Enter Keyword

10 Cara Mencegah Pertumbuhan Sel Kanser Dalam Badan

Banyak pakar kesihatan mengatakan penyakit kanser adalah penyakit yang mampu dicegah daripada awal.

Di Amerika, ada kajian menunjukkan satu daripada tiga orang akan mengalami pertumbuhan sel malignant dalam tempoh hayatnya.

Rawat kanser

Kanser bermula daripada 1 sel tidak normal yang tidak mengalami kemusnahan (apoptosis) sebaliknya sel tidak normal ini tumbuh membesar dan menjadi sangat agresif pada peringkat2 tertentu.

Sel tidak normal ini akan mula merosakkan sel2 lain disekitarnya dan boleh merebak ke bahagian lain tubuh dengan cepat.

Antara tanda-tanda kanser yang boleh diperhatikan secara kasar ialah:

Begitupun, seringkali penyakit kanser itu dikesan pada peringkat yang agak lewat kerana ia tidak menunjukkan sebarang perubahan di awal2 pertumbuhannya.

Tanda biasa yang dialami hanyalah seperti kerap demam dan penurunan berat badan tanpa sebab.

Adalah penting untuk kita ambil langkah awal untuk mengelakkan terjadinya sel kanser di dalam badan.

Menurut kajian yang di lakukan oleh saintis di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, kematian akibat kanser boleh dicegah sehingga 75%!

Ini bermakna, dengan cara yang betul, kadar kematian akibat kanser boleh dikurangkan.

10 Perkara Yang Boleh Di Lakukan Untuk Mengurangkan Risiko Pembentukan Sel Kanser

1. Menjauhi ROKOK

Termasuk mereka yang menghisap atau menghidunya (secondhand smoker). Rokok menjadi punca timbunan toksin dalam salur darah dan organ yang berupaya merosakkan sel dan menyebabkan kanser.

2. Amalkan pemakanan sihat dan betul

Kurangkan pengambilan lemak tepu (saturated fat) dan pengambilan daging merah yang mana ia akan meningkatkan risiko kanser kolon dan kanser prostat bagi lelaki.

Tingkatkan pengambilan sumber tumbuhan seperti buah, sayur, bijirin dan sebagainya.

3. Bersenam dengan kerap

Aktiviti fizikal dapat menurunkan  risiko kanser kolon manakala bagi wanita, bersenam dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan organ peranakan.

4. Kekalkan  berat badan sihat

Obesiti secara amnya akan meningkatkan pelbagai risiko kanser.

Pengiraan kalori sangatlah penting. Turunkan berat badan, kurangkan pengambilan kalori dan bakarlah kalori dengan senaman.

5. Elakkan minuman beralkohol

Lebihan alkohol boleh meningkatkan risiko kanser mulut, kanser larynx, kanser esofagus, kanser hati dan kolon.

Bagi wanita ia turut meningkatkan risiko kanser payudara.

6. Elakkan pendedahan berlebihan kepada radiasi

Contohnya sinar X (X ray), gas radon di rumah meningkatkan risiko kanser peparu, UV dari sinar matahari berupaya menyebabkan melanoma dan kanser kulit.

7. Elakkan toksin industri dan persekitaran

Contohnya seperti fiber asbestos, gas benzena, gas2 beraromatik dan PCB.

8. Elakkan jangkitan yang menyumbang kepada kanser

Contohnya seperti virus hepatitis, HIV, hpV (human papillomavirus). Jauhilah seks bebas dan tidak berkongsi jarum suntikan.

9. Tidur yang berkualiti

Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti supaya sistem imun dapat dipertingkatkan.

10. Ambil vitamin D yang cukup 

Pakar mengesyorkan 800-2000IU vitamin D setiap hari dan jumlah ini sangat mustahil di ambil tanpa suplemen.

Mudah-mudahan, dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat, risiko kanser dapat di kurangkan.

-

Baca >> Polifenol Mencegah Pertumbuhan Sel Abnormal

1 ulasan: