Enter Keyword

11 Cara Hilangkan Keputihan Supaya Cepat Hamil

Assalamualaikum wbt

Masalah lendiran vagina kerap-kali mengganggu wanita. Ini kerana ramai antara kita yang keliru sama ada lendiran itu lendiran penyakit atau bukan.

Setiap wanita sememangnya akan mengalami lelehan atau discaj vagina pada setiap episod kitar menstruasinya. Sebagai contoh, pada waktu subur, discaj wanita berwarna jernih, manakala apabila menghampiri waktu haid, ia akan menjadi semakin pekat seolah-olah berwarna putih.

Namun, ada juga wanita yang mengalami discaj yang banyak, lama dan berwarna seakan keju hingga menimbulkan ketakselesaan di kawasan tersebut. Inilah yang dinamakan keputihan.


Masalah keputihan ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kulat atau bakteria yang dinamakan Candida albicans. Namun begitu, antara faktor lain yang mempengaruhi ialah:

1. alat sulit yang sangat sensitif

2. pemakanan tidak berkhasiat

3. hormon tidak stabil

4. vagina terlalu lembap dan berasid

5. aktiviti seksual

6. hamil

7. kencing manis

Keputihan biasa memanglah tidak bahaya, namun keputihan yang teruk boleh mengundang jangkitan bakteria hingga merosakkan salur peranakan!

Macam mana nak tahu keputihan tu teruk?

Hanya pemeriksaan doktor yang boleh mengetahui sama ada keputihan itu bahaya atau tidak. Namun, tanda-tanda berikut boleh diperhatikan.

+ Discaj berubah warna dari jernih ke putih, kuning, hijau atau berdarah

+ Rasa gatal, radang dan bengkak

+ Pedih ketika bersama

+ Keputihan berketul, banyak dan berbau busuk

+ Sakit bahagian bawah abdomen atau demam sekiranya bakteria telah merebak ke kawasan pangkal rahim atau organ peranakan

Keputihan yang teruk boleh mengganggu pergerakan sperma dari vagina memasuki pangkal rahim, dan ini boleh menyebabkan wanita tersebut sukar hamil.

Cara Hilangkan Keputihan

Bagi mencegah dan mengurangkan masalah keputihan, ikutlah langkah-langkah berikut:

#1. Jaga kebersihan kawasan vagina

Bersihkan alat kelamin selepas hubungan seks, dan pastikan seluar dalam atau pantyliner sentiasa ditukar.

#2. Elakkan menggunakan pembersih wanita atau 'feminine wash' ke dalam kemaluan

Memadai dengan membasuh di kawasan luar sahaja. pH yang tidak sesuai boleh mematikan bakteria semulajadi yang fungsinya mengawal pembiakan bakteria jahat.

#3. Kurangkan gula, makanan manis dan karbohidrat tinggi

Semua makanan ini akan menyebabkan pembiakan kulat lebih rancak. Elakkan makan makanan yang menyebabkan kadar glukosa naik tinggi dalam darah dan pilihlah makanan yang berindeks glisemik rendah.

Pesakit kencing manis perlu lebih berhati-hati.

#4. Sentiasa keringkan kawasan vagina

Vagina yang selalu lembap dan basah menyebabkan pertumbuhan bakteria lebih banyak.

#5. Pakai seluar dalam yang sesuai

Pakailah seluar yang diperbuat daripada kain kapas dan tidak memakai yang terlalu ketat.

#6. Elakkan penggunaan antibiotik yang tidak perlu

Sesetengah antibiotik boleh mematikan bakteria sihat dalam vagina, lalu menyebabkan bakteria jahat membiak dengan banyak.

#7. Amalkan yogurt dan makanan berindeks glisemik rendah

Kajian menunjukkan pengambilan yogurt dapat mengekalkan persekitaran vagina yang sihat kerana ia mengandungi kultur hidup dan aktif.

Manakala makanan berindeks glisemik rendah pula tidak menaikkan aras gula darah terlalu tinggi, dengan itu dapat merencat pertumbuhan atau jangkitan kulat.

#8. Tingkatkan sistem imun

Wanita yang rendah imuniti lebih mudah mendapat jangkitan kulat dan bakteria.

#9. Jauhi seks rambang

Seks rambang bukan sahaja boleh memindahkan penyakit, malah boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk seperti HIV, AIDS dan sebagainya.

#10. Kurangkan tekanan

Stress dan tekanan boleh merendahkan sistem imun, dan menyebabkan badan lebih mudah mendapat jangkitan.

#11. Elakkan kemasukan benda asing dalam faraj

Contohnya kondom, ubat pelincir dan sebagainya yang boleh mengganggu kestabilan persekitaran faraj wanita.

Keputihan semasa hamil juga adalah berbahaya kerana ia boleh juga dijangkitkan kepada bayi.

Sentiasalah prihatin dan ambil berat akan setiap perubahan pada kawasan vagina, lebih-lebih lagi jika sedang merancang untuk hamil.

Jika ada masalah keputihan, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Produk Shaklee yang membantu dalam masalah ini ialah Set Wanita Anggun iaitu Vivix, ESP dan GLA Complex.




Vivix

Vivix produk antipenuaan unggul yang kaya dengan antioksidan resveratrol yang dapat menguatkan sistem imun, mengembalikan semula keremajaan sel, mengaktifkan sel bakteria sihat, dan memperbaiki kerosakan sel pada peringkat DNA.








ESP

ESP ialah protein soya dengan indeks glisemik rendah (39) yang mana tidak menyebabkan kenaikan glukosa darah, membantu pembinaan semula sel yang sihat, dan mengurangkan pembiakan kulat.










GLA Complex

GLA Complex yang mengandungi vitamin E dan minyak bunga matahari bertindak mengembalikan keseimbangan hormon wanita, mengurangkan discaj yang terlalu banyak, dan mengawal kelembapan faraj.








* Testimoni seorang sahabat saya yang mengamalkan Vivix, ESP dan GLA untuk kesuburan. Alhamdulillah masalah keputihannya beransur hilang. Sama-sama doakan beliau berjaya hamil tidak lama lagi ye. :)

Keputihan teruk jangan di biar lama-lama, nanti lagi bahaya jadinya.

Anda yang ingin saya bantu dengan produk Shaklee, atau ingin menikmati produk dengan harga ahli, hubungi:

Puan Suhaila 
ID:868994


Tiada ulasan:

Catat Ulasan