Enter Keyword

ESP Shaklee Cara Turunkan Berat Badan Tanpa Perlu Berlapar

Assalamualaikum wbt.

Bulan ESP datang lagi! Pasti ramai yang duk pakat borong ESP terutama sesiapa yang dalam misi turunkan berat badan tu.

So, hari ni Ciksu nak cerita sikit bagaimana ESP membantu turunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Selalu kita tau, orang yang nak kurus ni dia akan tahan lapar. Contohnya, dia makan pagi je. Tengah hari dengan malam dia tak makan dah. Ataupun ada juga yang memang langsung tak sentuh makanan berat, hanya makan biskut-biskut, sayur, buah, salad, snek dan yang simple2 je macam tu.


Persoalannya, larat ke? Sampai bila boleh bertahan macam tu? Takut nanti lama-lama jadi malnutrisi pulak. Maklumlah tubuh kita ni perlukan zat seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral yang cukup untuk terus berfungsi.

Bimbang nanti, bila dah kurus dapat penyakit pula. Yang paling teruk, bila tamat je misi kurus, kita pun stat makan berat balik semula, dan berat badan pun mengikut naik. Huwaa! Inilah namanya kesan yo-yo. Kejap gemuk, kejap kurus, gemuk-kurus, gemuk-kurus. Bahaya macam ni.

Oklah, kita pendekkan cerita.

ESP ialah sumber protein soya yang lengkap dengan 9 asid amino perlu yang badan tidak dapat hasilkan. ESP juga rendah lemak, bebas kolesterol (sebab sumber soya) dan yang paling penting GI rendah. Apa itu GI? Teruskan membaca.

Jadi, bagaimana ESP dapat membantu turunkan berat badan tanpa berlapar?

1. Ia memberi rasa kenyang yang lama berjam-jam.

2. Perut dan usus mengambil masa yang lebih lama (berbanding karbohidrat) untuk memecahkan molekul protein kepada yang bentuk lebih kecil.

3. Pergerakan protein lebih perlahan dengan itu lebih banyak masa diperlukan untuk hadam

4. Kesan yang agak stabil dan lembut keatas glukosa darah menjadikan aras glukosa naik perlahan-lahan, bukan secara mendadak.

5. Lebih banyak tenaga di perlukan untuk menghadam protein dengan itu metabolisme di pertingkatkan

6. Aras glukosa dalam darah yang stabil menyebabkan tubuh terus-menerus mendapat tenaga.

7. Protein yang lambat hadam ini menyebabkan perut sentiasa berasa kenyang dan lambat lapar!

Semua ini ada kaitannya dengan GI yang kita sebutkan diatas tadi.

Apa itu GI?

GI ialah glisemic index atau indeks glisemik iaitu nilai untuk mengukur jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah.

GI tinggi (70 ke atas) - makanan cepat hadam dan cepat ditukar menjadi glukosa dalam darah

GI sederhana (56-69)

GI rendah (55 ke bawah) - makanan lambat di hadam dan mengambil masa yang lama untuk ditukar menjadi glukosa.

Jadi, dah fahamkan bagaimana ESP membantu mengatasi rasa lapar dan asyik nak makan je bagi orang yang nak kurus?


ESP mempunyai GI 39 dan memanglah sangat-sangat membantu menahan lapar. Yang paling bagus, ESP tak sebabkan kencing manis, malah boleh pula mengawal aras gula. Orang yang kencing manis pun sangat disyorkan ambil ESP untuk kawal kenaikan gula dalam darah.

Selain tak perlu berlapar, ESP juga membantu:

1. Meningkatkan metabolisme tubuh

Orang nak kurus mesti perlu metabolisme tinggi untuk membakar kalori dengan lebih cepat.

2. Membina otot

Apabila ada otot, lagi tinggi metabolisme.

3. Menurunkan kolesterol

Ini kerana ia kaya serat yang akan membantu memerangkap kolesterol untuk disingkirkan.

4. Membekalkan tenaga

Banyak feedback dari pelanggan saya mengatakan ESP buat rasa bertenaga, cergas dan kalau minum waktu malam sampai tak boleh tidur dibuatnya.

ESP sangat sesuai sebagai meal replacement jika seseorang tak suka makan makanan berat, apa lagi makanan yang tinggi lemak dan kolesterol. Ia juga sesuai untuk mereka yang jenis nak cepat dan tak menyempat-nyempat nak makan, so bancuh saja ESP untuk beri rasa kenyang yang lama.

ESP juga bagus sebagai post-workout supplement yang mana ia akan membantu seseorang untuk recover semula dari aktiviti berat, membantu bina otot dan kekuatan.


ESP ni memang menjadi pilihan mereka yang nak kurus, sebab manfaatnya sangat banyak.

Selain boleh kurus, ESP boleh membantu:

1. Cantikkan kulit
2. Menghilangkan parut
3. Mengawal tekanan darah
4. Mengurangkan gastrik
5. Awet muda
6. Mempercepatkan pertumbuhan sel baru
7. Kesuburan
8. Pemulihan luka
9. Pertumbuhan rambut dan kuku
10. Menstabilkan hormon

dan banyak lagi lah.. sebab tu ESP sentiasa menjadi rebutan.

Jika berminat mendapatkan ESP berserta konsultasi percuma, hubungi:

Puan Suhaila


ID: 868994


Tiada ulasan:

Catat Ulasan