Bahayakah Kencing Manis Semasa Mengandung?
Assalamualaikum, tak tahu macam mana nak mula ni.
Dua minggu yang lalu, MS 'terpaksa' melalui ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test). Ala yang minum air gula tu. Misi kata kalau mak atau ayah ada kencing manis, kita wajib ambil ujian ni tiga kali sepanjang mengandung ni. MS telan air liur je dengar..dah tau pun sebab mengandung yang dulu-dulu pun sama la kekdahnya.
Lepastu, nak dijadikan cerita, minggu lepas, misi KKIA pun call MS. Dia kata result MGTT Mama Su tinggi!! MS speechless! Dia kata bacaan gula 9.1. MasyaAllah..tinggi tu! MS macam tak percaya, mulalah rasa ada kesilapan dimana-mana. Mengandung sebelum2 ni tak pernah pun macam tu. Yang MS tau, MS ni memang gula rendah, kalau lambat makan menggigil.
Lepas dapat tau tu, MS jadi tak senang duduk pula. Nak-nak lepas ber'discussion' dengan geng Shaklee yang sekehamilan ni. Diorang kata, kalau kencing manis, kemungkinan nanti bayi akan lahir besar. Adoii..memang kecut perut dibuatnya. Lagi leceh kalau Doktor refer ke pakar-pakar diet la, diabetes la, gynea la.. Dulu masa Hb low pun kena jumpa dietician. Malasnyeee!!
Oleh sebab perasaan nak tau tu kuat, MS pun google la berkenaan kencing manis semasa mengandung ni..
Inilah yang MS nak share dengan korang, mana tau ada masalah sama kan. hukhuk.. :(
1. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi, yang pertama kali dihidapi semasa kehamilan. Sebanyak 2%-14% ibu hamil mengalami penyakit ini semasa hamil.
2. Diabetes berlaku apabila tidak boleh menghasilkan hormon insulin yang secukupnya. Insulin berfungsi mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk menghasilkan tenaga, juga berfungsi menyimpan gula yang tidak digunakan.
3. Semasa hamil, badan kita akan hasilkan lebih insulin untuk penuhi keperluan bayi. Jika badan kita tak boleh nak hasilkan insulin tambahan ini, maka gula akan berlebihan di dalam darah dan ini yang dinamakan diabetes gestasi.
4. Diabetes gestasi tidak menunjukkan sebarang simptom, tapi kita mungkin akan mengalami perkara berikut:

- keletihan
- dahaga terlampau
- banyak buang air kecil
- penglihatan kabur
5. Kesan kencing manis pada kehamilan?
Masalah utama terjadi apabila terlalu banyak gula dalam darah merentasi placenta ke bayi, bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang terlalu besar boleh menyukarkan proses kelahiran malah boleh menyebabkan pembedahan caesarean dilakukan.
Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan, akan mempunyai banyak masalah kesihatan selepas dilahirkan contohnya hipoglisemia dan jaundis. Bayi yang dilahirkan juga cenderung mendapat obesiti dan diabetes jenis 2 dikemudian hari.
Haa inilah sebenarnya risiko kalau ibu mengandung ada kencing manis..takut tak?? Nanti MS citer lebih lanjut tentang diabetes gestasi. Tunggu MS pergi check-up dulu esok dan buat ujian BSP (entah ye ke tidak namanya) untuk tahu sama ada memang MS ni ada kencing manis ke tak.. Harapnya kesilapan teknikal sajelah. Amiinn..
Masa mengandung ni lah selera mencanak-canak kan. Kang kalo dah kena pantang telan air liur je la..huhu..
Terpaksa kawal diet pulak.
Hmm bagi ibu-ibu yang memang disahkan ada diabetes gestasi ni, boleh dapatkan set ibu mengandung Shaklee. Nanti MS ajarkan cara pengambilannya ye ;)
Hubungi:
iR Suhaila
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan