Enter Keyword

7 Punca Luka Lambat Sembuh Dan Bernanah

Assalamualaikum wbt.

Hampir semua orang pernah mengalami luka pada badannya.

Luka kecil pun sakit. Luka besar apatah lagi. Luka di luar boleh diubat, luka di hati tak siapa yang tahu. Eh tiber.

Ok2. Sekarang kita bercakap mengenai luka fizikal. Luka nyata yang nampak di mata.

Vitamin shaklee untuk luka

Seseorang itu boleh dapat luka apabila dia mengalami:

☻kecederaan
☻pembedahan
☻keradangan pada kulit contohnya gatal-gatal
☻pembedahan cesarean
☻pemotongan anggota

Lazimnya, luka akan sembuh dalam masa yang cepat. Luka kecil mengambil masa dalam 3 hari. Luka besar mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 minggu untuk sembuh.

Namun begitu, ada pula orang yang lukanya tak mau sembuh-sembuh. Ada yang ambil masa berbulan-bulan tapi lukanya sama ada tiada perubahan atau jadi makin teruk.

Hmm agaknya kenapa tu?

Luka yang lambat sembuh atau tidak sembuh hingga melebihi 12 minggu di kategorikan sebagai luka kronik.

Ada bermacam-macam punca dan faktor menyebabkan luka seseorang itu lambat sembuh hingga adakala mengeluarkan nanah.

Antara punca yang selalu dikenalpasti adalah:

1. Gangguan bekalan darah dan oksigen

Sel badan perlukan oksigen untuk berfungsi dengan baik dan untuk bina sel baru.

Namun begitu bekalan darah dan oksigen ini boleh terganggu dan menjadi tidak lancar.

Ia mungkin disebabkan oleh penyakit diabetes ataupun ada salur darah yang tersumbat oleh plak dan kolesterol.

2. Berlaku jangkitan pada luka

Jangkitan berlaku apabila ada kuman masuk ke dalam luka yang terbuka.

Apabila ada kuman, berlakulah radang dikawasan luka dan aktiviti penyembuhan menjadi lambat.

3. Diabetes

Apabila kandungan gula tinggi dalam darah, fungsi kekebalan tubuh akan menurun dan seseorang itu mudah dapat jangkitan dan radang.

❗❗Kuman sangat suka gula. Tinggi kencing manis memang disukai oleh kuman.

Selain tu, gula yang tidak terkawal juga boleh sebabkan gangguan pada peredaran darah serta saraf (neuropati), menyukarkan bekalan oksigen sampai pada sel yang luka.

4. Faktor umur

Umur yang terlalu muda atau terlalu lanjut usia juga menyukarkan luka untuk cepat sembuh kerana sistem imun rendah.

5. Faktor kebersihan

Kawasan luka perlu sentiasa dalam keadaan bersih dan kering. Luka yang lembap akan jadi tempat membiak bakteria.

Pastikan sentiasa jaga kebersihan terutama pada kawasan kulit yang luka.

6. Kekurangan nutrisi

Sesetengah zat nutrisi sangat diperlukan untuk bantu badan kita bina sel baru yang sihat dan pantas.

Orang yang kekurangan nutrisi akan mengalami luka yang lambat sembuh.

7. Faktor kesihatan

Contohnya pesakit HIV atau pesakit kanser yang mempunyai sistem imun yang sangat lemah, menyebabkan luka lambat sembuh.

Apabila anda mengalami sebarang luka atau kecederaan, pastikan ianya dijaga dengan baik untuk elakkan jangkitan.

Apa akan berlaku jika luka tidak dirawat dengan cepat? 

⚠️ Kuman akan mudah merebak, jangkitan lebih teruk dan bernanah

⚠️ Perlu dapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital. Mungkin perlu di cuci semula

⚠️ Jika luka sangat teruk hingga tidak boleh diselamatkan, anggota tersebut perlu di buang. Contohnya seperti pesakit kencing manis.

⚠️ Kuman boleh merebak dalam salur darah dan merosakkan organ penting seperti peparu, buah pinggang dan otak. Nauzubillah

Cara Rawat Luka Supaya Sembuh Dengan Pantas

1. Elakkan ambil makanan yang boleh menyebabkan radang jadi lebih teruk terutama jika ada alahan.

2. Elakkan ambil makanan terproses dan makanan segera serta makanan yang tinggi kandungan garam dan gula.

3. Pantang ambil gula kerana ia adalah toksin yang akan buat sistem imun lemah.

4. Minum air kosong secukupnya untuk galakkan peredaran darah yang lancar.

5. Ambillah banyak makanan berkhasiat iaitu makanan yang tinggi sumber protein, vitamin dan mineral.

6. Jaga kebersihan di kawasan luka. Cuci dengan betul, elakkan menggaru atau pegang dengan tangan.

7. Ambil antibiotik jika perlu (dengan preskripsi doktor)

8. Ambil suplemen Shaklee sebagai tambahan nutrisi
Vitamin shaklee untuk luka

Semua orang nak cepat sihat dan tak mau sakit-sakit kerana ia sangat mengganggu kehidupan kita. Oleh itu dapatkan rawatan yang betul dan jagalah pemakanan sebaiknya.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultan Nutrisi Shaklee
Whatsapp (klik): www.wasap.my/60132369434

1 ulasan:

  1. tq sharing sis ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/12/5-cara-simpan-rm200-secara-paksa.html

    BalasPadam