Enter Keyword

TUBUH BERASID TANDA AMARAN AWAL PENYAKIT

Assalamualaikum, salam bahagia..

"Hyperacidity" atau asid berlebihan di dalam tubuh menunjukkan bahawa tisu dan bendalir tubuh lebih berasid dari yang sepatutnya. Beberapa bahagian dalam tubuh kita akan berfungsi dengan efisien apabila berada dalam keadaan beralkali.

Kurangkan memakan manakan berasid untuk mengelakkan keasidan tubuh terlalu tinggi

Kealkalian tubuh sering berkaitan dengan kesihatan kerana kebanyakan patogen dan penyakit  seperti kanser tidak boleh terus survive di dalam keadaan beralkali. Sebab itu, mengekalkan kandungan alkali yang seimbang dalam tubuh sangat penting.

Hiperasiditi vs asidosis (acidosis)
Hiperasiditi selepas memakan makanan tinggi kandungan asid tidak di anggap masalah kesihatan yang serius oleh komuniti kesihatan.

Asidosis pula adalah keadaan di mana kelebihan asid di dalam bendalir tubuh tetapi ia disebabkan oleh beberapa masalah seperti pernafasan, kegagalan buah pinggang, diabetes, kegagalan hati, keracunan akibat dadah/ubat, ketagihan alkohol dan dehidrasi.

Hiperasiditi terjadi apabila tubuh menerima lebih banyak makanan berasid seperti soda, kafein, diet tinggi protein,  dan gula tapis.

Keasidan
Keasidan tubuh boleh di ukur dengan melakukan ujian darah di makmal dengan mengukur kepekatan hidrogen. Seseorang itu dikatakan mempunyai  lebih kandungan asid apabila pH nya di bawah skala neutral (7), manakala kealkalian tubuh apabila berada di atas skala neutral.

Kebanyakan tindak balas biokimia dalam tubuh memerlukan persekitaran beralkali supaya berjalan lebih efisen dan cekap.

Makanan beralkali
Sebenarnya, kesemua sayur dan buahan segar mempunyai kesan kealkalian terhadap tubuh kerana ia membantu untuk menderma elektron kepada ion hidrogen dalam cecair berasid dan meneutralkannya.

Makanan tinggi alkali dan mempunyai sifat kealkalian ialah seperti buahan sitrus, manakala tumbuhan lainnya pula ialah seperti watercress, selery, alfalfa, dan wheatgrass.

sumber: http://www.livestrong.com/article/518365-what-foods-to-eat-for-hyperacidity/

Jika anda didapati mengandungi asid berlebihan dalam badan, segeralah meneutralkannya.

Shaklee ada Alfalfa Complex Shaklee yang terbukti berkesan menurunkan kadar keasidan dalam tubuh. Alfalfa juga sesuai untuk pesakit gout dan penyakit2 yang berkaitan dengan keasidan tinggi.

Dapatkan Alfalfa Complex anda dengan menghubungi 013-2369434 Suhaila dan dapatkan juga konsultasi percuma ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan