Enter Keyword

Keburukan Soya

Banyak andaian buruk mengenai soya.

Soya penyebab kanser payudara.
Soya penyebab kemandulan.
Soya penyebab cyst.
Soya penyebab kanser ovari dan prostat.
Soya penyebab kulit rosak.
Soya penyebab alahan.
Soya! soya! soya!

Tapi bila minta bukti??? Kriik krik. TIADA BUKTI.

Benarkah soya begitu buruk?

(Hati-hati dengan tuduhan tak berasas anda. Bukan apa, takut terjerumus ke dalam golongan 'kufur nikmat')

Pendapat saya yang dangkal, dan tak begitu bijak ini mengatakan bahawa semua yang Allah cipta di dunia ini baik-baik belaka. Ada fungsi dan tugas masing-masing. Sebagai pelengkap kepada kekurangan. Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia apalagi kepada orang yang berakal.

Namun, buruknya sesuatu itu bukanlah sebab Allah menjadikannya buruk, tetapi ia buruk sebab tangan-tangan manusia itu sendiri.

Contohnya dalam hal soya ini, para saintis barat melalui kejuruteraan genetik telah mencipta kaedah untuk mempercepatkan pertumbuhannya. Dengan itu mereka menyuntik hormon pertumbuhan. Produk baru ini di panggil GMO (genetically modified organisme) atau dalam bahasa Melayunya, organisma terubahsuai genetik.

Soya jenis inilah yang banyak sekali digunakan dalam kehidupan harian kita. Dan jangan terkejut sebenarnya bukan soya saja, malah jagung, beras, gandum dan kebanyakan makanan import  (berasaskan tumbuhan) adalah produk GMO.

Alternatifnya? Carilah produk makanan semulajadi yang tidak menggunakan organisme genetik. Anda boleh fikir sendiri keburukannya. Sebenarnya, dari satu sudut, kita tak dapat lari daripada memakan produk GMO. Ini kerana ia sememangnya dicipta untuk menampung keperluan makanan populasi dunia yang kian bertambah dari hari ke hari.

Jadi, benarkah soya begitu buruk? Bagaimana dengan penyakit yang muncul selepas mengambilnya?

Soalan saya kepada anda:
1. Sejak bila anda mula minum soya?

2. Adakah soya menjadi minuman harian anda? Tak dapat tidak, mesti kena soya.

3. Tahukah anda soya yang anda minum tersebut adalah soya GMO atau bukan GMO?

4. Adakah anda hanya mengambil soya semata-mata sepanjang hidup anda? Dah tentu tidak.

5. Adakah anda mempunyai sebarang masalah kesihatan? Sejak bila?

6. Adakah ibubapa anda (atau atuk nenek moyang) mempunyai sebarang masalah kesihatan?

Saya sengaja tinggalkan anda dengan soalan-soalan ini.

Nasihat saya, ambillah sesuatu itu secara sederhana. Tak boleh terlalu suka, tak boleh terlalu benci. Boleh jadi apa yang kita suka itu buruk untuk kita. Dan boleh jadi apa yang kita benci itu baik untuk kita.

Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

P/S: Saya tidak jumpa keburukan soya kerana saya tidak mencari keburukannya. Maafkan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan