Enter Keyword

Tip Bisnes: 7 Cara Nak Dapat Sales Berbondong-bondong

Sales (jualan) dengan orang bisnes memang tak dapat dipisahkan.

Kalau takde sales, bisnes boleh jatuh atau lingkup.

Sales yang banyak adalah nadi sesuatu bisnes baik bisnes itu kecil-kecilan, atau juga bisnes gergasi.

Bagi peniaga online, ada ketikanya sales menurun, dan agak sendu. Bila keadaan berlarutan dengan sangat lama, memang boleh buat kita down dan akhirnya give up nak berbisnes lagi.


Gambar ihsan Google

Satu perkara yang perlu kita tahu, bila berbisnes, grafnya akan sentiasa turun naik. Ia tak akan terus naik atau terus turun, dan tidak juga mendatar.

Namun begitu apabila graf mula menurun, ramai yang tak mampu bertahan lagi.

Ok, so apa kita nak buat untuk mendapatkan sales yang lebat dan berbondong-bondong?

#1. Tukar strategi

Cuba buat apa yang selama ini kita tak pernah buat. Contohnya kita buat bisnes online, asyik promot secara online je, apa kata buat secara offline pula.

Print flyers banyak-banyak dan edarkan kepada sesiapa yang kita jumpa.

Begitu juga bila kita ada kedai fizikal, tapi tak ramai pelanggan, hebahkanlah bisnes kita di media sosial. Buat sesuatu bagi viral. Hah, pasti pelanggan dari serata ceruk akan datang cari kedai kita.

Contoh lain, kita tak pernah buat Facebook Live, apa kata beranikan diri buat facebook live dan tunjukkan diri anda yang sebenar.

#2. Follow up semula pelanggan lama

Kita dah ada database pelanggan. Kenapa tak gunakannya untuk dapatkan sales. Bila follow up tu, jangan jadi robot atau kaku sangat.

Sapa-sapa dulu, tanya khabar.

AWAS! Sesetengah orang tak suka seller terlalu ramah. So, pandai-pandailah kita jaga had ye. 

#3. Konsisten dengan apa yang kita dah buat sebelum ni

Kita takde sales, bukan sebab orang tak nak membeli, tapi kita yang dah berhenti buat marketing atas alasan 'penat' buat benda yang sama.

Hello, tu KFC, McD, Maggie dalam tv tak penat-penat pun buat iklan. Betul tak?

#4. Cari prospek yang baru

Kat mana nak cari? Pasaran online ni terlalu luas. Kita aje yang tepu kepala nak fikir.

Cuba dapatkan prospek baru melalui:

  • grup-grup facebook yang berlambak tu
  • instagram
  • twitter
  • blog
Belajarlah macam mana nak dapatkan prospek dari kesemua medium ni. Ramai guru-guru bisnes online yang boleh tunjukkan jalan kepada anda. Pergi cari diorang.

#5. Lazimi amalan menjemput rezeki

Biarlah orang nak kata kita tak ikhlas ke apa ke, buat je. Allah dah janji dalam Al-Quran, Dia akan beri rezeki bila kita bertaqwa.

Sometimes, inilah cara Allah nak panggil kita balik dekat pada DIA. Orang lain apa tahu?

Walaupun pada awalnya kita penat buat dan seolah-olah takde hasil, jangan risau, buat je. 

Antara amalan yang anda boleh lakukan (dengan istiqomah) ialah:
  • Solat awal waktu
  • Tahajjud
  • Solat Dhuha 4 rakaat (2 salam)
  • Istighfar 100-1000kali  (ikut kemampuan)
  • Selawat 100 kali
  • Subhanallahhi wabihamdih, subhanallahil adziim 100kali
  • Ya Wahhab 1000 kali
  • Baca Al-Quran setiap hari
  • Baca surah Yaasin setiap pagi
  • Baca Al-Fatihah 41 kali setiap pagi
  • Baca surah Al-Waqiah setiap malam
  • Baca surah Al-Mulk setiap malam
  • Bagi lelaki, lazimkan berjemaah di masjid setiap kali waktu solat
Wahhh, banyaknya nak kena buat.

Ya, memang banyak. Ikutkan banyak lagi. Anda tak perlu buat semua. Pilih-pilihlah yang mana rasa sesuai dengan keadaan dan masa kita, dan buat setiap hari sampai mati.


Tak dinafikan, kadang timbul rasa malas nak beramal. Lawan rasa malas itu dan kuatkan mujahadah.

Kita nak bisnes, nak kaya bukan setakat di dunia je. Ye tak? Kita nak sampai ke akhirat sana.

Kalau tak buat sekarang, bila lagi? Percayalah, berbisnes dengan Allah takkan rugi.

#6. Sentiasa senyum, happy, positif dan ceria

Rezeki susah nak masuk bila hati kita tak senang, asyik nak marah, rasa berdendam dan sebagainya.

Tukarlah semua perasaan tu kepada yang lebih baik. Maafkan sesiapa yang buat salah dengan kita.

#7. Sentiasa gembirakan orang yang kita sayang

Terutama pasangan, anak-anak, ibu dan ayah kita. Bisnes memang boleh buat kita stress, tapi janganlah sampai libatkan orang lain juga.

Kita marah anak-anak yang masih kecil sebab ganggu kita nak buat kerja (padahal bukan buat apa pun).  Hadapi dengan tenang insyaAllah semua masalah akan hilang.

Rasanya anda dah faham apa nak kena buat kan?

Saya doakan anda sentiasa di murahkan rezeki, dan dapat sales berbondong-bondong seperti yang diinginkan. Amiinn.

Wallahua'lam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan