Enter Keyword

6 Tips Elakkan Air Ketuban Bocor Dan Kurangkan Risiko Bersalin Awal

Assalamualaikum wbt.

Saya harap ibu dah baca entry sebelum ni tentang bahayanya jika air ketuban bocor terlalu awal. Sebolehnya kita nak kandungan kita baik-baik saja sehingga tempoh bersalin kan. Takut sangat kalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Macam saya, misi kata saya ada GDM pun saya dah risau teramat dah. Memang sepanjang mengandung tu berdoa je janganlah benda merepek-repek jadi kat saya.

Tapi tulah, kadang kita dah jaga, tapi Allah punya kuasa, apa yang kita tak nak berlaku, tu yang jadi. Semuanya tak lain tak bukan untuk Allah uji kita. Kita pula sebagai hamba kenalah redha, ambil pengajaran dan iktibar.

Macam kes air ketuban bocor ni, sesetengah orang mungkin anggap perkara ni normal, tak de apa nak di risaukan. Sesetengah ibu yang lain pula, mungkin ada pengalaman sedih kehamilan yang lalu. Jadi ibu dah tentu perlu berjaga-jaga untuk elak perkara sama berulang lagi.


Memang pun, ibu yang dah ada sejarah air ketuban bocor sebelum masanya di kehamilan lalu, mempunyai risiko lebih tinggi untuk ia berlaku lagi. Namun begitu, ibu tak perlulah terlalu stress.

InsyaAllah saya akan kongsikan beberapa tips untuk menguatkan kantung amnion, mencegahnya daripada bocor serta sekaligus dapat mengelakkan daripada terbersalin awal daripada masa yang sepatutnya.

Apabila ada kebocoran pada kantung amnion yang terlalu awal, maka saat ini tinggi jugalah kemungkinan pembedahan ceasarean akan di lakukan. Sebab itu kita perlu ada kantung yang kuat yang mampu bertahan sehingga saatnya betul-betul hendak melahirkan.

Sebab kantung yang kuat dan sihat ini akan memberi kesan 'kusyen' kepada bayi untuk keluar melalui pelvis ke faraj.

Sebenarnya kantung amnion ni terdiri daripada dua lapisan iaitu amnion dan chorion. Nampak je lembut tapi ia sebenarnya sangat sukar untuk ditembusi. Jadi, untuk membina kantung amnion yang sihat dan kuat, adalah penting ibu buat pilihan yang bijak sejak dari awal iaitu sebelum hamil lagi.

Di bawah ini ialah senarai tips dan cadangan yang boleh ibu amalkan untuk melahirkan bayi yang sihat dan membina kantung amnion yang kuat.

1. Nutrisi asas

Tidak dapat dinafikan lagi pengambilan nutrisi berkhasiat sejak dari awal sangat penting untuk pelbagai sebab sepanjang kehamilan. Antaranya:

  • pertumbuhan dan perkembangan bayi yang normal dan sihat
  • pertumbuhan dan sokongan uri (placenta)
  • perkembangan membran atau kantung amnion yang sihat sebagai 'tempat tinggal' bayi
  • penggantian bendalir amnion yang cepat dan berulang kali
  • menapis bahan buangan bayi
  • menapis sisa daripada ibu
  • mengekalkan kesihatan ibu
  • meningkatkan bekalan darah kepada ibu sehingga 50-60%
  • menyokong perubahan metabolisme, fizikal dan fisiologikal semasa hamil
Oleh itu ibu mesti dapat bekalan kesemua zat penting seperti protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral untuk tugas-tugas yang sangat penting ini.

Antara nutrisi yang mesti di amalkan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak, vitamin asas seperti zat besi, vitamin C dan vitamin B complex, zink untuk mencegah sebarang jangkitan kuman, dan vitamin E* untuk mengelakkan jangkitan dan menguatkan kantung amnion.

Kurma antara makanan yang mesti diamalkan oleh ibu hamil. Kajian menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan kurma setiap hari terutama pada trimester akhir, dapat mengurangkan risiko pecah ketuban terlalu awal serta mengurangkan 'peralatan' bersalin seperti suntikan epidural.


2. Kesihatan vagina

Menjaga kesihatan dan kebersihan kawasan vagina di mana pertumbuhan mikroflora baik amat penting untuk menurunkan risiko jangkitan kuman.Ini kerana kadang-kala jangkitan kuman boleh menyebabkan air ketuban bocor atau pecah sebelum bermulanya proses pelahiran.

Jangkitan kuman boleh menyebabkan masalah kepada bayi selepas dilahirkan.

3. Tolak sebarang pemeriksaan vagina

Pemeriksaan vagina tidak perlu sekiranya ibu tiada apa-apa masalah yang serius. Peralatan yang digunakan boleh menyebabkan kuman atau bakteria dari luar dipindahkan ke dalam vagina dan ini juga boleh menyebabkan jangkitan.

4. Kurangkan pendedahan terhadap persekitaran luar

Jika ibu selalu berada di kawasan yang kotor, ramai orang, lebih mudah kuman menjangkiti ibu. Elakkan kawasan yang bahaya seperti hospital, bilik pemeriksaan doktor, dan pastikan ibu tidak memegang faraj dengan tangan yang tidak bersih.

5. Pengawasan yang teliti dan proaktif

Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, ibu mesti prihatin dengan tanda berikut:
  • suhu badan yang tetap setiap jam
  • pergerakan bayi-sama ada bayi bergerak atau tidak dan teliti trend pergerakannya
  • adakah uterus sakit jika disentuh
  • adakah denyutan nadi meningkat
  • simptom selsema
Jika tanda-tanda ini dikesan, segeralah ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

6. Berinteraksi dengan bayi dalam kandungan

Bercakap dengan bayi, merasa tenang dengannya akan meningkatkan hormon oksitosin yang bagus untuk mengurangkan stress. Stress boleh menjadi penyebab kepada kebocoran air ketuban terlalu awal.

Nikmatilah saat-saat bersama bayi dan sentiasa fikirkan yang baik-baik sahaja sepanjang kehamilan ini.

Ibu sebenarnya ada pilihan untuk menjadi sihat sepanjang kehamilan, melahirkan bayi yang sihat, serta melalui proses mengandung dan melahirkan yang tenang, mudah lagi menyeronokkan.

******************

Dapatkan set vitamin lengkap ibu hamil yang jadi pilihan nombor 1 ibu-ibu Malaysia. Hubungi:

Suhaila Budin
012-9645614
868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan