Enter Keyword

Bagaimana Suplemen Bantu Pesakit Kanser

Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat.

Seorang kenalan saya telah di diagnos mempunyai penyakit kanser rahim. Dia juga telah menjalani pembedahan membuang cyst pada rahim dan rawatan radioterapi.

Vivix untuk kanser

Katanya masa mula2 kena dulu period dia datang sikit. Dia ingatkan nak menopaus. Dia juga takde rasa sakit apa-apa.

Apabila ke hospital doktor menjumpai ketumbuhan dalam rahimnya.

Sekarang dia masih lagi menjalani rawatan hospital dan mengambil suplemen Shaklee iaitu Vivix.

Sebagai pesakit kanser, sudah tentu kita amat berhati2 dalam pemilihan makanan. Apa lagi suplemen.

Kerana makanan (dan suplemen) berbeza memberi effect yang berbeza kepada seseorang pesakit.

Namun begitu, setiap pesakit tidak harus meninggalkan pemakanan yang berkhasiat yang kaya nutrien untuk bantu proses pemulihan.

Antara nutrien yang sangat penting sudah tentulah vitamin, mineral, protein serta antioksidan.

Bagaimana suplemen boleh bantu pesakit kanser? 

1. Memberi tenaga kepada sel kerana rawatan kanser turut boleh melemahkan sel2 yang sihat

2. Memberi zat nutrien mencukupi kerana biasanya pesakit akan kurang selera makan, mulut rasa pahit dan payau effect daripada ubat kemoterapi.

3. Menggalakkan pertumbuhan sel yang lebih sihat

4. Melindungi sel yang sihat daripada turut terjejas oleh sel kanser yang mudah merebak.

5. Mengaktifkan sistem pertahanan dan bantu pesakit menguatkan sistem imun mereka yang lemah.

Suplemen bukan ubat kanser. Suplemen bantu badan kita mendapat nutrien yang badan perlu, yang kita tak mampu dapat daripada pemakanan harian yang biasa.

Ada pesakit yang hanya bergantung harap kepada suplemen semata-mata. Ini salah.

Rawatan seperti pembedahan, kemoterapi dan radioterapi bertujuan untuk membunuh sel2 kanser dan menghalangnya daripada merebak dan merosakkan organ badan yang lain.

Berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu jika ingin mengambil sebarang suplemen.

Pastikan juga suplemen itu benar-benar semulajadi dan selamat (dengan kajian klinikal) untuk di ambil dalam jangka panjang.

Jika berminat mendapatkan suplemen Shaklee, boleh hubumgi saya, insyaAllah saya akan berikan konsultasi yang terbaik.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan