Enter Keyword

Petua Dan Cara Mengatasi Hidung Berdarah

Pernah mengalami pendarahan hidung?

Saya teringat masa sekolah menengah dulu, rakan satu dorm kerap sangat mengalami hidung berdarah. Saya macam pelik dan jakun jugak la. Darah kot. Siapa yang tak seram. Saya tak tahu kejadian hidung berdarah ni rupanya agak normal.

Anak buah saya pun ada seorang yang pernah mengalami hidung berdarah ni. Kesian juga tengok dia panik dan kelam kabut nak hentikan pendarahan pada hidung tu. Ye lah, salah cara nanti tertelan pula.


Kenapa hidung berdarah?

Hidung berdarah terjadi apabila seseorang itu mengalami trauma (luaran atau dalaman). Hidung tidak tahan kepada cuaca sejuk, radang pada salur pernafasan akibat kerap memicit, dan ketidakupayaan darah untuk membeku akibat pengambilan ubat (contohnya warfarin).

Selain itu, hidung berdarah juga boleh disebabkan oleh penyakit pada organ hati, salur darah yang tidak normal seperti ada sel kanser, atau juga tekanan darah tinggi.

Hidung berdarah boleh di bahagikan kepada dua kategori:

1. Anterior

Kekerapan hingga 90%. Pendarahan bermula daripada bahagian hadapan hidung. Selalunya ia lebih mudah di kawal.

2. Posterior

Lebih kerap berlaku pada golongan dewasa atau berusia. Pendarahan bermula daripada salur darah arteri yang berada di bahagian belakang hidung. Pendarahan hidung posterior lebih rumit dan perlu segera di rujuk ke hospital.

Apabila berlaku hidung berdarah, kemungkinan besar pesakit akan pening, kepala terasa berpusing, keliru, pitam atau pengsan. Darah biasanya akan keluar daripada satu rongga hidung sahaja. Bukan kedua-dua belah.

Apa nak buat bila hidung berdarah?

1. Bertenang

2. Duduk tegak

3. Sandarkan kepala ke depan. Jika kebelakang boleh sebabkan tertelan darah.

4. Picit hidung yang berdarah dengan ibu jari selama 10 minit.

5. Ludah/ buang semua darah yang ada dalam mulut.

Apabila pendarahan telah berhenti;

  • Elakkan radang pada hidung contohnya bersin atau angin selama 24 jam.
  • Elakkan keadaan persekitaran yang sejuk dan kering.
Pendarahan hidung yang berterusan perlu dirujuk terus ke hospital kerana di khuatiri kes-kes yang lebih serius boleh berlaku.

Cara Mengatasi Dan Mencegah Hidung Berdarah

Hidung berdarah boleh jadi disebabkan masalah sinus dan resdung yang tidak di rawat. Ada beberapa nutrisi yang perlu di ambil untuk mencegah dan mengurangkan kejadian hidung berdarah.

1. Pottasium

Pottasium penting untuk regulasi bendalir dalam badan kita. Tanpa pottasium, kita boleh mengalami kekeringan (dehidrasi) sel, termasuk pada tisu di bahagian hidung. Tubuh kita memerlukan hingga 2000mg pottasium untuk mencegah dehidrasi.

Untuk dapatkan sumber pottasium, amalkan makan pisang, avocado dan tomato.

2. Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk mencegah hidung berdarah kerana ia ada faktor pembekuan darah yang menghalang tisu daripada mudah berdarah. Vitamin C membina kolagen oleh itu ia menguatkan sel dan tisu termasuk pada salur darah hidung.

Amalkan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, atau boleh juga dapatkannya memalui suplemen.

3. Zat besi

Kekurangan zat besi juga kadang-kadang boleh menyebabkan kehilangan darah iaitu anemia. Keadaan ini boleh menyebabkan kesan 'lebam' kerana darah hilang dengan banyak apabila hidung berdarah. Makan sumber zat besi seperti daging, makanan laut, bijirin gandum, dan suplemen zat besi.

Kebanyakan hidung berdarah adalah disebabkan cuaca sejuk dan kering. Oleh itu, sentiasa lembapkan persekitaran dan elakkan berasa sejuk berlebihan.

Elakkan juga memicit hidung dengan kerap dan kasar.

Jika hidung berdarah disebabkan kondisi perubatan atau sakit seperti kanser dan sebagainya, ikutlah nasihat doktor.

Berhenti merokok kerana merokok boleh menyebakan kekeringan dan iritasi pada rongga hidung.

Dapatkan vitamin C semulajadi dan Multivitamin yang mengandungi zat besi untuk mencegah dan memperbaiki masalah hidung berdarah. Segera hubungi saya untuk tempahan ;)

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994



1 ulasan:

  1. Salam. Tahun depan saya akan bercuti di luar negara selama seminggu ketika musim salji. Jadi saya nak tanya, macam mana nak elakkan hidung berdarah ketika itu? cuma untuk seminggu.

    BalasPadam