TIPS MELATIH ANAK KE TANDAS (POTTY TRAINING)
Off topic ke tak ek..apa2 la..
Ni cara saya melatih anak saya Ammar ke tandas masa dia umur tiga tahun.. Rasa macam agak terlewat sebab ada orang anak dia boleh ke tandas lebih awal.
Masuk umur dia tiga tahun saya memang rancang nak ajar dia ke tandas sendiri, tak payah pakai diapers dah. Lagipun saya plan nak mengandung, agak letih nak gi basuk berak kencing setiap kali bila kandungan dah besar nanti.. Baik saya ajar dia awal2.
Rumah saya ni rumah flat, kuaters.Tandas pesen lama. Mangkuknya besar.Jadi bebudak memang seram nak qada' hajat dalam tu.. Fikir punya fikir, tnya member2 kat fb ada yg sarankan guna potty.. Petang tu jugak pergi cari kat Careffour yang rege lebih kurang RM6. Murah je, beli yang mahal pun jadi tempat buang t**i jugak.
Memang kena tabah la memula..lepas dia membuang satu hal pulak nak cuci. Balik kampung pun angkut bekas najis dia tu haha.. malu ngn kucing. Lama macam tu.. Sampai satu masa kami balik kg, saja tinggalkan bekas tu dalam kereta. Cakap kat Ammar abah lupa nak bawak. Nak tak nak ke tandas jugak la.. Mujur lagi masa tu kat rumah mak saya, rumah baru buat, tandas pun comel bersih je.. (kah2 sila jangan muntah)
Sejak hari tu Ammar dah berani ke tandas. Pujuk2 sikit la.. kena teman siap pegangkan tangan takut sangat dia terjerobos ke dalam lubang tandas. Lama-lama dah ok..
Baru-baru ni masa berjalan2 ke Tesco, terjumpa dengan parents Dania, kawan dia kat sekolah. Mak Dania cerita nak beli pampers untuk Dania pakai waktu membuang. Saya pun terkejut. Ohh rupanya kawan dia tu masih belum pandai membuang ke tandas. Umur diorang sama 5 thn.
Saya cadangkan kat mak Dania, cuba beli bekas potty tu mana tahu lama-lama nanti dia biasa la.. Sekarang ni tak tahu la apa cerita..lama dah tak jumpa mak dia.
Untuk ibu bapa yang masih buntu tak tahu camane cara nak biasakan anak ke tandas, boleh la cuba cara saya tadi.. Dan bila guna potty tu silalah bertabah kena hadap "benda" yang memualkan itu.
Demi melatih anak ke tandas... CAIYOKK!!

Muhammad Ammar 1 tahun |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan