5 Petua Hilangkan Batuk Paling Berkesan
Masa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni, saya jumpa ramainya orang batuk.
Saya sendiri dah lama ni tak kena batuk. Seram juga jadinya. Last year dah kena batuk teruk sampai rasa nak tanggal rusuk dibuatnya.
Batuk antara penyakit biasa namun agak payah nak hilang. Selalu ambil masa yang lama. Kalau tak berminggu-minggu, pasti makan bulan.
Dah lama-lama mulalah rasa nak marah je. Ubat berbotol-botol tapi semua tak jalan. Dah la doktor kata ubat batuk ni tak bagus sangat jika di ambil berterusan.
Hmmm mengapa tidak kita cuba petua yang berasaskan bahan-bahan semulajadi yang mudah di dapati.
Di bawah ni saya kongsikan lima petua yang dikatakan paling mujarab dan berkesan untuk mengurang dan menghilangkan batuk.
1. Madu + jus limau
Ambil satu sudu madu lebah (pastikan yang original ye bukan yang dah ditambah gula).
Perahkan setengah biji limau nipis. Boleh juga apa2 jenis limau atau lemon janji keluarga dia lah.
Sebelum telan baca Al-Fatihah 1 kali, selawat 3 kali. Doakan kesembuhan.
Amalkan pagi dan malam.
2. Air suam + lemon
Ambil segelas air suam, perahkan sedikit jus lemon di dalamnya.
Lemon ada vitamin C yang bantu melawan kuman.
Amalkan bila2 masa.
3. Makan nenas
Buah nenas juga sangat kaya dengan kandungan vitamin C.
Amalkan makan 4-5 hidangan sehari.
Boleh juga di kisar untuk dijadikan jus tetapi jangan di campur dengan gula.
4. Sup + bawang putih
Buat sup sayur, sup ayam atau sup tulang, lebihkan bawang putih di dalamnya.
Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semulajadi.
Jika mampu kunyah bawang putih mentah2 atau yang di bakar pun apa salahnya. 😁
5. Air suam + halia + peppermint
Rebus hirisan halia dalam semangkuk air dalam periuk.
Minum air tersebut yang di campurkan juga dengan beberapa helai daun pudina.
Amalkan 2 kali sehari pagi dan malam.
Halia dan pudia memberi rasa sejuk dan nyaman pada saluran pernafasan.
Ehh chup! Keberkesanan petua ni bergantung pada badan masing2 la ye. Jika ada sensitif atau alahan terhadap mana-mana bahan tu tak payah la buat. 😊
Bagi sesiapa yang batuk, tingkatkan pengambilan air kerana ia membantu mengurangkan keradangan.
Elakkan minuman sejuk (ais) dan habuk.
Jika batuk berlarutan diikuti sesak nafas atau batuk berdarah, jangan teragak2 untuk dapatkan rawatan di klinik / hospital.
Berminat nak cuba vitamin untuk kuatkan imun dan kurangkan keradangan, hubungi saya!

-Puan Suhaila-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan