Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label batuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label batuk. Papar semua catatan
Masa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni, saya jumpa ramainya orang batuk.

Saya sendiri dah lama ni tak kena batuk. Seram juga jadinya. Last year dah kena batuk teruk sampai rasa nak tanggal rusuk dibuatnya.


Batuk antara penyakit biasa namun agak payah nak hilang. Selalu ambil masa yang lama. Kalau tak berminggu-minggu, pasti makan bulan.

Dah lama-lama mulalah rasa nak marah je. Ubat berbotol-botol tapi semua tak jalan. Dah la doktor kata ubat batuk ni tak bagus sangat jika di ambil berterusan.

Hmmm mengapa tidak kita cuba petua yang berasaskan bahan-bahan semulajadi yang mudah di dapati.

Di bawah ni saya kongsikan lima petua yang dikatakan paling mujarab dan berkesan untuk mengurang dan menghilangkan batuk.

1. Madu + jus limau


Ambil satu sudu madu lebah (pastikan yang original ye bukan yang dah ditambah gula).

Perahkan setengah biji limau nipis. Boleh juga apa2 jenis limau atau lemon janji keluarga dia lah.

Sebelum telan baca Al-Fatihah 1 kali, selawat 3 kali. Doakan kesembuhan.

Amalkan pagi dan malam.

2. Air suam + lemon

Ambil segelas air suam, perahkan sedikit jus lemon di dalamnya.

Lemon ada vitamin C yang bantu melawan kuman.

Amalkan bila2 masa.

3. Makan nenas


Buah nenas juga sangat kaya dengan kandungan vitamin C.

Amalkan makan 4-5 hidangan sehari.

Boleh juga di kisar untuk dijadikan jus tetapi jangan di campur dengan gula.

4. Sup + bawang putih


Buat sup sayur, sup ayam atau sup tulang, lebihkan bawang putih di dalamnya.

Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semulajadi.

Jika mampu kunyah bawang putih mentah2 atau yang di bakar pun apa salahnya. 😁

5. Air suam + halia + peppermint


Rebus hirisan halia dalam semangkuk air dalam periuk.

Minum air tersebut yang di campurkan juga dengan beberapa helai daun pudina.

Amalkan 2 kali sehari pagi dan malam.

Halia dan pudia memberi rasa sejuk dan nyaman pada saluran pernafasan.

Ehh chup! Keberkesanan petua ni bergantung pada badan masing2 la ye. Jika ada sensitif atau alahan terhadap mana-mana bahan tu tak payah la buat. 😊

Bagi sesiapa yang batuk, tingkatkan pengambilan air kerana ia membantu mengurangkan keradangan.

Elakkan minuman sejuk (ais) dan habuk.

Jika batuk berlarutan diikuti sesak nafas atau batuk berdarah, jangan teragak2 untuk dapatkan rawatan di klinik / hospital.

Berminat nak cuba vitamin untuk kuatkan imun dan kurangkan keradangan, hubungi saya!

-Puan Suhaila- 



Assalamualaikum wbt.

Hari ni rasanya dah hampir sebulan dunia kalut dengan penularan virus nCoV atau coronavirus ni.

Semua orang rasanya agak risau jika virus ni merebak ke negara kita. Unfortunately, setakat hari ini, dah ada 5 kes dilaporkan.


Walaupun kita rasa mustahil untuk kena jangkitan (sebab kita hanya duduk dirumah, tak jumpa sesiapa, tak pergi mana-mana misalnya), tapi jangan lupa anak-anak, mak ayah, adik beradik yang lain berisiko terkena jangkitan virus (sekalipun bukan corona, mungkin influenza; Nauzubillah).

Peluang untuk kita ter-contact secara tak sengaja dengan mereka juga adalah tinggi.

Pun begitu, tidaklah salah kita mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

✔ Keep hidrated
✔ Jauhkan diri dari tempat crowded terutama jika ada anak kecil
✔ Banyakkan makan makanan berkhasiat terutama yg kaya vitamin
✔ Elakkan makan makanan yang tidak di masak sempurna terutama jenis daging
✔ Sentiasa basuh tangan atau lagi bagus gunakan hand sanitizer
✔ Amalan batuk dan selsema yang baik (pakai mask dsb)

Virus corona ni perlukan host cell untuk hidup. Sistem pertahanan badan yang kuat insyaAllah akan mampu melawan dan jika terjangkit sekalipun, badan akan cepat recover.

Produk suplemen Shaklee sangat penting untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badan kita secara semulajadi.

Vitamin kuatkan imun

Ini adalah antara pilihan produk Shaklee yang sangat penting di ambil untuk menguatkan sistem imun badan kita.

Setiap produk ada fungsi dan manfaat tersendiri dalam membantu melawan jangkitan.

Vita-Lea -
Multivitamin dan multimineral yang membekalkan ke semua vitamin dan mineral yang perlu untuk badan.

Ia bantu pembinaan sel sistem imun yang sihat termasuk membina sel darah merah dan putih.

Vitamin C -
Berfungsi sebagai antioksida yang mencegah kemerosotan sel akibat oksidasi. Ia juga menguatkan sistem imun.



Omega Guard -
Asid lemak Omega 3 yang bertindak sebagai anti-radang dan berupaya meminimakan simptom.

Nutriferon -
Ekstrak tumbuhan dengan kajian selama lebih 40 tahun yang berfungsi menggalakkan pengeluaran interferon semulajadi badan.



Vivix -
Minuman botani daripada ekstrak 4 tumbuhan premium yang berupaya melawan kerosakan sel dari tahap DNA.

Paling pantas menguatkan dalam imun dan melawan jangkitan kuman atau bakteria.


Garlic Complex -
Ekstrak bawang putih yang terkenal sebagai antibiotik dan antimikrob semulajadi. Telah digunakan bertahun2 oleh masyarakat purba Cina sebagai bahan penawar sehingga ke hari ini.

Semua daripada kita hendaklah berjaga-jaga setiap masa. Awasi dan sentiasa beri ingatan kepada ahli keluarga agar mengutamakan kebersihan dan jauhi sesiapa yang ada gejala seperti batuk, selsema, demam dan sebagainya.

Jika berminat mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya Puan Suhaila www.wasap.my/60132369434

Anda juga boleh dapatkan produk Shaklee dengan harga lebih rendah dengan mendaftar menjadi ahli yang sah.

Assalamualaikum wbt.

Dah hampir 2 minggu rasanya negara kita diselubungi jerebu. Syukurlah tempat saya ni tak seteruk tempat lain.

Dengar ceritanya ramai dah orang mula rasa tekak kering dan perit, mata gatal, hidung gatal, berair dan selsema.

Dah selsema mula la batuk. Bagi orang yang memang ada penyakit lelah, atau sesak nafas, lagi lah pulak. Kena harus berwaspada.


Hari tu dalam berita tengok dia kata peningkatan 30% orang dapatkan rawatan di klinik / hospital dalam musim jerebu ni.

So, take care guys. Stay indoor. Minum banyakkk air dan ambillah makanan yang boleh bantu boost kita punya sistem imun.

Bagi anda yang sedang mengalami batuk yang teruk atau dah lama, makesure pergi hospital untuk cek tau.

Lagipun sekarang banyak kes TB. Harap-harap bukan kitalah mangsanya.

Saya nak share beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk bantu kurangkan batuk. Letih oii batuk ni. Saya pernah kena sampai sakit tulang rusuk dibuatnya. Dah la lama.

1. Minum sangat banyak air kosong yang suam

Air mampu mencairkan kahak. Nak best lagi tambah hirisan lemon dalam air.

2. Minum sup bawang putih

Apa-apa sup lah. Janji lebihkan bawang putih di dalamnya.

Bawang putih ni antibiotik semulajadi. Kalau mampu makan kunyah cenggitu je, teruskan.

3. Madu + perahan limau nipis

Makesure madu original tau. Madu kelulut pun boleh.

Tak mau madu dalam botol plastik dekat pasaraya. Membongak je tu gula sebenarnya. Nanti lagi batuk jadinya.

Caution! Madu tak boleh campur air panas nanti 'pecah' asid amino di dalamnya. So takde khasiat.

4. Pudina + halia

Rebus air dalam periuk kecil, masukkan hirisan halia. Letak stevia sikit kalau nak rasa manis. Kemudian campakkan beberapa helai daun pudina.

Minum seperti minum teh suam.

Kombinasi pudina dan halia bukan setakat buang angin tapi mampu mencairkan kahak dan bagi rasa 'sejuk' pada kerongkong.

5. Vivix Shaklee


Jika dah try petua di atas selama seminggu pun masih tak kurang kurang juga, apa kata cuba Vivix Shaklee.


Selain menguatkan imun, Vivix bantu lindungi sel kita daripada kerosakan.

Sementelah jerebu jerebu ni, UV indeks pun tinggi, partikel halus dalam asap jerebu juga mampu sebabkan kanser.

Alang-alang nak sihat, kita cover semua sekali. Barulah berbaloi.

Semoga siapa-siapa yang batuk, yang sakit, akan segera sihat seperti sebelumnya.

Bagi yang nak tanya atau nak dapatkan Vivix, boleh hubungi saya segera.

Suhaila
Whatsapp klik: www.wasap.my/60132369434