Enter Keyword


vitamin C untuk kanak-kanak

Meningkatkan Fungsi Badan

Kod Produk:10621 (90 tablet)
Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang 
betul memainkan peranan penting untuk 
kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.
Vitamin C memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan keseluruhan termasuk
kesihatan gigi, gusi dan secara umumya, 
semua yang membentuk tubuh anda.
Chewable-C PlusTM sesuai untuk individu yang mengalami kesukaran menelan tablet atau 
tidak makan makanan yang kaya dengan 
vitamin C secukupnya.

Tahukah Anda?
Secara semula jadi, vitamin C tidak pernah dijumpai sendirian. Makanan yang mengandungi
vitamin C juga mengandungi bioflavonoid. Bioflavonoid diperlukan untuk penyerapan vitamin C
dan kedua-duanya berfungsi untuk mengekalkan kesihatan. Sentiasa pilih suplemen vitamin C
yang mengandungi serbuk rosehips, hesperidin dan bioflavonoid sitrus untuk menyokong sistem
imun semula jadi anda.

Keistimewaan Shaklee
• Rasa sitrus yang enak.
• Ditambah dengan serbuk rosehips,
 bioflavonoid, sitrus dan hesperidin untuk meningkatkan fungsi
 vitamin C.



Atau hubungi:

Puan Suhaila
Pengedar & Konsultasi
Nutrisi Shaklee
ID:868994


Mendengar kes virus HFMD (penyakit tangan kaki dan mulut) yang sangat pantas menular sekarang ni, bikin hati ibu seperti akak sungguh tak keruan.

Setiap hari berdoa supaya dijauhkan daripada sebarang penyakit berjangkit.

Kita mungkin dah ikhtiar dengan macam-macam cara untuk elak, tapi boleh juga terkena akibat kelalaian orang lain.

Nauzubillah.

bayi demam

Hari ni akak nak share mengenai vitamin yang bagus untuk anak-anak amalkan iaitu vitamin C.

Fungsi vitamin C kepada kanak-kanak, sama juga kepada orang dewasa. Antaranya:

1. Bantu kuatkan sistem pertahanan untuk melawan kuman dan mencegah jangkitan teruk.

2. Bantu tambah darah

3. Bantu kuatkan gusi dan cegah penyakit gusi pada anak.

4. Menggalakkan pertumbuhan sel rambut, kulit dan kuku yang sihat.

5. Mencegah anak daripada kerap demam, batuk dan selsema. Kalau kena pun insyaAllah cepat sembuh.

6. Mencantikkan kulit.

7. Memulihkan luka dengan cepat.

Pendek kata, vitamin C ni sangat banyak fungsinya dalam badan kita.

Vitamin C adalah vitamin larut air. Ia mudah hilang dan perlu di ambil berterusan.

Vitamin C pilihan akak tentulah Vitamin C chewable plus ni!

vitamin c shaklee

Harganya cuma RM51.25 (tidak termasuk kos pos) untuk 90 biji.

Jika berminat, boleh hubungi akak segera. Vitamin ni ramai peminat dan selalu sold out sebab orang dewasa pun boleh makan.

Jom gantikan gula2 kepada vitamin yang lebih menyihatkan!

Hubungi:

Puan Suhaila

Vitamin C Untuk Kanak-Kanak

by on Ogos 09, 2018
Mendengar kes virus HFMD (penyakit tangan kaki dan mulut) yang sangat pantas menular sekarang ni, bikin hati ibu seperti akak sungguh tak ke...
Anak akak pernah kena #hfmd satu ketika dulu. Syukurlah tak teruk sangat. Berjangkit juga kat akak sikit.

Bagi yang takde pengalaman, hfmd lebih kurang je macam chickenpox tapi blister tertumpu di bahagian kaki, tangan dan mulut.

Memang gatal dan pedih. Biasanya budak akan demam tapi  jangan risau, itu bermakna sistem imun sedang berlawan dengan kuman hfmd.


Mak ayah kena selalu pantau anak. Kalau nampak macam teruk, jangan buang masa, terus ke klinik / hospital.

Akak tak pergi klinik pun, cuma ikhtiar sendiri je dengan apa yang ada di rumah ni.

Apa yang akak buat?

1. Mandikan anak dengan Basic H.

2. Asingkan pakaian dia, rendam dulu dengan Basic H baru basuh.

3. Asingkan selimut, sarung bantal dan segala apa yg dia guna, rendam dulu dan basuh berasingan.

4. Anak akan terbaring merengek biasalah demam kan. Pastikan dia makan macam biasa walaupun agak sakit dalam mulut.

5. Akak bagi Nutriferon dan Vitamin C untuk bantu kuatkan lagi imun mereka.

6. Omega Guard pun akak bagi untuk kurangkan radang. Sapu calamine lotion dengan Herbal Blend. Calamine lotion tu memang ada sebelum ni anak kena alergik.

7. Bagi anak minum banyak air. Entah kenapa akak fikir, jika anak banyak minum, anak banyak kencing, virus pun keluar melalui air kencing 😅 (ni teori akak, takde sape suruh percaya)

8. Jangan bawak anak keluar sampai dia betul2 baik.

9. Sebolehnya jangan bagi dia bergaul sangat dengan adik beradik yang belum kena. Tapi mustahil la pulak kan.

10. Hmfd anak akak pulih dalam masa seminggu sahaja. Alhamdulillah.

Dengarnya virus dah viral sangat nih. Lebih baik duduk dendiam kat rumah kalau takde hal penting.

Itu je pengalaman akak.



Semoga kita di jauhkan daripada perkara tak diingini. Amiinn.

Puan Suhaila
012-9645614
ID: 868994
SHAKLEE MALAYSIA

Hai assalamualaikum wbt.

Minggu lepas kakak ipar tanya mengenai Vivix. Dia jururawat di hospital kerajaan bahagian perbidanan.

Katanya dekat hospital sekarang ramai betul wanita ada masalah. Betul juga tu, tengok aje la sekeliling kita. Macam- macam masalah wanita kita dengar. Macam-macam penyakit betul tak?

Tu pun ada lagi yang teringin nak jadi wanita. Ehh..

Masalah paling common sekali pada wanita ialah gejala PMS diikuti masalah haid.

PMS dan masalah haid ni berkait rapat je. Maklumlah dua2 pun daripada hormon wanita.

Masalah jadi teruk bila keadaan tak dapat di kawal, kita jadi tak selesa sampai ganggu kehidupan seharian.

Di katakan 1 daripada 3 wanita akan mengalami gejala pms. Seorang wanita akan mengalami kitar menstrual sebanyak lebih kurang 451 kali dalam hayatnya.

So bayanglah kalau setiap kali period alami pms. Letih woo!

Manakala masalah haid tak teratur pula boleh mengganggu terutama jika wanita tu sedang dalam proses ingin hamil (ttc).

Punca haid tak teratur ada banyak dan salah satunya disebabkan oleh kewujudan cyst pada ovari.

Apapun puncanya, masalah haid tak teratur insyaAllah boleh diatasi.

Bagaimana? Jom tonton video ni.


Ye. Saya pun tak terkecuali. Dah nama pun wanita kan. Hihi.

Syukurlah ada suplemen yang bantu saya.

Jika korang pun mengalami masalah seperti pms dan haid tak teratur, boleh cuba amalkan suplemen yang dicadangkan.

Kalau nak cuba yang lain, hubungi je saya untuk dapatkan khidmat konsultasi dan pembelian ok.

Suhaila Budin
www.wasap.my/60129645614
Id: 868994
Hai Assalamualaikum!

Korang ada resdung kronik? Tahap mana kroniknya tu?

Pada saya, resdung kronik ni ciri-ciri dia ialah:

1. Hidung berhingus setiap pagi. Kalau takde hingus bukan hidung dia la tu.

2. Bersin setiap kali terhidu atau tersedut atau terkena benda2 seperti habuk, sejuk, bulu kucing, tersalah makan dan sebagainya.

Ibaratnya kat hidung tu ada satu alat yang bila kena je benda alergik automatik dia bersin. Bukan sekali dua. Berdas-das.

3. Mata gatal dan berair. Biasa kalau terkena habuk. Bukan sebab sesiapa buat cerita sedih ye.

4. Kerap sangat selsema. Orang lain selsema setahun mungkin tiga kali je. Dia boleh kata setiap bulan. Ni melampau ni. Mesti ada something wrong somewhere.

5. Jerawat teruk. Punca jerawat tu ada banyak. Salah satunya mungkin toksin pada bahagian muka. Ini jugalah punca resdung.

Kalau korang ada ciri-ciri di atas, tidak syak lagi bahawa korang memang ada mengidap resdung.

Macam mana nak hilangkan resdung teruk dengan cepat?

Meh dengar apa mokcik ni nak cakap.


Kalau nak tahu, mokcik ni dulu samalah macam korang. Boleh tahan kronik juga resdung dia. Nasib tak keluar jerawat mencanak-canak je.

Syukurlah lepas mokcik ni amalkan suplemen yang dia cakap tu, boleh katakan resdung dah ghaib entah kemana.

Bahagianya lah hidup bila setiap pagi takde lagi adegan sapu hingus, bersin berdas-das dan paling best selesema pun dah jarang sesangat. 

Jangan percaya, tapi cuba dulu!

Hubungi mokcik untuk order set resdung korang. Konsultasi tip top mokcik ni bagi. 

Whatsapp klik: www.wasap.my/60129645614

Suhaila Budin
868994
Ciksu SID sempoi

Hai Assalamualaikum.

Terima kasih sudi singgah ke blog Ciksu. Ciksu percaya korang mesti pernah dengar pasal Shaklee dan datang sini mesti nak beli Shaklee. Ye ke tak? Sila mengaku.

Ok, untuk pengetahuan, Ciksu pengedar Shaklee berdaftar dan aktif sejak tahun 2012 lagi sehinggalah sekarang.

Ciksu menyediakan penghantaran suplemen Shaklee ke seluruh Malaysia serta menyediakan perkhidmatan COD dalam kawasan Kuantan dan sekitarnya dengan khidmat nasihat percuma!

Ciksu tidak mengenakan caj COD bagi kawasan sekitar Pelabuhan, Gebeng, Balok, Beserah dan Bandar Kuantan. Free of charge!

Manakala untuk pengeposan seluruh Malaysia, caj penghantaran cuma RM7-RM10 sahaja. Murah kan?

Ciksu memang kerjanya suka bantu orang kembali sihat dengan suplemen Shaklee yang terbukti selamat, semulajadi dan berkesan secara klinikal.

Jika tak sabar-sabar nak dapatkan vitamin Shaklee, apalagi tunggu, hubungi Ciksu segera ok!

Klik www.wasap.my/60129645614 😘


Play video ni kalau rasa dia kacak / cantik. 

Ramai orang tak sedar jika mereka ada masalah dengan buah pinggang kerana ia selalunya tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom melainkan jika sudah di peringkat teruk.

Baca >> Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Jika sedar pun, ramai juga yang anggap ia cuma sakit biasa-biasa, cukup sekadar makan ubat atau makan je lah apa-apa suplemen yang berlambak di pasaran.

Bila keadaan tidak dapat di kawal, tiba masa buah pinggang memang nak collapse, tambah pula dengan pemakanan yang langsung tidak di jaga (sebab tak tahu ada sakit buah pinggang), masa itu barulah kita kelam kabut ke hospital.

Sudah sampai masanya kita sendiri kena ambil tahu tentang kesihatan diri. Perhati dan catat perubahan terhadap diri kita jika ada. Lebih awal kita bertindak, banyak yang boleh diselamatkan.


12 Tanda Sakit Buah Pinggang Yang Tidak Boleh Dibiarkan

1. Kerap kencing, terutama pada waktu malam

Kekerapan kencing perlu di ambil kira sama ada terlalu kerap atau tidak. Warna air kencing juga perlu di perhatikan. Ia selalunya berwarna sedikit gelap.

Selalunya pesakit akan rasa tak tertahan nak kencing, tapi tiada urin yang keluar.

2. Tak selesa dan sakit semasa kencing

Pesakit akan rasa tak selesa, rasa susah nak kencing, atau rasa sakit seperti terbakar. Apabila jangkitan salur kencing berlaku, ia boleh menyebabkan kesakitan dan jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan demam dan sakit belakang.

3. Kencing berdarah

Kalau dah berdarah, nak tunggu apa lagi. Segeralah ke hospital untuk tahu punca sebenar pendarahan itu.

4. Bengkak kaki

Pesakit buah pinggang akan mengalami pembengkakan pada bahagian kaki, tangan, dan mata. Muka seolah-olah sembab. Ini kerana buah pinggang tidak lagi dapat mengeluarkan cecair berlebihan dan ia kekal berada dalam salur darah.

5. Keletihan melampau

Kerap berasa penat, banyak tidur, rasa lemah dan tak larat. Buah pinggang kita menghasilkan hormon yang di gelar erythropoeitin yang membantu penghasilan sel darah merah yang membawa oksigen.

Pesakit buah pinggang mempunyai aras hormon erythropoeitin yang rendah; oleh itu menurunkan penghasilan sel darah merah dan menyebabkan anemia. Apabila paras oksigen menurun, tubuh kita akan mengalami keletihan.

6. Pening dan hilang fokus

Apabila kerosakan buah pinggang berlaku, ia beri kesan kepada sistem saraf pusat. Pesakit mungkin mengalami gangguan ingatan, hilang konsentrasi, perubahan tingkahlaku.

7. Gatal kulit

shaklee kuantan

Toksin dan bahan buangan yang tidak dikeluarkan melalui air kencing akan kekal dalam darah dan sel. Apabila terlalu banyak berkumpul, inflamasi berlaku, dan mulalah muncul ruam atau bintik-bintik yang gatal.

Sistem imun turut menurun, infeksi mudah berlaku.

8. Loya dan muntah

Bahan buangan dalam darah (uremia) menyebabkan rasa loya dan nak muntah.

9. Sesak nafas

Sesak nafas berlaku kerana sama ada cecair berkumpul di peparu atau juga anemia (kurang sel darah merah membawa oksigen, maka jantung terpaksa mengepam darah lebih laju untuk memenuhi permintaan sel).

10. Berasa sejuk sepanjang masa

Rasa sejuk adalah disebabkan anemia, kurang sel darah merah.

11. Nafas berbau (ammonia breath)

Juga disebabkan timbunan bahan buangan dan toksin pada sel badan, menyebabkan bau busuk dan tak menyenangkan.

12. Hilang selera makan, berat badan menyusut

Pesakit akan hilang selera makan kerana bau busuk yang terhasil daripada pernafasan mereka menyebabkan makanan berbau tidak enak.

Apabila kerap takde selera makan, berat badan mula menyusut.

Seperti yang dikatakan pada awal-awal tadi, sesetengah orang tidak merasa apa-apa tanda atau gejala.

Jika kita mengalami salah satu daripada tanda yang disebutkan di atas, segeralah berjumpa doktor dan buat pemeriksaan darah dan air kencing.

Wallahua'lam.




ID: 868994

Penyakit buah pinggang adalah penyakit yang agak di takuti oleh ramai dari kebanyakan kita. Bila buah pinggang dah rosak, ia tidak lagi dapat menapis darah dan menyingkirkan bahan buangan atau toksin daripada tubuh.

Buah pinggang adalah organ perkumuhan yang sangat penting kerana ia juga berfungsi untuk:
  • mengekalkan jumlah cecair tubuh
  • mengawal tekanan darah
  • menghasilkan hormon
Penyakit buah pinggang kronik (CKD) pula ialah kemerosotan fungsi buah pinggang yang tidak boleh dipulihkan lagi.


CKD berlaku secara beransur-ansur dalam JANGKA PANJANG.

Tanda Buah Pinggang Mengalami Masalah

Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik,  bahan buangan atau toksin yang biasanya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal dalam darah. Ini akan menyebabkan simptom seperti:
  • hilang selera makan
  • loya
  • muntah
  • keletihan
  • lemah badan
  • penurunan berat badan
  • bengkak pada pergelangan kaki dan mata
  • tak selesa semasa membuang air kecil
  • kerap buang air kecil terutama pada waktu malam
  • sakit belakang
Punca Kerosakan Buah Pinggang

Punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis atau diabetes!

Pada tahun 2012, lebih sejuta penduduk Malaysia mengalami diabetes, dan 75% daripadanya mengalami kegagalan buah pinggang.
Faktor lain yang menyumbang kepada CKD ialah:
  • sakit jantung
  • gout
  • tekanan darah tinggi
  • penggunaan ubat tahan sakit berpanjangan
Kita digalakkan untuk buat pemeriksaan darah setahun sekali untuk mengesan jika ada sebarang tanda awal kepada penyakit-penyakit yang disebutkan di atas.

Bila dah ada tanda, maka mudahlah kita untuk menjaga pemakanan kita.

Pesakit CKD perlu diet yang strict sebab jika tersalah makan, ia boleh beri kesan serta merta kepada badan malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa. 

Apa yang pesakit CKD perlu elakkan?

1. Diet tinggi protein

Tubuh perlukan protein, tapi tidak boleh berlebihan. Kawal protein untuk elakkan keadaan lebih serius dan dialisis.

Antara sumber protein yang perlu dihadkan ialah:
  • daging 
  • ayam 
  • ikan
  • telur
  • produk tenusu
  • produk berasaskan soya (kicap, tempe, taufufa dan sebagainya)
2. Makanan berpotassium tinggi

Apabila pottasium tinggi, ia boleh menyebabkan lemah jantung,  degupan jantung tidak tetap, lesu dan kesukaran bernafas.

Sumber makanan tinggi pottasium antaranya ialah:
  • bijirin gandum penuh
  • roti dan biskut
  • tomato puri
  • daging
  • ekstrak sayuran
  • kiub stok
  • kekacang
  • gula perang
  • buahan dalam tin
  • kopi atau teh
  • koko
  • minuman berasaskan malta dan susu
Untuk kurangkan kandungan pottasium, pastikan semua sayuran mesti dimasak, rebus dan toskan airnya.

Nak masak sayur tu, potong kecil-kecil dan rendam dalam air, serta jangan terlalu masak sayuran berkuah dan gulai.

3. Makanan bersodium tinggi

Perlu dihadkan kepada 2000mg sehari atau kurang daripada 1 sudu teh sahaja.

Sodium ditemui di dalam:
  • garam
  • makanan diproses (sos, kicap, makanan yang dijual di pasaraya)
  • semulajadi dalam tumbuhan
  • semulajadi dalam haiwan
Jika ambil terlalu banyak sodium, kita kerap rasa haus dan susah nak kawal pengambilan cecair. (Pesakit CKD perlu hadkan minuman/ cecair).

Bagi menggantikan garam, pilihlah sumber yang lebih semulajadi seperti herba, rempah, lemon, halia atau bawang sebagai perasa.

4. Minum air berlebihan

Banyak kandungan cecair akan menyebabkan tubuh membengkak, tekanan darah tak stabil.

Sumber cecair yang perlu dikurangkan ialah:
  • susu
  • jus
  • sup
  • bubur
  • kopi
  • teh
  • minuman ringan
  • yogurt
  • jeli
  • aiskrim
  • ais
  • kuah
  • kastard
  • dan buah tinggi kandungan air seperti tembikai
Untuk elak air berlebihan, minum air dalam gelas kecil, dan makan sesuatu contohnya gula-gula getah untuk meransang pengeluaran air liur. Bilas mulut dengan air tapi jangan telan air berkenaan. 

5. Fosfat berlebihan

Fosfat berlebihan dalam darah akan menarik kalsium daripada badan, menjadikan tubuh lemah dan tulang rapuh serta sakit sendi dan penyakit tulang.

Elakkan makanan tinggi fosfat seperti:
  • produk tenusu (susu, keju, yogurt)
  • produk bijirin (termasuk roti dan biskut)
  • makanan kering (ikan bilis, ikan kering, udang kering dsb)
  • daging
  • organ haiwan seperti hati dan limpa
  • sardin
  • kaki atau tulang ayam
  • telur kuning
  • kekacang
  • keropok ikan atau udang
  • coklat
  • air berkarbonat
  • kelapa atau produknya seperti kaya
  • rumpai laut
Organ seperti buah pinggang, jika sekali rosak, ia tidak boleh diganti lagi.

Jika mengalami penyakit buah pinggang, dapatkan nasihat doktor dan mintalah pelan pemakanan yang sesuai untuk anda.

Akhirnya, mencegah lebih baik daripada merawat. 

Sementara sihat, belum ada apa-apa penyakit, wajib untuk:
  • Jaga pemakanan dan makan secara sihat
  • Bersenam dan hidup secara aktif
  • Suplemen dengan betul
  • Hindari stress dan hidup positif
Wallahua'lam.

-Puan Suhaila-


Shaklee ID: 868994

Anda semua mesti dah dengar mengenai produk skincare terbaru dari Shaklee yang namanya Youth tu kan?

Hati anda mesti terdetik nak tahu berapa harganya.

Eh, sebelum tu baca dulu keistimewaan produk Youth ni. Klik >> Youth Memadamkan Sedekad Penuaan.

Nah Ciksu kongsikan fungsi setiap produk dan harga setiap produk dalam rangkaian Youth Shaklee.


shaklee kuantan
LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakankulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

Harga: RM205.38 (125ml)


shaklee kuantan
PERFECTING SKIN TONER
Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisibersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

Harga: RM212 (177ml)


shaklee kuantan
YOUTH ACTIVATING SERUM
Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

Harga: RM437.25 (30ml)


shaklee kuantan
AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50
Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Harga: RM218.63 (50ml)
shaklee kuantan
ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT
Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit andasemasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Harga: RM265 (50ml)


shaklee kuantan
                                                 RADIANCE C + E
Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.
Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.
Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.
Harga: RM437.25 (60 biji)
Satu-satunya sebab untuk kita menggunakan Youth dan bertukar dari produk yang bukan saja tidak semulajadi, tetapi juga tidak selamat adalah kerana:

YOUTH™ dijamin berkesan & semulajadi serta dijamin selamat kerana bebas dari 1500 racun kosmetik. Dengan YOUTH™, anda tak perlu runsing memilih antara kesan positif & semulajadi. Kerana YOUTH™, dijamin ada kedua-duanya!
Selamatkan wajah, sayangi wajah, kerana kita cuma mempunyai satu wajah sahaja sepanjang hidup ini!

Berminat untuk mendapatkan Youth dengan harga ahli, hubungi:

 Fb: Puan Suhaila



ID Shaklee: 868994

Harga YOUTH Shaklee

by on Mac 15, 2018
Anda semua mesti dah dengar mengenai produk skincare terbaru dari Shaklee yang namanya Youth tu kan? Hati anda mesti terdetik nak tahu ber...
Jika anda mencari produk penjagaan wajah yang sesuai untuk semua jenis kulit serta mampu memadamkan tanda-tanda penuaan di wajah, Youth Shaklee jawapannya!

Youth Shaklee adalah produk skincare yang direka khas oleh saintis untuk memastikan dunia melihat kita semuda kita melihat diri kita sendiri.


Keistimewaan Youth Shaklee

1. Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa.

Sebelum menghasilkan Youth, mereka terlebih dahulu membangunkan Indeks Usia Kulit (Age Skin Index) yang pertama di dunia dimana, secara klinikal mereka mengukur kehadiran tanda-tanda penuaan utama berasaskan fakta daripada data klinikal.

2. Di hasilkan daripada bahan semulajadi (100% vegan) dan berasaskan tumbuhan, tanpa 1500 bahan kimia berbahaya yang biasa terdapat dalam produk kosmetik dan penjagaan wajah.

Youth tidak mempunyai bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk lain.

youth shaklee

3. Shaklee telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan benda asing pada setiap bahan botanikal, sebanyak 3 kali ganda berbanding yang diperlukan.

100,000 ujian kualiti di jalankan setiap tahun untuk memastikan keselamatan produk.

4. Kajian mengambil masa selama 8 tahun dengan 8 paten dan paten pending.

Ini bermakna, Youth dan Shaklee satu-satunya produk dan company yang boleh mengeluarkan produk menggunakan bahan-bahan yang telah dipatenkan.

5. Bebas gluten menjadikannya sesuai untuk mereka yang ada alahan terhadap unsur gluten.

6. Satu-satunya skincare yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

7. Cruelty-free (bebas kekejaman) iaitu tidak melibatkan sebarang unsur haiwan dalam penghasilannya.

8. Hipoalergenik iaitu tidak menyebabkan alahan atau alahan sangat minima kepada sesetengah orang yang sensitif.

9. Non-comodogenic iaitu tidak menyumbatkan liang pori, tidak seperti sesetengah produk skincare yang lain.

10. Di uji oleh ahli dermatologi (pakar-pakar kulit).

11. Di uji oleh ahli oftalmologi (pakar-pakar mata).

12. Clinical Result Without Compromise! Ya, keputusan klinikal tanpa kompromi!

Ini bermakna sesiapa saja yang menggunakan Youth, dijamin 100% akan mendapat kesan dan perubahan wajah yang lebih muda seawal 7 hari!

Manakala 2 daripada 3 orang akan mendapati wajah mereka sedekad lebih muda.

youth shaklee
13. Hanya beberapa langkah mudah untuk hasil yang menakjubkan.

>> Starter Set untuk kulit muda yang tak banyak masalah, sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 20-an.

>> Renew & Maintain set untuk kulit normal, yang tak banyak masalah.

>> Intensive Treatment & Repair Set untuk memadamkan tanda penuaan yang kelihatan.

Rangkaian Youth!

Rangkaian Youth direka khas untuk bekerjasama menghasilkan keputusan yang menakjubkan. Dengan formulasi bahan-bahan aktif anti-penuaan, memang tak sabar untuk melihat Youth merawat kulit wajah dari luar ke dalam.

youth shaklee


youth shaklee

youth shaklee

Youth Skincare kini telah menjadi fenomena!

Dengan jaminan produk yang sentiasa selamat, sentiasa semulajadi dan sentiasa berkesan, apatah lagi berkesan dengan sangat pantas, tiada siapa yang mampu menolak Youth.

Setelah dilancarkan bermula awal Mac lalu, ramai yang telah mengalami perubahan menakjubkan.

Nantikan perkongsian feedback pengguna terawal Youth Skincare daripada Shaklee.

Maklumat lanjut, pertanyaan dan order, hubungi:




ID Shaklee: 868994


Kolagen antara suplemen atau makanan tambahan yang semakin mendapat tempat di hati mereka yang pentingkan kecantikan dan penampilan luaran tidak kira lelaki atau pun wanita.

Ya lah, siapa yang tak nak kelihatan muda, cantik, berkulit halus dan tegang walaupun pada usia yang sudah matang.

Badan kita menghasilkan kolagen secara semulajadi. Tetapi, apabila umur meningkat, penghasilannya mula menjadi perlahan menyebabkan kulit kelihatan kendur, berkedut, menggelebeh, garis halus yang sangat ketara, serta rawan pada sendi turut menjadi lemah.

shaklee kuantan
Kaki ayam banyak kolagen. Untung siapa suka kaki ayam.

Dalam badan kita, kolagen bertindak seperti gam atau pelekat yang 'mencantumkan' tisu-tisu dalam badan kita contohnya pada otot, tulang, tendon dan paling banyak pada kulit.

Kolagen juga sangat penting pada rambut dan kuku kita.

Jadi, tak hairanlah mereka yang nak nampak cantik, pasti perlukan suplemen kolagen tambahan.

Dengan amalkan suplemen kolagen, kecantikan, keserian dan kesihatan kulit akan meningkat.

Collagen Powder Shaklee




Kenapa memilih Collagen Powder Shaklee?

1. Ia menyediakan 4000mg kolagen proprietari RSS (red snapper scale) iaitu ekstrak sisik ikan merah yang dipilih dan di ekstrak secara teliti.

2. Selain kolagen, ia juga ada tujuh ramuan utama yang membantu penyerapan berkesan dan menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi.

Antara bahan itu ialah ekstrak biji Camelia japonica, ekstrak pfafia, ekstrak kerang-kerangan, lactobacilus acidophilus, vitamin C, vitamin B2 dan B6.


3. Ia mempunyai berat molekul yang rendah, 1000 Dalton dimana lebih stabil dan mudah diserap oleh badan.

4. Ia dalam pek individu, boleh di bawa kemana-mana, boleh minum bila-bila masa.


5 Kebaikan kolagen Shaklee untuk kulit lelaki dan wanita

1. Ia buat kulit kita lebih tegang, elastik dan gebu. Kulit juga akan terasa lebih lembut dan lembap.

2. Ia mengecilkan liang pori, sesuai untuk mereka yang ada liang pori besar atau terbuka, serta akibat jerawat.

3. Ia mengurangkan garis halus dan kedutan pada tepi mata, tepi bibir, leher wajah dan keseluruhan.

4. Ia meransang kulit yang lebih cerah dan licin

5. Bukan itu saja, kuku akan jadi cantik dan kuat, manakala rambut lebih lebat bersinar. Sesuai untuk mereka yang ada masalah rambut nipis atau gugur.


Mungkin ada yang tertanya-tanya, tak bahaya ke makan kolagen ni?

Sebab itu pentingnya memilih suplemen kolagen yang terbukti selamat dan berkesan secara klinikal. Bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Collagen Shaklee seperti juga produk-produk Shaklee yang lain adalah berasaskan sumber semulajadi dan telah melalui ujian klinikal untuk membuktikan ianya benar-benar selamat untuk di amalkan.

Rujuk -> www.physician.shaklee.com 

Kita semua bebas memilih untuk jadi cantik, tapi pilihlah yang paling selamat untuk di makan. Kalau dah jumpa, takde sebab untuk bertukar lagi.

Sebab itu ramai yang setia setiap bulan dengan Collagen Powder Shaklee.

Sekotak Collagen Powder ini berharga RM298 (15 sachet). Beli 3 dan dapatkan diskaun keahlian anda.

Klik >> DAFTAR AHLI

Sekiranya berminat, hubungi saya untuk pembelian,

-Puan Suhaila-


ID: 868994