Enter Keyword

Cara Nak Kawal Kencing Manis Semasa Mengandung

Hai..Assalamualaikum...

Ramai ibu hamil mengalami kenaikan aras gula dalam darah semasa mengandung. Hasil 'interview' MS dengan beberapa orang, biasanya kencing manis semasa hamil berlaku apabila seorang wanita memasuki usia 30an dan ke atas. Maknanya, bukan orang muda-muda ni tak akan kena, tapi jika usia kita memasuki 30 an ni kebarangkalian mengalami diabetes gestasi semakin meningkat.

MS pernah tulis info berkaitan bahaya kencing manis semasa mengandung ni. Maklumlah bila diri sendiri yang kena, tak senang duduk jugak la kan. Lagipun MS melalui beberapa prosedur yang WAJIB diikuti.

Ujian BSP

Darah pada jari akan di ambil (4 kali sehari, sehari dalam seminggu atau 2 minggu).


Macam dalam gambar ni. Jika keempat-empat sesi tu normal (bacaan kurang daripada 6), maka gula dalam darah kita normal. Doktor akan suruh kita jalani ujian yg sama setiap 2 minggu. Manakala jika tak normal pada mana2 sesi, kita kena jalani ujian ni setiap minggu. Haa memang fedap dan letih. Mana tak 4 kali pergi klinik. Jam 8, 12, 5 dan 9 malam.

Pernah MS punya bacaan merah (tak normal) pada 1 sesi selama 2 minggu. Doktor rujuk MS ke dietician. Mujur saja kat klinik tu ada dietician. Macam kat Penang dulu MS kena pergi Hospital. Apa yang dietician tu bagitau ni lah yang MS nak kongsi dengan korang semua.

Makanan yang boleh di makan BANYAK:

1. Air kosong - sebab dia 0 gula, dan 0 kalori.

2. Sayur-sayuran - sebab dia 0 gula.

3. Rempah ratus.

Jadi, pepandailah masukkan sayuran separuh pinggan dalam hidangan masing-masing ye. Air kosong seelok-eloknya segelas setiap jam. Air kosong mampu 'mencair'kan gula dalam darah.

Makan sedikit:

Awas dengan makanan berkarbohidrat tinggi dan bergula tinggi seperti berikut

1. Nasi
2. Buah - buahan
3. Mi, kue teow, makanan berasaskan tepung
4. Roti
5. Gula tersembunyi seperti dalam kicap, sos
6. Minuman dan makanan manis

Makanan berasaskan tepung boleh menyebabkan kandungan gula naik tinggi, kemudian jatuh mendadak. Jadi, gula dalam darah kita tidak stabil.

Dietician juga menggalakkan kita menetapkan waktu makan yang sama setiap hari supaya kadar gula dalam darah stabil.

Apakah risiko jika gula tidak di kawal sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan?

Doktor ada bagitahu MS, gula tinggi dalam darah bukan saja boleh sebabkan bayi besar, tapi juga masalah berikut:

1. Kecacatan pada otak
2. Keguguran
3. Masalah peparu
4. Bayi sukar bernafas
5. Bayi maut dalam kandungan
6. Hipoglisemia
7. Jaundice
8. Air ketuban berlebihan
9. Kemungkinan bayi mengidap kencing manis semasa dewasa
10. Komplikasi semasa bersalin

Masalah di atas boleh berlaku dalam mana-mana trimester sepanjang kehamilan. Haa takut tak?? So memang ibu2 kena kawal pemakanan semasa hamil ni. Jangan main belasah je macam masa kita muda-muda dulu tau.

Lagi teruk, jika kadar gula kekal tinggi, itu bermakna insulin yang dihasilkan dalam badan tidak mencukupi untuk menukarkan gula/karbohidrat menjadi tenaga. Maka, terpaksa pulak kene cucuk insulin sendiri.. Minta dijauhkanlah...


Kakak ipar MS yang jururawat bagitahu, kalau kena cucuk insulin, sama ada kat peha atau kat perut. Tapi biasanya dekat perut sebab kat situ banyak lemak. Huuu ngeri kan.

Oklah ibu-ibu, selamat menjaga pemakanan sepanjang kehamilan ini. Nak set mengandung atau set mengawal gula boleh hubungi MS ye ;)

iR Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
Fb page: Saya Mahu Sihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan