Enter Keyword

Usus Kotor Punca Penyakit Dan Jerawat Susah Nak Hilang

Assalamualaikum wbt.

Semasa entry ini baru ditulis, saya sedang kekenyangan bak ular sawa tertelan seekor kambing. Buruk benar bunyinya. Tapi itulah hakikat. Sebagai ibu, menghabiskan saki baki makanan memang menjadi lumrah. Nak dibuang sayang. Terpaksalah daku relakan usus dan perutku menghadam segala mak nenek ikan, ayam, sayur yang ku masak tadi. (lagi buruk daripada ular sawa ni!)

Nak ceritanya di sini, begitulah usus kita setiap hari menerima kunjungan berkilo-kilo makanan. Kalau makanan tu baik-baik saja ok lah. Tapi yang kita telan setiap hari ialah:

  • lemak dan minyak
  • bahan perasa
  • bahan pewarna
  • bahan penyedap
  • bahan pengawet
  • gula berlebihan
  • garam berlebihan
  • pestisid/ herbisid
  • makanan GMO
  • makanan segera
  • makanan rapu / ringan
  • makanan tercemar
  • asap rokok
  • alkohol
dan sebagainya lagi yang kita sendiri tahulah kan.


Soalannya ialah, berapa kerap kita mencuci usus kita? Saya yakin ramai yang menjawab TIDAK PERNAH. Membuang setiap hari tidak bermakna usus kita bersih tau. Sebab banyak sekali sisa toksin melekat pada salur usus tanpa dapat di buang lagi.

Lebih menakutkan toksin yang melekat pada usus ini bukan saja boleh menyebab banyak penyakit, Malah ia mampu menghalang zat-zat dan khasiat daripada makanan lain untuk diserap ke dalam darah melalui dinding usus.


Sudahnya yang sampai ke sel-sel badan kita cumalah toksin juga!

Sebab tu jerawat tak hilang malah makin banyak pula!!

Kalau nak tahu, antara tanda-tanda yang tubuh kita ni ada banyak toksin ialah:
  1. mudah selesema, demam dan batuk
  2. mudah penat
  3. muka pucat dan lesu
  4. jerawat muka dan badan
  5. alahan
  6. ashtma/ lelah
  7. sembelit
  8. selulit
  9. kulit kusam
  10. masalah berat badan
  11. kanser
  12. tekanan darah tinggi
  13. kencing manis
  14. serangan jantung
  15. sakit kepala
  16. masalah kulit
  17. cepat tua (kulit berkedut, rabun, uban, lupa)

Sangat penting sebenarnya untuk kita cuci usus ni. Kalau tak, takkan orang sanggup habis ribuan ringgit untuk lakukan rawatan cuci usus secara pembedahan.

Syukurlah kita ada cara lebih mudah.

Tumbuhan dan herba semulajadi adalah agen pencuci usus terbaik! Contohnya tumbuhan daun senna ni.



Tumbuhan ni memang banyak terdapat di negara kita. Tak pasti pula saya orang kita panggil daun apa.

Tapi yang best kita tak perlu nak ekstrak-ekstrak, tumbuk-tumbuk atau buat jus.

Dapatkan je herba daun senna ini dalam tablet Herb-lax ini.

Selain daun senna, ada beberapa lagi herba semulajadi yang memang terkenal dalam fungsi detoksifikasi terutama usus dan organ hati.

Cuma amalkan dua kali dalam seminggu (3-4 biji setiap kali), insyaAllah ia akan melakukan tugas mencuci usus dengan mudah, selamat dan lancar.

Sampai ada yang kempis perut di buatnya gara-gara kerak usus yang dah berkurun lama  ada dalam usus akhirnya di buang.

Jika berminat mendapatkan pencuci usus semulajadi ini, terus hubungi saya. Jaminan harga rendah!

~Suhaila Budin~
ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan