Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Omega Guard. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Omega Guard. Papar semua catatan
Makanan mengandungi tinggi sodium atau garam sering menjadi punca salur darah jadi sempit lalu menyebabkan tekanan darah mudah naik tinggi.

Darah tinggi selalunya tidak ada gejala. Kita hanya boleh tahu dengan membuat pemeriksaan tekanan darah di klinik atau hospital.


Tekanan darah yang selalu tinggi dan tidak terkawal adalah sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan serangan strok atau angin ahmar secara mengejut.

Pesakit berisiko lumpuh dan mendapat kecacatan kekal.

Ada banyak cara kita boleh elakkan serangan darah tinggi dan mengawal tekanan darah.

Selain mengurangkan pengambilan makanan bergaram seperti makanan terproses, makanan segera, makanan berlemak, kita juga perlu mengambil makanan yang betul.

Di bawah ini adalah makanan dalam kategori superfood yang boleh di amalkan setiap hari untuk mengawal tekanan darah tinggi.

1. Roti bijirin penuh (wholemeal)

Selain itu boleh juga gunakan tepung bijirin penuh untuk buat roti, lempeng, cucur dan sebagainya.

Makanan bijirin penuh kaya serat yang boleh menyerap lebihan lemak dalam salur darah.

2. Oat

Juga kaya dengan serat dan ia juga rendah lemak serta kurang sodium. Pilih oat organik dan jenis 'rolled oat'.

3. Sayur-sayuran

Jika sebelum ni tak suka sayur, anda kena mula jatuh cinta pada sayur terutama sayuran hijau kerana ia kaya potttasium yang boleh menyingkirkan lebihan sodium dalam darah.

Antara sayur yang bagus ialah:

🌱 bayam
🌱 salad romaine lettuce
🌱 kale
🌱 bendi
🌱 tomato
🌱 kacang panjang
🌱 terung
🌱 bunga kobis

4. Kekacang

Juga tinggi kandungan serat dan bagus untuk mengawal tekanan darah jika di amalkan.

Contoh kekacang yang bagus ialah:

🌰 pistachio
🌰 kacang soya
🌰 walnut
🌰 kacang pis
Dsb.

5. Buah-buahan

Selain di makan begitu saja, boleh juga amalkan minum jus segar tanpa gula.

Ambil buah-buahan dan sayuran sebanyak 4-5 hidangan sehari.

Buah yang bagus contohnya buah delima 🍊.

6. Buahan beri

Contohnya blueberi, strawberi atau apa saja dalam keluarga beri kerana ia kaya komponen semulajadi yang dinamakan flavonoid.

7. Pisang

Pisang elok diamalkan kerana ia tinggi kandungan pottasium. Boleh makan begitu saja atau letakkan di dalam yogurt, roti, lempeng dsb.

8. Bawang putih

Tidak asing lagi digunakan dalam merawat penyakit.

Bawang putih dikatakan dapat meningkatkan pengeluaran oksida nitrik dalam badan, dengan itu membantu salur darah menjadi besar.

Boleh dimakan begitu saja atau masukkan dalam masakan.

9. Minyak zaitun

Termasuk dalam kategori minyak tak tepu, ia juga dapat melicinkan salur darah dan mengurangkan darah tinggi.

10. Ikan salmon, mackerel dan ikan berOmega 3

Kajian mendapati penduduk yang mengamalkan ikan beromega 3 ini kurang risiko mendapat serangan jantung.

Asid lemak perlu ini tidak dihasilkan oleh badan dan kita mesti dapatkannya daripada pemakanan.

Kekurangan Omega 3 menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti salur darah tersumbat, serangan jantung, tekanan darah tinggi dan strok.

Amalkan hidangan ikan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Cara lebih mudah dan pantas untuk mendapatkan khasiat dan manfaat Omega 3 adalah dengan mengambil suplemen.


Omega Guard adalah minyak ikan tulen yang telah melalui penyulingan sebanyak tiga kali untuk membuang logam berat yang biasa terdapat dalam ikan.

Sebotol 90 biji cuma berharga RM136.25 sahaja.

Kawal darah tinggi, cegah sebelum terlambat.

Sekiranya berminat untuk dapatkan Omega Guard, boleh hubungi saya:

- Puan Suhaila -
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994

Berminat untuk jadi ahli, klik: 

Baru-baru ini saya bertemu dengan jiran saya.

Dia mengadu sakit pada pergelangan tangan terutamanya apabila cuba mengangkat benda berat.

Masa di kampung, apabila terkena air sejuk kolah ketika mandi, dia menjerit sebab kesakitan.

Katanya lagi, dia cuma pergi berurut saja tapi sakit tu tak hilang pun. Cuma lega seketika tapi lepas tu jadi balik.

Ini adalah sebahagian daripada gejala-gejala yang di hidapi oleh mereka yang mengalami sindrom Carpal Tunnel (Terowong Carpal).

cara hilangkan kebas tangan

Sindrom Carpal Tunnel ni adalah masalah yang biasa dihidapi oleh mereka yang banyak menggunakan tangan dalam aktiviti harian contohnya banyak menggunakan komputer, banyak menggunakan pisau, banyak buat kerja-kerja mengait, menulis, menjahit dan sebagainya.

Seolah-olah tangan kita lenguh bila terlalu lama buat aktiviti macam tu.

Sindrom ni berlaku disebabkan tendon atau ligamen carpal pada pergelangan tangan membengkak, lalu memberi tekanan pada saraf di bahagian tersebut.

Selain gejala di atas tu, mereka yang mengidap Carpal Tunnel ni akan mengalami:
  • rasa sakit
  • kebas
  • berasa di cucuk-cucuk
  • sakit pada waktu malam
  • sukar memegang barang
  • lemah pada ibu jari
Cara Rawat Dan Cegah Sindrom Carpal Tunnel

1. Betulkan posisi


Contohnya bila kita menaip, pastikan kedudukan komputer, badan serta tangan dalam keadaan selesa. Jika memotong sesuatu di dapur, tinggikan sedikit kedudukan badan.

2. Rehat sekejap semasa buat kerja

Setiap 10-20 minit, rehatkan pergelangan tangan dengan lakukan senaman mudah selama 5 minit untuk kurangkan tekanan pada tangan atau cukup sekadar tak buat apa-apa. 

3. Metabolik sindrom


Penyelidik mendapati mereka yang ada sindrom metabolik iaitu: tinggi kolesterol, tinggi tekanan darah, tinggi trigliserida, obesiti, serta ada diabetes lebih mudah mengalami Carpal Tunnel ini. 

Dapatkan rawatan hospital jika ada masalah sindrom metabolik.

4. Senaman untuk tangan dan pergelangan tangan 

Rujuk video di bawah dan amalkan senaman ini apabila dirasakan perlu.


5. Nutrisi

Antara zat nutrisi yang bagus untuk saraf yang sihat ialah vitamin B6, Omega 3 dan kalsium serta magnesium.


Banyakkan ambil makanan yang kaya dengan zat ini. 

Suplemen Terbaik Untuk Rawat Kebas Sakit Saraf

set kebas shaklee

Set Saraf ini antara set yang terlaris. Ia terdiri daripada:

B Complex - lengkap dengan 8 jenis vitamin B, bertindak sebagai penenang dan pelega kepada saraf.

Omega Guard- sumber minyak ikan tulen yang membekalkan Omega 3 serta 7 rangkaian asid lemak seperti DHA, ALA, EPA yang membantu melancarkan peredaran darah, mencegah salur darah daripada tersumbat, serta bersifat antiradang.

Ostematrix- sumber kalsium, magnesium dan vitamin D ini pula sangat penting untuk pengawalan saraf dan pengecutan otot, mencegah serta memperbaiki masalah kebas serta kejang.

Sindrom Carpal Tunnel, kebas, kejang, salah urat, terkehel, kesemunya memerlukan zat nutrisi penting ini supaya ia dapat berjalan dengan lancar. Ia seperti 'arus elektrik' yang sangat diperlukan untuk menghidupkan mesin.

Jangan biarkan Carpal Tunnel mengganggu kehidupan seharian kita. Makin lama dibiarkan, makin teruk pula jadinya nanti.

Jika keadaan terlalu teruk, segera dapatkan rawatan, dan bantu pemulihan dengan suplemen Shaklee.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan set ini, hubungi saya:

-Puan Suhaila-

Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee

Whatsapp klik >> www.wasap.my/60129645614

ID: 868994

Masalah perut buncit adalah masalah yang paling kerap mengganggu tak kira lelaki atau wanita terutamanya jika dah berkahwin dan mempunyai anak.

Kenapa?

Saya dah tulis dalam entry yang lepas >> Bahaya Lemak Berlebihan Di Kawasan Perut.

Masalahnya, perut buncit ni susah sangat nak kempis.

Dah buat macam-macam cara, tapi tak kempis-kempis juga. Terfikir je nak pergi buat rawatan sedut lemak tetapi memikirkan kos dan side effect yang mungkin di tanggung, terus tak jadi.

set kurus shaklee

Hmmm...

Kalau begitu, mungkin anda ada melakukan kesilapan ini. Sebab itu susah sangat buncit perut nak hilang.

Jom tengok apakah kesilapan itu.

#1. Boleh kempis dalam masa yang singkat

Adalah mustahil lemak yang tersimpan sejak bertahun-tahun boleh hilang dalam masa yang sekejap saja. Letakkan target yang sesuai, contohnya, dalam masa sebulan, saya akan kurangkan 5 inci pada saiz pinggang saya.

Ya, target biar realistik. Yang penting kita buat dengan cara yang selamat.

#2. Kadar metabolisme rendah

Apabila umur makin meningkat, kadar metabolik menjadi perlahan. Namun begitu tidak bermakna ia akan kekal begitu. Untuk naikkan metabolisme, banyakkan bersenam dan amalkan gaya hidup aktif.

#3. Melakukan senaman yang salah

Ayyoo..bersenam sudah, rupanya salah! Senaman kardio seperti berlari, tidak akan membantu. Lakukan juga senaman yang meningkatkan keupayaan otot seperti 'weight training' atau 'strength training'.

Ini kerana, untuk membakar lemak, kita perlukan otot. Otot akan membakar lebih banyak kalori berbanding lemak.

Mulai hari ni, amalkan senaman di bawah ini.


Jika selepas 3 minggu tiada perubahan, fokus kepada senaman yang lebih berat lagi.

#4. Tak jaga makan

Elok dah kita makan buah dan sayur semua, tapi masalahnya dalam masa sama kita turut makan makanan berkalori tinggi seperti makanan segera dan makanan terproses.

Contoh makanan terproses ialah roti, biskut, kerepek, jajan, cip dan semua makanan segera. Semua makanan ini menggalakkan pengeluaran bahan inflamatori. Jadi memang sah perut kita takkan kempis.

#5. Tak pantang gula

Inilah satu sebab yang buat seseorang susah betul nak kempiskan perut. Kita selalu kalah dengan godaan daripada minuman dan makanan enak-enak.

Bila kita buat jus, biasanya kita buang ekstrak fiber, dan cuma dapatkan jusnya. Sedangkan gula itulah penyebab lemak di perut lebih menebal.

Mulai hari ini, berhenti ambil minuman manis, dan minumlah cuma air kosong. Perlahan-lahan cuba kurangkan pula mengambil makanan berkarbohidrat tinggi.

Jika terasa nak makan benda manis, kunyahlah sebiji epal, sepotong tembikai atau buahan seperti blueberi atau strawberi.

Sekarang kita tahu apa punca yang menyebabkan perut kita susah sangat nak kempis.

Oh ye, perlu diingat, lemak yang ingin kita buang ini ialah lemak viseral (atau juga di panggil lemak intra-abdomen) sebab lemak ini yang berada di sekeliling organ-organ penting badan kita.

Jadi, dah tahu apa kita nak target kan?

Saya ulang semula:

  • biar lambat asal selamat
  • tingkatkan metabolisme
  • jaga pemakanan (ikut saranan suku-suku-separuh)
  • buat senaman yang betul (fokus untuk bina otot)
  • pantang gula
Semoga anda mencapai berat badan yang diidamkan, semoga dapat kembali shape zaman muda remaja dulu dan semoga kita terus sihat sampai tua.

InsyaAllah Mudah-mudahan.

Sekiranya berminat nak dapatkan suplemen Shaklee yang membantu boost metabolisme dan bantu kempiskan perut, hubungi saya:

Puan Suhaila
Whatsapp (klik) >> www.wasap.my/60132369434
ID: 868994

Dalam banyak-banyak organ dalam badan kita ni, organ apa yang paling banyak guna tenaga?

Ya, J.A.N.T.U.N.G!

Jantung kita berdenyut setiap saat untuk mengepam darah ke seluruh badan, menghantar oksigen dan nutrien kepada sel dari hujung rambut hingga hujung kaki, serta menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh seperti karbon dioksida dan bahan buangan yang lain.

Jika jantung berhenti, tercabutlah roh dari jasad meninggalkan diri kita yang kaku.


Sel dan tisu badan kita sangat perlukan bekalan  nutrisi dan oksigen yang berterusan supaya ia dapat berfungsi dengan baik dan efektif.

Oleh kerana jantung juga adalah sejenis 'otot', sudah tentu ia sendiri perlukan bekalan oksigen dan nutrisi yang mencukupi.

Bagaimana fungsi jantung terjejas?

Sebarang 'blockage' pada arteri boleh menyebabkan serangan jantung, atau kerosakan kepada otot jantung. Serangan jantung  (heart attack) adalah berbeza dengan cardiac arrest.

Cardiac arrest adalah satu keadaan dimana jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba dan ini biasanya disebabkan oleh gangguan elektrikal pada ritma jantung.

Serangan jantung turut boleh menyebabkan cardiac arrest.

Jantung orang dewasa mengepam lebih kurang 5.7 liter darah ke seluruh tubuh, dan berdenyut antara 60-80 kali seminit.

Penyakit jantung koronari

Adalah penyakit jantung yang paling biasa di alami dan menyebabkan kematian kira-kira 370,000 orang setahun.

Ia disebabkan oleh pembentukan plak dalam arteri pesakit jantung, lalu menghalang pengaliran darah ke seluruh tubuh.

Antara mereka yang berisiko ialah:

  • pesakit darah tinggi
  • mempunyai tahap kolesterol LDL yang tinggi
  • merokok 
Serangan jantung sebenarnya boleh dicegah dari awal.

Kita wajib mengamalkan cara hidup yang lebih holistik:

1. Menjaga pemakanan

2. Banyakkan bergerak dan bersenam

3. Menukar gaya hidup kepada yang lebih sihat

4. Mentaati perintah agama masing-masing

5. Berhenti merokok

6. Mula mengambil suplemen

Suplemen Shaklee Untuk Kuatkan Jantung

shaklee kuantan

Omega Guard 

Minyak ikan tulen yang terkenal dan bestseller di Shaklee ini lengkap dengan 7 spektrum asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA. 

Ia berfungsi memecahkan lemak trigliserida dalam salur darah, melancarkan peredaran darah, mengurangkan inflamasi dan radang pada otot jantung, sel serta salur darah.

Phytocol ST

Mengandungi sterol dan stanol tumbuhan membantu mengurangkan penyerapan kolesterol daripada makanan serta membantu menurunkan tahap kolesterol LDL dalam darah.

CoQ-Trol Plus

Adalah suplemen CoQ10 yang digabungkan dengan resveratrol dan tocopherol yang amat bagus untuk meningkatkan tenaga otot jantung untuk mengepam darah.

Ia antioksidan kuat yang menghalang kerosakan sel dan tisu otot jantung juga untuk seluruh tubuh badan.

Satu set ini berharga RM482.50 (penggunaan 1-2 bulan).

Set ini mesti di miliki dan di amalkan selalu oleh mereka yang sayangkan jantung yang sihat. 🏩🏩

Jika berminat untuk mendapatkan set suplemen ini, hubungi saya:

-Puan Suhaila-


ID: 868994

Bagi mereka yang mempunyai kad debit atau kredit, boleh buat belian sendiri secara online, klik:


* Produk ini tidak bertujuan untuk mencegah atau merawat penyakit, ia adalah suplemen yang memperbaiki tahap kesihatan.
Assalamualaikum wbt.

Dengan perkembangan sains dan teknologi, hari ni kita tahu bahawa minyak seperti minyak ikan omega 3 sangat bagus untuk ibu hamil. (intro dah macam kepelbagaian biodiversiti) hihi..

Ok lah..ada orang tanya, memang bagus ke Omega 3 untuk ibu mengandung? Apa khasiat dia? Tak bahaya ke ibu mengandung makan Omega 3 ni?

Sebenarnya kalau kita baca jurnal atau laporan saintifik, omega 3 ni memang amat bagus di ambil ketika hamil. Cuma ia bukanlah sesuatu yang diwajibkan memandangkan omega 3 ni agak mahal kos penyediaannya, tak macam vitamin lain tu boleh bagi free free je kat klinik kan?


Ibu boleh tengok contoh laporan saintifik ini. (Klik link)

So hari ni saya nak bawa ibu pergi lebih jauh untuk mengetahui dan mengenali khasiat omega 3 terutama untuk kita kaum ibu yang sedang hamil ni kan.

Ada dua jenis minyak ikan beromega 3.

1. Minyak ikan bersumberkan daging ikan tu sendiri (flesh fish), SELAMAT di ambil oleh ibu hamil

2. Minyak ikan bersumberkan hati ikan (cod liver oil), TIDAK SELAMAT di ambil oleh ibu hamil.

Ada perbezaan ketara disitu yang mana omega 3 daripada sumber hati ikan (cod liver oil) mengandungi aras retinol daripada vitamin A yang sangat tinggi yang tidak baik untuk bayi dalam kandungan.

Apa itu Omega 3?

Omega 3 ialah asid lemak ialah rantaian panjang asid lemak poli-taktepu yang amat penting untuk perkembangan, pertumbuhan dan kesihatan keseluruhan. Malangnya asid lemak Omega 3 ni tidak disintesis oleh badan manusia, oleh itu kita perlu dapatkan daripada pemakanan.

Walaubagaimanapun, diet dan pemakanan kita seharian amat kurang kandungan omega 3. Sebab itulah kita mesti dapatkan daripada suplemen.

Kenapa Omega 3 penting untuk ibu hamil?

Ada banyak kajian menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan mempunyai risiko komplikasi dan masalah kesihatan yang rendah, malah bayi juga sihat dari segi mental dan jasmani.

Antara kebaikan minyak ikan kepada ibu hamil ialah:

1. Membantu perkembangan neurologi dan visual bayi sejak dalam kandungan iaitu untuk pembentukan sistem saraf pusat seperti otak, dan penglihatan yang baik.

2. EPA menyokong perkembangan jantung yang sihat, sistem imun dan tindakbalas elergi.

3. DHA menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat

4. Mengatur fungsi fisiologi seperti tekanan darah yang sihat, pembekuan darah, transmisi saraf dan respons alergik.

5. Menghasilkan susu ibu, di mana beberapa peratus DHA ditemui dalam komponen susu ibu. Akibat pengambilan DHA oleh bayi, maka ibu harus menggantikan omega 3 yang hilang.

6. Kajian menunjukkan ibu yang mengamalkan omega 3 semasa mengandung mempunyai bayi yang kurang bermasalah alergik termasuk eczema dan asthma yang semakin banyak berlaku sekarang.

7. Pengambilan EPA dan DHA yang mencukupi semasa hamil dapat mengurangkan risiko daripada terjadinya bersalin awal atau kelahiran pra-matang, preeclampsia dan berat bayi yang terlalu rendah.

8. Mengurangkan risiko depresi atau tekanan dan kemurungan selepas bersalin (postpartum mood disorders) atau meroyan.

9. Mengurangkan kejadian oedema atau bengkak kaki yang sering terjadi kepada ibu hamil

Sumber terbaik omega 3 ialah ikan dari lautan sejuk seperti salmon, hering, tuna, mackerel.

Pengambilan suplemen yang tulen dan selamat adalah penting untuk mengelakkan daripada keracunan logam berat seperti merkuri dan plumbum. Oleh itu wajib ibu mendapatkan suplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi tanpa sebarang risiko keracunan toksin.

Omega 3 pilihan saya??

Dah tentulah yang diyakini selamat, semulajadi dan berkesan. Tak lain tak bukan Omega Guard Shaklee.

Omega Guard ini mengandungi 90 kapsul softgel dan cuma berharga RM136.

Ibu-ibu prihatin yang ingin mendapatkan Omega Guard ini dan menjadi ahli untuk dapatkan diskaun, boleh hubungi saya :

Suhaila Budin
012-9645614
868994