestseller' di Shaklee iaitu Vivix. 

Kebaikan Vivix bukan hanya dapat di baca di media sosial malah lebih daripada itu, ia sentiasa meniti di bibir ramai orang terutama mereka yang dah pernah merasai kesannya. 

Dengan kuasa 'word of mouth', suplemen Vivix ternyata sentiasa mendapat tempat di hati pencinta suplemen tegar serta pencinta kesihatan.


Pun begitu, ada juga yang bertanya benarkah suplemen Vivix ni benar-benar berkesan seperti yang diperkatakan. Atau sekadar 'hype' , marketing untuk lariskan produk sahaja? 

Shaklee sendiri dah jamin setiap produknya mesti:

✔ Sentiasa selamat
✔ Sentiasa mesra alam
✔ Sentiasa berkesan

Ini sebenarnya telah dibuktikan melalui kajian klinikal bahawa setiap produk shaklee memang memberi kesan positif kepada kesihatan.

Rujuk: https://healthresource.shaklee.com/clinical-research-study-archive/

Saya dan keluarga saya sendiri telah mengalami banyak kesan positif kepada kesihatan kami semenjak menjadi pengguna Shaklee amnya dan Vivix khasnya.

Dalam blog ini saja pun telah banyak pengalaman keluarga kami dan pengguna lain yang saya kongsikan. 

Mereka yang mengamalkan suplemen Vivix dengan konsisten, pasti akan rasa perbezaan sebelum dan selepas makan Vivix yang ketara. 

Perlu diingat, suplemen Vivix bukan seperti ubat. Vivix tidak bertujuan untuk merawat, mengubat, mendiagnos atau mencegah sebarang penyakit. 

❗Vivix tidak berfungsi seperti ubat steroid

Pengambilan Vivix dan suplemen Shaklee lain adalah bertujuan untuk membantu mencukupkan keperluan nutrisi, membantu proses pemulihan badan serta meningkatkan tahap kesihatan.


Jadi, keberkesanannya bergantung sepenuhnya kepada tubuh badan seseorang dan tahap kesihatannya. 

Vivix Tidak Berkesan Jika...

1. Seseorang itu mengharapkan ia berkesan dengan cepat seperti ubat

2. Tidak mengamalkan dengan konsisten

3. Tidak mengambil mengikut panduan yang diberikan oleh pengedar

4. Badan seseorang itu tidak berupaya menyerap nutrisi akibat penyakit tertentu

5. Seseorang itu mempunyai penyakit yang memang memerlukan rawatan hospital contohnya perlu pengambilan ubat, steroid, antibiotik, perlukan pembedahan dan sebagainya. 

Vivix bertujuan mengurangkan kerosakan sel badan, melindungi sel, memberi tenaga kepada sel serta menggalakkan pembinaan sel yang sihat. 


Sampai sekarang pun saya masih makan Vivix.

Jika tuan puan berminat nak jadi sebahagian daripada komuniti Shaklee kami, hubungi saya,

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultan Nutrisi Shaklee
ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan