![]() |
| jeragat memang tidak menyakitkan tapi boleh buat kita kurang keyakinan diri |
SMS/WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
Emel: butik.annajah@gmail.com
![]() |
| jeragat memang tidak menyakitkan tapi boleh buat kita kurang keyakinan diri |
![]() |
| Antara petanda awal buah pinggang kita ada masalah |
Hari ni kelakar.
Lepas selesai Majlis Graduasi Ammar tadi, kami terus menuju ke bandar Kuantan untuk selesaikan beberapa urusan.
Berjalan dengan budak-budak tau ajelah. Bawak baby yang belum dua bulan pulak tu kan. Dah la yang abang-abangnya pun boleh tahan. Ikutkan hati memang MS malas nak pergi, tapi urusan ni memang perlukan MS ada di situ.
Ok, selesai urusan pertama, kami ke Tabung Haji untuk buka akaun baby dan tambah duit abang-abangnya. Keadaan memang lengang, tak ramai orang pun.
Lepas suami selesai tulis borang untuk buka akaun, MS pun ke kaunter. Suami pula tulis borang masuk duit untuk dua orang lagi anak.
Yang Ammar duk tolak stroller baby. Boleh pulak dia tinggalkan adik tu dekat tengah2 ruang orang ramai pastu datang kat mama sibuk dia main skrin tepi meja kaunter.
Yang si Aqil pulak kelentang kelentung pijak tong sampah yang boleh ternganga mulut bila kita pijak kaki dia tu.
MS pulak sibuk2 la dengan borang tu semua. Sekali pandang belakang haa nah!
"Ammar kenapa tinggal baby sorang2 tu, kang orang bawak lari. Yang adik ni pulak Ya Allah apasal main tong sampah ni?"
Mula-mula memang nak marah, pastu geli hati pulak tengok perangai bebudak ni. Adoii.. yang sorang tu la jakun benor ngan tong sampah.
Sampai pegawai kat kaunter tu cakap,
"Dia tak pernah jumpa tu" sambil senyum-senyum. Dalam hati mama rasa macam, ok kena beli tong sampah macam ni satu agaknye.
Sebenarnya mama teringat kat grup facebook Mak Tak Marah Anak tu. Betul, tengok cerita mak-mak lain, semua budak pun sama. Buat apa kita nak marah. Memang tu sifat budak-budak yang lincah, cergas, aktif, sihat, bijak. Agaknya kalau anak kita sakit, kita tak sanggup nak marah, kan?
Bersyukurlah anak kita sihat boleh melompat, memanjat, bermain, berfikir, berimaginasi, belajar dan sebagainya. Bayangkan kalau anak kita sakit. Kita pun tak sanggup nak tengok.
Oleh itu mama mama sekalian, no no no! Tak mau marah marah anak lagi ok!
Banyak kali juga MS terbaca seseorang mengadu soya dan ESP Shaklee boleh menyebabkan alahan atau alergik.
Kulit timbul bintik-bintik, gatal-gatal, tak selesa, malah boleh membentuk ruam atau eczema.
Ramai yang selepas mengambil ESP, serta-merta menyalahkannya sebagai punca badan mendapat alahan. Sebenarnya betul ke itu semua salah ESP? Apa sebenarnya punca yang menyebabkan tubuh badan boleh dapat alahan?
Alahan ialah tindakbalas hipersensitif atau terlebih sensitif oleh sel imunisasi badan kepada sesuatu bahan atau alergen. Ia menyebabkan respons berbeza, bergantung kepada organ badan mana berlakunya alahan itu.
Alergen yang menyebabkan alahan boleh berpunca daripada pelbagai sumber. Alergen akan memasuki badan pesakit dan meransang sistem imunisasi, menjadikannya terlalu aktif. Keadaan ini menimbulkan simptom alahan.
Satu sumber alahan ialah pemakanan. Contohnya soya, kekacang, makanan laut, ayam, telur, gandum, susu dan ini juga berbeza antara individu.
Satu point yang perlu anda tahu ialah; alahan ialah sesuatu yang pesakit tidak pernah tahu kecuali sesudah terdedah kepada alergen dan pesakit mengalami alahan terhadapnya.
Faktor utama penyebab alahan ialah keturunan!
Jika seseorang mempunyai alahan, kemungkinan besar generasi berikutnya mengalami alahan tetapi tidak semua simptom adalah sama.
Jadi, dalam kes soya dan ESP di atas, adalah tidak patut sama sekali menyalahkan makanan yang kita ambil.
Ibaratnya kita menyalahkan duit penyebab orang kaya menjadi sombong, padahal duit hanya benda mati, dan tak semua orang kaya sombong.
Apabila kita mengambil sesuatu makanan, terdapat simptom alahan, itu bermakna badan kita memang alah kepada benda tersebut. Maka jauhilah ia. Tidak perlu menyalahkan sesiapa sebab orang lain yang makan elok saja.
Apapun, cek diri sendiri dulu.
*Tiba-tiba teringat ada seorang kawan MS yang katanya alah kepada susu lembu, tapi bila minum MealShake elok saja tanpa sebarang alahan.
Kalau nak beli ESP, dapatkan konsultasi dulu dengan MS ye ;)
Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Ramai yang takut makan ubat. Tapi akhirnya terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang hayat. Siang dan malam tak pernah berpisah dengan ubat. Kemana saja pun mesti dengan ubat. Jika tanpa ubat, badan mula lemah, sakit, malah boleh membahayakan nyawa!
Bahaya sangatkah ubat? TIDAK. Ubat diperlukan oleh seseorang untuk menghilangkan simptom penyakit. Memang ubat sangat diperlukan oleh pesakit jika tidak simptom sakit makin teruk dan nyawa boleh terancam. Dalam kes-kes tertentu tidak dapat tidak, ubat mesti di ambil mengikut dos pada kadar waktu yang telah ditetapkan.
Ubat adalah bahan kimia sintetik yang bertindak mengubah tindakbalas biologi dalam badan. Sebagai contoh, pesakit darah tinggi mengambil ubat untuk membesarkan salur darah. Ini bermakna ubat memaksa salur darah membesar supaya perjalanan darah menjadi lancar.
Tahu tak bahawa kita boleh hidup sihat tanpa ubat? YA! Iaitu dengan mengambil nutrisi yang betul. Ada kes kanser boleh sembuh hanya dengan mengamalkan cara hidup positif dan cuma mengambil jus sayuran. Jawapannya kembali kepada alam semulajadi!
Sebab itu sangat penting kita menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan nutrisi yang betul, di amalkan berterusan, hidup sihat bebas ubat bukan lagi mustahil.
Mencegah jauh lebih baik daripada mengubati. Itu belum lagi rawatan akibat kesan sampingan daripada ubat sintetik. Semakin lama kita bergantung kepada ubat, semakin banyak kerosakan sel yang bakal di hadapi. Ibaratnya keluar mulut buaya masuk mulut naga.
Jangan pelik bila anda dengar pesakit kencing manis atau darah tinggi tiba-tiba mengalami kerosakan buah pinggang pula.
Sebelum terlambat, jom ikuti Kempen Hidup Sihat Tanpa Ubat. Cuma beli produk semulajadi Shaklee, amalkan dan rasai bagaimana bahagianya apabila tidak lagi bergantung dengan ubat.
Dan jangan lupa kongsikan pengalaman anda di Facebook dengan menggunakan hashtag #sihattanpaubat dan #drugsfree.
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:
Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
Wassap: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Sejak kes penderaan kanak-kanak di taska, pusat asuhan dan pusat jagaan semakin berleluasa, ramai ibu mula terfikir untuk berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa. Keinginan mereka semakin kuat apabila ada pula kes bayi meninggal tersedak susu, lemas, jatuh dan sebagainya. Ibu mana yang tak risau kan?
Pagi kita hantar elok molek sihat ceria, tiba ke petang kita terima, anak dah sejuk kaku biru. Nauzubillahiminzalik. Sebagai hamba kita kena redha dengan takdir Allah ini.
Kini ramai ibu mula mencari side income yang memberi imbuhan lumayan agar cepat-cepat dapat berhenti kerja. Sebagai wanita dan ibu, MS faham naluri seorang ibu. Ingin sentiasa berdampingan dengan anak, melihat perkembangan mereka hari demi hari, melayan karenah comel yang kadangkala buat kita pening kepala. Itulah sebenarnya dunia wanita!
Ada pro dan kontra dalam hal ini. Negara juga memerlukan wanita dalam sektor tertentu contohnya bidang perubatan dan kesihatan. Kita memerlukan pakar wanita O&G. Kita juga sangat memerlukan jururawat wanita. Sanggup ke jururawat lelaki menukar pakaian atau mencuci berak kencing kita? Sanggup ke bidan lelaki menyambut kelahiran bayi kita? Dah tentu tidak! Memang amat mustahil tidak ada langsung wanita yang tidak ingin menjadi jururawat.
Keinginan menjadi surirumah adalah hak individu. Timbangkan baik buruknya, berbincang dan dapatkan izin suami.
Sebagai sedikit panduan, di bawah ni beberapa perkara yang anda harus pertimbangkan sebelum berhenti kerja dan terjun ke dalam bidang surirumah yang amat mencabar ini.
1. Selepas berhenti kerja, anda sudah tidak menerima gaji bulanan. Ini bermakna perbelanjaan bulanan juga perlu dijimatkan. Kalau sebelum ni anda dan suami berkongsi membayar segala bil, anda masih ada duit untuk diri sendiri. Bila dah berhenti kerja, anda tidak boleh berbelanja suka hati lagi. Unless anda memang ada side income yang lain. So, kalau anda jenis wanita yang suka berbelanja, tolong fikir masak-masak!
2. Anda perlu jadi wanita yang keras hati dan tebal telinga. Sediakan telinga yang tuli untuk dengar segala cacian dan perlian orang sekeliling. 'Belajar tinggi-tinggi jadi surirumah, baik belajar takat SPM je', 'Gaji dah besar kenapa berhenti, ruginya!', 'dapat apa kau duduk rumah, baik kerja', 'emm surirumah ni tak menyumbang pada ekonomi negara, menyusahkan lagi adalah!' dan banyak lagi ayat-ayat yang sewaktu dengannya.
3. Jangan merasa bosan! Dilema ibu yang dah biasa bekerja, tiba-tiba berhenti dan duduk diam di rumah, kena menghadap anak-anak dari pagi sampai ke malam. Anak bergaduh, menjerit, menyepahkan rumah, merajuk, menangis memang amat mencabar. Silap haribulan ibu boleh menangis sendirian dan mula terfikir nak kerja semula. Tambah lagi suami langsung tidak membantu dan hanya mengharap kita sendiri menguruskan rumah dan anak-anak. Tapi alah bisa tegal biasa.
Sebelum anda ambil keputusan untuk berhenti kerja, semak semula kedudukan ekonomi keluarga kerana ini yang paling penting. Adakah berbaloi anda berhenti kerja? Adakah dengan berhenti kerja perbelanjaan semakin meningkat atau semakin berkurang? Adakah anak-anak tidak terabai sekalipun kita berhenti kerja? Tahankah kita dengan kerenah anak-anak yang makin membesar? Tepuk dada tanya diri sendiri dan pasangan.
Namun, saya nasihatkan jika ada keinginan kuat, semuanya akan jadi mudah. Sentiasa mohon petunjuk dan bantuan dari Allah. Semoga niat yang baik akan mendapat redha Allah dan pahala di sisiNya, InsyaAllah.
Nak join team jana pendapatan 4-5 angka dari rumah? Hubungi:
Suhaila
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Hari tu masa MS blockwalking, tersinggah ke satu blog apa entah lupa pulak namanya. Dia cerita pasal minyak ikan.
Dia mengalami sakit macam takde tenaga, selalu penat, selalu selesema dan demam. Doktor sarankan dia ambil minyak ikan. Lepas amalkan minyak ikan tu, dia rasa lebih sihat dan jarang sakit. Alhamdulillah...
Tapi yang MS rasa tak seronok ialah dia ambil tu minyak bersumberkan hati ikan which is not so good berbanding minyak daripada flesh fish yakni isi ikan. Sebab? Nanti MS cerita.
Rupanya ikan dan minyak ikan ni banyak khasiatnya. Al-Quran pun sebut Allah jadikan hidupan laut untuk kita ambil manfaat. Cuba buka terjemahan Al-Quran surah An-Nahl ayat 14 dan surah Al-Faathir ayat 12.
Ikan adalah sumber protein yang baik. Ikan seperti salmon kaya dengan asid lemak yang baik untuk jantung dan peredaran darah. Begitu juga minyak ikan. Ia kaya dengan asid lemak Omega 3 yang badan kita sangat perlukan.
Beruntunglah mereka yang suka makan ikan terutama ikan dari air masin.
Ok, jom kita tengok apa fungsi minyak ikan.
1. Ia memberi tenaga, melancarkan peredaran darah dalam badan dan menghalang pembekuan darah.
2. Merendahkan kolesterol,mengawal tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko sakit jantung
3. Membantu turunkan berat badan, kawal obesiti
4. Kuatkan sistem imun, membantu penyakit yang berkaitan dengan alahan seperti eczema, psoriasis, lelah (asthma).
5. Baik untuk perkembangan otak terutama bayi, kanak-kanak, dan pelajar. Ia bantu fokus dalam pelajaran serta kuatkan memori.
6. Memelihara penglihatan, pendengaran dan mencegah migrain.
7. Mencegah dan melawan kanser
8. Baik untuk sendi
9. Kurangkan tekanan dan stabilkan emosi termasuk pada kanak-kanak hiperaktif dan autisme.
10. Mengimbangi perubahan hormon pada lelaki dan wanita, mencantikkan kulit.
Haa best kan manfaatnya? Seperti yang MS bagitahu awal-awal tadi, seeloknya kita ambil minyak ikan dari isi ikan sebab minyak dari hati ikan (liver oil) mengandungi toksik kerana hati ialah tempat proses bahan2 toksik.
Selain tu, kena makan minyak ikan yang ada semua tujuh jenis asid lemak Omega 3 seperti DHA, EPA, dan ALA. Barulah ia berfungsi secara menyeluruh.
Sekarang ni banyak minyak ikan di pasaran tidak di proses secara betul. Habis hilang khasiat dan nilai nutrisi silap-silap logam bahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik pun masih ada. Sebab tu kena cari minyak ikan yang betul-betul tulen. Ingat nak sihat tapi penyakit yang dapat kan. Nauzubillah.
So, nak minyak ikan yang tulen, insyaAllah boleh hubungi MS seperti no. di bawah:
Suhaila
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Assalamualaikum w.b.t
Ramai yang suka dan naaaakkk sangat kulit yang mulus bak gadis Jepun kan? Tapi tak ramai yang tahu bahawa ikan dan minyak ikan mampu buat kulit cantik macam gadis Jepun.
Ha? Serius? Minyak ikan boleh buat kulit cantik? Biar betul ni!
Ini betul betul, bukan chobaan.
Kalau nak tahu, ikan dan minyak ikan terutama daripada perairan laut dalam beriklim sejuk seperti perairan Jepun adalah yang terbaik. Ikan seperti jenis sardin, mackerel, hering, anchovies kaya dengan Omega-3.
Asid lemak Omega 3 adalah lemak yang badan kita perlu tetapi badan kita tak boleh hasilkan. Kita mesti ambil daripada makanan. Omega 3 yang berasaskan tumbuhan tidak dapat ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.
Sebab itu Omega 3 daripada minyak ikan lebih baik.
Apa fungsinya?
Omega 3 ni akan mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, ia membuatkan kulit menjadi licin, kemerah-merahan dan berseri. Kulit jadi pinkish macam sapu blusher gitu!
Lagipun ia membantu melancarkan peredaran darah. Bila peredaran darah lancar, kulit akan lebih sihat, tak pucat malah akan bantu hilangkan masalah pada kulit jugak seperti bintik penuaan atau pigmentasi. Best tak? best tak?
Untuk mereka yang ada masalah genetik kulit seperti eczema dan psoriasis, lagilah digalakkan mengamalkan minyak ikan ni. Sebab ia akan bantu menguatkan sistem imun untuk memperbaiki alahan pada kulit. Menarik kan?
Apa brand minyak ikan yang bagus?
Saya cadangkan Omega Guard Shaklee sebab:
1. Ia BUKAN dari hati minyak ikan (liver oil)
2. Ia 3 kali lebih tumpat dari hati minyak ikan
3. Paling tulen di dunia
4. Ada 7 jenis asid lemak Omega 3 termasuk EPA, DHA dan ALA
5. Melalui proses pengekstrakan paling tulen di dunia dan paling semulajadi
6. Menyingkirkan bahan kimia industri yang berkemungkinan wujud dalam ikan.
Untuk anda yang mementingkan kecantikan sekaligus kesihatan dalaman, Omega Guard Shaklee adalah pilihan terbaik!
Jom tambah Omega Guard dalam senarai produk kecantikan wajib ada anda! ;)))
Nak dapatkan minyak ikan ni, hubungi sy:
Suhaila (868994)
SMS/Wassap: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
Emel: butik.annajah@gmail.com