Bahaya Lemak Berlebihan Di Kawasan Perut
Cuba ambil pita pengukur dan ukur saiz pinggang anda iaitu ukur lilit sekeliling perut dengan ketinggian lebih kurang sama dengan pusat.
Jika ia melebihi 31.5 bagi perempuan atau 37.5 bagi lelaki, maka anda perlu berhati-hati.
Saiz pinggang yang besar, atau senang cakap 'perut buncit' agak berbahaya walaupun berat badan masih dalam kategori normal.
Ini kerana di situ ada lemak yang padat tersimpan sama ada di dalam atau diluar (mengelilingi) organ.
Apa punca hingga pinggang boleh membuncit sebegitu rupa?
Punca utama ialah makanan tinggi kalori di sertai dengan kurangnya senaman. Pendek kata, hidup kita ni tidak aktif secara fizikal, kita banyak duduk.
Sudah la begitu, hidup pula penuh dengan stress dan tekanan. Terutama bagi wanita. Hormon stress; kortisol akan mengarahkan badan kita untuk menyimpan lemak di sekitar abdomen.
Kenapa lemak berlebihan di kawasan perut ini bahaya?
Ok, mari saya ceritakan satu per satu.
1. Apabila kita makan makanan tinggi kalori, di tambah dengan tidak bersenam serta tekanan, kesemua faktor ini akan memaksa badan kita menyimpan lemak di sekitar organ seperti hati, pankreas, jantung, dan organ dalaman yang lain.
2. Lemak yang tersimpan ini akan 'mengepam' asid lemak bebas serta bahan inflamatori (penyebab keradangan sel) ke dalam salur darah, iaitu 'highway' yang menghantar darah daripada bahagian bawah abdomen menuju ke organ hati, pankreas, dan organ lain.
3. Asid lemak bebas ini pula akan menyebabkan organ hati menghasilkan lebih banyak kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan cuma sedikit kolesterol HDL (kolesterol baik), gula darah akan naik, kurang adiponectin (hormon yang mengawal selera dan gula darah).
Akhirnya, seseorang itu akan berisiko mendapat penyakit jantung dan diabetes.
4. Bahan inflamatori (bahan radang) yang dilepaskan pula akan menggalakkan pertumbuhan plak pada dinding arteri, menaikkan tekanan darah dan menjadikan darah lebih cepat membeku - punca serangan jantung.
Bahan ini juga menyebabkan sel kita rintang kepada insulin, yang lama-kelamaan turut menyumbang kepada penyakit kronik daripada Alzheimer hinggalah kepada kanser.
Lemak di kawasan lain seperti punggung, peha, lengan atau di bawah kulit tidaklah berbahaya seperti lemak di pinggang ini.
Jadi, apa yang perlu di lakukan?
Turunkanlah berat badan, hilangkan buncit di bahagian perut tu.
1. Makan banyak sumber tumbuhan seperti buah, sayur, bijirin gandum dan sumber lemak tak tepu.
2. Bersenam paling kurang 30 minit sehari.
3. Kurangkan stress, cari masa untuk rileks dan bertenang setiap hari. (Solat 5 waktu dengan khusyuk + doa adalah sumber ketenangan abadi)
4. Mula ambil suplemen kerana ia sebenarnya sangat-sangat membantu meningkatkan kualiti kesihatan kita. Makesure pilih suplemen semulajadi. =)
Wallahua'lam.

Antara dua jantung |
Lemak di kawasan abdomen ini berupaya menyebabkan penyakit yang kita takuti seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, serangan jantung, strok, kanser kolon, dan masalah memori.
Jadi, apa yang perlu di lakukan?
Turunkanlah berat badan, hilangkan buncit di bahagian perut tu.
1. Makan banyak sumber tumbuhan seperti buah, sayur, bijirin gandum dan sumber lemak tak tepu.
2. Bersenam paling kurang 30 minit sehari.
3. Kurangkan stress, cari masa untuk rileks dan bertenang setiap hari. (Solat 5 waktu dengan khusyuk + doa adalah sumber ketenangan abadi)
4. Mula ambil suplemen kerana ia sebenarnya sangat-sangat membantu meningkatkan kualiti kesihatan kita. Makesure pilih suplemen semulajadi. =)
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan