Enter Keyword



Percaya atau tidak, organ kulit adalah organ yang paling besar tetapi paling akhir menerima nutrien daripada apa yang kita makan. Ini bermakna kulit kita hanya mendapat 'saki-baki' nutrien daripada makanan kita jika nutrien yang kita ambil itu mencukupi. Jika tidak, kulit kita ini hanya mendapat sisa-sisa yang mungkin tidak berguna seperti minyak, lemak dan toksin!!

Sebab itu, adalah sangat perlu untuk kita memastikan apa yang kita makan benar diserap dan digunakan sepenuhnya oleh tubuh. Sebenarnya, cara yang paling berkesan  dan paling sihat untuk merawat jerawat atau akne adalah dengan mengambil vitamin!!


Walaupun punca sebenar jerawat masih di perdebatkan oleh para saintis, tetapi ramai yang percaya bahawa ia berpunca dari ketidakseimbangan hormon dan tabiat pemakanan kita. Sesetengah vitamin dalam makanan memberi ko-faktor yang memainkan peranan penting dalam mengimbang dan me'normal'kan semula tahap hormon dalam tubuh kita.

Jom berkenalan dengan vitamin hebat untuk kulit dan jerawat!

Vitamin A dan Zink
Vitamin A adalah satu bahan penting dalam kebanyakan krim jerawat di pasaran. Vitamin A adalah antioksidan yang kuat, sangat penting untuk mengawal lipid dan lemak daripada teroksidasi. Untuk Vitamin dapat berfungsi dengan baik, ia perlu diserap secara sempurna oleh tubuh. Zink adalah satu vitamin yang memastikan penyerapan Vitamin A dengan sempurna. Zink juga membantu mempertingkatkan fungsi imun, mengurangkan pembengkakan akibat jerawat dan mempertingkatkan tahap sihat hormon.

Vitamin B Complex
Vitamin B1- antioksidan yang membantu membuang toksin dan menghalang pembentukan jerawat
Vitamin B2- bersama-sama dengan vitamin A untuk membantu dalam kesihatan kulit, rambut dan kuku yang baik. Kekurangan vitamin B2 dikaitkan dengan masalah jerawat
Vitamin B3- memperbaiki peredaran dan membantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. Jerawat adalah manifestasi kekurangan vitamin B3.
Vitamin B5- Menurut Dr. Lit Hung Liung dalam bukunya, Vitamin B5 akan bersama dengan ATP dan cystiene untuk membentuk co-enzim A. Co-enzim A perlu bagi metabolisme lemak melalui sintesis hormon.
Vitamin B complex juga sebagai bahan anti stress dan melancarkan saraf.

Vitamin C
Vitamin C juga antioksidan hebat yang membantu dalam kesihatan dan pertumbuhan tisu, dan membaikpulihnya. Ia juga sangat perlu untuk membantu menyekat bakteria penyebab jerawat dan akne.

Vitamin E
Juga dikenali sebagai "vitamin kecantikan". Ia melegakan kondisi akne dengan melindungi kulit daripada oksidasi dan penuaan. Ia mempertingkatkan kemampuan tubuh untuk sembuh dan memulihkan tisu rosak , menghambat oksidasi lipid dan pembentukan radikal bebas.

Herb-lax/ Alfalfa Complex
Berfungsi sebagai agen detoksifikasi dan membantu mengurangkan infeksi pada kulit. Ia penting untuk mengurangkan toksin dalam darah yang boleh merosakkan kulit.

GLA Complex
Membantu mencairkan sebum yang berminyak dan mengecilkan pori dan rongga dari tersumbat. GLA juga penting dalam pengawalan hormon yang menjadi punca jerawat.

ESP
Sumber protein yang sangat penting untuk penjanaan sel-sel baru. Sel baru yang lebih sihat akan memudahkan penyerapan sebarang vitamin. ESP juga berfungsi untuk mempercepatkan pemulihan luka jerawat, mengurangkan parut, mencantik dan menggebukan kulit bukan saja kulit wajah tapi seluruh tubuh.

SPECIAL: Tips membuat masker ESP, masker Vitamin E dan masker Vitamin C dari saya!

Dapatkan set penjagaan kulit sihat anda hari ini juga!!

Jangan malu-malu untuk hubungi saya:
Suhaila 013-2369434
fb: Su AnNajah

Saya bersedia membantu anda pada bila-bila masa pun! (^_^) Tunggu testimoni set jerawat lagi okey!



http://www.ehow.com/about_5056958_vitamins-can-rid-acne.html
Assalamualaikum, salam ceria buat pembaca blog MS sekelian.

Bila sebut jerawat ni, memang ramai orang ada kisah sedih mengenainya, betul tak? Macam-macam punca jerawat boleh naik sampai kadang tu kita pun tak reti nak buat macam mana dah.

So hari ni, jom kita ambil tahu sikit pasal jerawat. Mudah-mudahan jumpa jalan penyelesaiannya.

Jerawat  sebenarnya adalah masalah biasa dikalangan remaja bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia (according to British Medical Journal). Jadi, janganlah sedih sangat. Berjuta-juta orang ada masalah ni. Bahkan lagi teruk.

Apa itu jerawat?

Jerawat atau juga dikenali sebagai 'zit' (parut atau tanda pada kulit) ATAU bintik -adalah 'papule' atau 'pustule' kecil ; kecederaan atau pembengkakan kecil kulit di mana kelenjar minyak yang telah dijangkiti bakteria, membengkak lalu dipenuhi dengan 'pus' (nanah).

Jerawat terjadi apabila kelenjar minyak yang terletak di dasar folikel rerambut menjadi terlalu aktif terutamanya di kawasan muka, belakang badan, dada dan bahu. Jerawat adalah tanda ketara kepada masalah acne terutama apabila ia pecah.


Apa itu kelenjar minyak "sebacous gland''?

Kelenjar minyak adalah kelenjar kecil yang merembeskan sebum iaitu bahan berminyak yg berfungsi untuk melincirkan pergerakan kulit dan bulu pada mamalia.

Pada manusia, ia wujud di seluruh lapisan kulit kecuali di bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Kelenjar minyak terdapat sangat banyak di kawasan muka dan kulit kepala. Di bahagian kelopak mata, kelenjar minyak meibomian merembeskan sebum khas ke dalam air mata.

Apa yang menyebabkan jerawat?

Kelenjar minyak yang menghasilkan sebum wujud di bawah permukaan kulit. Lapisan luar kulit akan bertukar secara continuosly.

Kadangkala sel kulit yang mati akan tertinggal dan terlekat bersama-sama sebum yang melekit menyebabkan  liang roma tersumbat.

Liang yg tersumbat akan sering berlaku semasa akil baligh iaitu lebih banyak sebum dihasilkan oleh kelenjar minyak. Dan apabila liang tersumbat, ia berkumpul di belakang sumbatan tersebut.

Sebum yang tersumbat dan terkumpul itu mengandungi bakteria termasuk Propionibacterium acnes yg mana ia adalah bakteria yg tumbuh perlahan-lahan dan berkaitan dengan acne. P.acne secara amnya tidak berbahaya kepada kulit; walaubagaimanapun, apabila keadaan sesuai, ia berkembang dengan cepat dan menjadi satu masalah. Bakteria tersebut akan memakan sebum dan menghasilkan bahan yang menyebabkan tindak balas immune membawa kepada pembengkakan dan bintik.

Kulit mereka yg cenderung mengidap acne biasanya sensitif terhadap paras normal testosteron dalam darah. Hormon semulajadi dijumpai dalam lelaki dan wanita. Pada sesetengah org, testosteron boleh menyebabkan kelenjar minyak akan menghasilkan lebih banyak sebum, menjadikan lebih banyak sel kulit mati terkumpul dan akhirnya menyumbat liang roma.

Jerawat tidak berjangkit namun boleh diwarisi jika ada antara ahli keluarga yang mengalami masalah acne.

Petanda dan simptoms: jenis-jenis jerawat

Whiteheads
-sangat kecil, duduk di bawah kulit dan berwarna keputihan

Blackheads
-jelas berwarna hitam dan timbul dipermukaan kulit. Seringkali kita tersalah dan menyangka ia disebabkan kekotoran, kerana warnanya yang hitam, kita pun menyental dengan skrub. Ini tidak membantu malah boleh menyebabkan masalah yang lain.

Papules
-benjolan kecil padat dan bulat dipermukaan kulit. Ia berwarna kemerahan.

Pustules
-Jerawat yang dipenuhi oleh nanah. Ia jelas kelihatan dipermukaan kulit

Noduls
-Morfologi sama seperti papules tetapi lebih besar. Ia menyakitkan dan terlekat di dalam, di bawah kulit.

Cyst
-timbul dipermukaan kulit, dipenuhi nanah, menyakitkan dan akan meninggalkan parut.


Sumber

Terdapat kajian menunjukkan bahawa jerawat di muka dan badan adalah petanda kepada masalah pada bahagian tubuh kita yang lain. Jom tengok video yang sangat cool ini!


Haa risau tak?? Jika jerawat asyik tumbuh di tempat yang sama saja maka pertimbangkan untuk menjaga kesihatan di bahagian yang berkenaan ;)

Bagaimana merawat jerawat tanpa kos?

1. Bersihkan muka selalu

Sekurang-kurangnya 2 kali sehari tetapi JANGAN gunakan pencuci yang mempunyai bahan kimia yang kuat. Bahan kimia boleh meresap ke dalam kulit lalu boleh merosakkan kulit malah mampu menyerap ke dalam sistem darah kita. Eloknya ambil wuduk 5 kali sehari :)

2. Hati-hati dengan bedak samada bedak compact atau talcum powder

Elakkan memakai bedak compact, apa saja termasuk bedak bayi di muka. Partikel halus daripada bedak boleh masuk ke dalam kulit lalu menyumbat liang roma. Apa lagi bahan kimia daripada bedak turut meresap ke dalam kulit kita. Selain itu span menyapu bedak dimuka harus kerap ditukar jika anda terpaksa menggunakan bedak. Span yang kotor adalah tempat membiak bakteria, kuman yang pada bila2 masa boleh melekat pada kulit wajah.

3. Tuala muka

Gunakan tuala muka berasingan untuk mengelap muka. Jangan guna tuala mandi. Keraplah tukar tuala muka anda.

4. Sunblock

Guna sunblock bila perlu. Sinar UV akan mempercepatkan penuaan, menggelapkan kulit dan menggalakkan pigmentasi.

5. Jangan selalu tukar produk skincare

Elakkan guna produk kulit sebarangan dan bercampur-campur. Jika boleh dapatkan produk semulajadi yang diyakini bebas bahan kimia berbahaya, tajam dan merosakkan kulit. Lagi baik jika anda buat masker, skrub atau basuh menggunakan bahan semulajadi dari dapur anda.

6. Skrub muka?

Elakkan skrub muka berjerawat. Ini boleh membuatkan keadaan kulit muka menjadi bertambah teruk. Jika perlu, selepas membasuh, lapkan muka secara perlahan dengan kain lembut sahaja.

7. Pantang!

Memang syok picit jerawat. Berejam mengadap cermin pun tak pe

Elakkan memicit jerawat dengan jari. Jari dan kuku yang kotor tidak membantu mengurangkan jerawat tetapi membuat ia jadi lebih teruk. Kuman daripada jerawat yang dipicit juga mudah berjangkit kerana ia dipindahkan melalui jari yang kotor.

Tahukah anda jerawat boleh diatasi dengan nutrien yang betul? 

Pengambilan vitamin atau nutrien tertentu amat membantu untuk memperbaiki masalah kulit dan jerawat di muka. Ini kerana jerawat juga boleh berlaku akibat faktor kekurangan beberapa vitamin dan mineral dalam badan yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem pertahanan melawan bakteria, menstabilkan kandungan glukosa darah (juga dikaitkan dengan jerawat), metabolisme sel lemak pada kulit, serta penyingkiran bahan-bahan kotor daripada salur darah.

Antara vitamin dan nutrien penting itu ialah:

Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin E Zink Complex, GLA atau Omega 6, dan protein.

Bila kita dah pakai-pakai macam produk, buat macam-macam cara, tapi jerawat tak kurang-kurang pun, itu maknanya badan kita tak cukup vitamin dan nutrisi. Jadi macam mana dia nak buat kerja?

Caranya, kita perlulah 'cuci' dari dalam. Berikan makanan yang sebenar untuk kulit kita. Tengok beberapa testimoni di bawah ni. Dengan amalkan suplemen yang betul, jerawat bukan saja cepat surut, tapi dah susah nak naik.

Bukan je jerawat dan parutnya hilang, kulit pun jadi cerah sekata.

Jerawat mengecut hanya dengan vitamin C!

Set Kulit Cantik paling laris dan berkesan!

Haa ni baru sikit. Ada ramai lagi sebenarnya yang dah berjaya cantikkan kulit dengan pengambilan suplemen dan vitamin yang betul.

Barulah happy, tak stress dan tak perlu keluar duit untuk beli produk yang tak pasti selamat ke tidak. Nak jumpa orang pun dah tak segan-segan kan. 

Sebab kulit muka dan cantik, licin, gebu peloles, cerah berseri dari dalam. Sendiri pun tak puas tengok muka sendiri kat cermin. =D

Jika berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi untuk masalah jerawat, boleh hubungi MS untuk konsultasi dan khidmat nasihat ok.

Mama Su
012-9645614
Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

Assalamualaikum, salam sihat semua..

Entry ini adalah sambungan dari post yang sebelum ni. SILA KLIK SINI UNTUK BACA.

Kita dah tahu apa itu radikal bebas, kita tahu apa bahayanya jika ia berlebihan dan tidak dineutralkan oleh tubuh, dan kita juga dah tahu bahawa antioksidan adalah bahan terbaik yang bertindak melawan radikal bebas dalam tubuh kita..

Sekarang, kita belajar pula tentang antioksidan. Jom baca...

gambar encik google ni agak blur..

Antioksidan adalah senjata yang paling ampuh untuk melawan atau melambatkan kerosakan akibat radikal bebas. Ada dua jenis antioksidan iaitu:

1. Antioksidan internal- dihasilkan dari dalam tubuh kita sendiri
Juga disebut sebagai 'antioksidan primer'. Secara semulajadi, tubuh mampu membina antioksidan sendiri tetapi kemampuan ini pun ada batasnya. Seiring pertambahan usia, kemampuan tubuh menghasilkan antioksidan semakin berkurang. Ini juga disebut sebagai 'oksidatif stress' dimana jumlah radikal bebas melebihi kapasiti kemampuan meneutralkan antioksidan. Antioksida primer ialah:

  • Super Oksidase Dismutase (SOD)
  • Glutathione peroksidase (GPx)
  • Katalase (Cat)
2. Antioksidan external- tidak dihasilkan oleh tubuh
Antioksidan ini berasal daripada makanan seperti Vitamin A, beta karotena, Vitamin C, Vitamin E, Selenium, flavonoid dan lain-lain. Ia juga disebut sebagai 'antioksidan sekunder'.

Manfaat Antioksidan
  • Tubuh kita terdiri dari triliunan sel. Disetiap sel terjadi reaksi metabolisme yang sangat kompleks. Diantara reaksi metabolisme tersebut melibatkan oksigen, seperti yang kita ketahui oksigen adalah unsur yang sangat reaktif. Keterlibatan oksigen dalam reaksi metabolisme di dalam sel dapat menghasilkan apa yang disebut sebagai “reaktif spesies oksigen” seperti H2O2, radikal bebas hydroksil (·OH), dan anion superoksida ( O2-).
  • Molekul-molekul ini memang diperlukan tubuh misalnya untuk menjalankan sistem metabolisme dan memberi signal pada sistem saraf akan tetapi apabila jumlahnya berlebihan seperti pengaruh gaya hidup (merokok, stress, konsumsi ubat, polusi lingkungan, pengaruh zat kimia tertentu pada tubuh, radiasi, dll) maka dapat merosak sel dengan cara memulai reaksi berantai lipid, mengoksidasi DNA dan protein. Oksidasi DNA berakibat adanya mutasi dan timbulnya kanser sedangkan oksidasi protein mengakibatkan non-aktifnya enzim yang dapat menghambat proses metabolisme. Disinilah pentingnya kita mengambil antioksidan.
Jenis Antioksidan
  • jenis larut air, Vitamin C dan jenis larut lemak seperti Vitamin E.
  • jenis enzim seperti SOD, GPx dan Cat
  • jenis polifenol dan flavonoid seperti flavonols, flavones, catechin, flavanons, antosianidin dan isoflavonoids. Sumber polifenol seperti teh, kopi, buah-buahan, minyak zaitun, cinnamon dan sebagainya.
  • Resveratrol pada buah anggur
  • Epigalokatekingalat-contoh polifenol pada teh hijau, teh hitam dan sebagainya.
Makanan yang mengandungi antioksidan
1. Betakarotina. Dapat ditemukan di banyak makanan berwarna oren, seperti ubi merah, wortel, labu, aprikot, mangga dan sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi.
2. Lutein. Berlimpah ruah di sayuran berdaun hijau seperti bayam, kangkung dan sawi.
3. Lycopene. Adalah antioksidan manjur yang dapat ditemukan pada tomat, semangka, jambu biji, pepaya, aprikot dan jeruk.
4. Selenium. Merupakan zat besi yang dibutuhkan untuk meningkatkan fungsi salah satu sistem enzim antioksidan tubuh. Beras dan gandum adalah sumber utama selenium.
5. Vitamin A. Banyak dikandung oleh hati, ubi, wortel, susu, kuning telur dan keju mozarella.
6. Vitamin C. Banyak pada buah dan sayuran seperti delima, kiwi, strawberry, parika hijau, kol, bayam, brokoli dan kangkung.
7. Vitamin E. Terdapat pada almond, beberapa jenis minyak seperti minyak wheatgerm, minyak safflower, minyak jagung dan minyak kedelai, serta mangga, kacang dan brokoli.
8. Flavonoid: teh hijau
Kesimpulannya, pengambilan antioksidan sangat penting untuk kesihatan kita kerana di samping dapat memicu penghasilan enzim yang bekerja dalam metabolisme tubuh, ia juga dapat mencegah dan menghalang daripada terjadinya kanser, penyakit jantung, penyakit akibat kerosakan DNA malah penyakit paling sering mengganggu kita iaitu penuaan pramasa!!
Amalkan antioksidan semulajadi dari Shaklee!!
Vivix- mengandungi resveratrol iaitu antioksidan kuat berfungsi melambatkan penuaan, merendahkan kolesterol, mengawal tekanan darah, meningkatkan tenaga dan prestasi, menurunkan berat badan dsb.
Vitamin E dengan ekstrak biji anggur- juga kaya dengan antioksidan, resveratrol , lengkap dengan selenium untuk membantu penyerapan vitamin E, anti penuaan, memperbaiki luka, mencerahkan wajah, memperkuat sendi, memperbaiki penglihatan dan sebagainya.
Vitamin C dengan bioflavonoid-  penting untuk kulit, membina kolagen, meningkatkan keimunan terhadap penyakit, memelihara keutuhan sel seperti mata, gusi, gigi, tulang, otot, pembuluh darah, meningkatkan penyerapan zat besi dsb.
Carotomax- Ia lebih selamat daripada vitamin A, mengandungi varieti karotena, dan fitokimia yang sangat penting untuk mata yang sihat, kulit dan membran mukosa. ia juga berfungsi untuk melawan kanser dan oksidasi akibat radikal bebas.

Nutriferon- Interferon pertama di dunia yang berfungsi mengukuhkan sistem imun, melawan kanser, tumor, virus influenza, melambatkan penuaan, mempertingkatkan PMS dan menopos.
Adalah sangat penting untuk memulakan pengambilan antioksidan bermula hari ini dan membantu mengukuhkan sistem imun supaya dapat melawan penyakit berbahaya.

Assalamualaikum semua..

Untuk mengetahui dimana anda boleh mendapatkan kolagen yang terbaik di pasaran, anda harus tahu bagaimana ciri-ciri kolagen yang terbaik itu.

1. Anda boleh baca tips memilih kolagen yang bagus dan berkesan di sini

2. Bandingkan harga. Perlu diingat, anda mesti membandingkan secara adil dan saksama. Contohnya harga colagen berasaskan tumbuhan semestinya lebih murah berbanding yang lain tetapi ia susah diserap oleh tubuh. Bandingkan antara kolagen berasaskan rumpai laut dan sisik ikan red snapper. Ini juga bandingan yang tidak adil kerana rumpai laut mudah didapati, sedangkan red snapper hanya boleh didapati di lautan dalam. Tentulah ia lebih mahal.

Collagen Powder terbukti secara klinikal

3. Bandingkan teknologi yang digunakan. Anda mesti tahu bahawa kolagen semulajadi sudah tentu menggunakan teknologi yang tinggi dan untuk menghasilkan kolagen yang bermutu dan bagus, kos penghasilannya juga tinggi.

4. Bandingkan bahan-bahan yang terdapat di dalamnya. Kolagen yang bagus mesti mempunyai sekurang-kurangnya antioksidan kerana ia bertindak lebih baik dengan adanya antioksidan. Kolagen yang bagus juga membekalkan kesemua ramuan penting seperti asid hialuronik, glukosamin, jisim molekul rendah (lebih mudah diserap), bebas additif, bebas perasa dan tiada kesan sampingan.

5. Bandingkan keberkesanannya. Lihat testimoni di sini. Anda mesti pilih kolagen yang berkesan dan telah terbukti secara klinikal. Kolagen itu mesti tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan yang buruk yang boleh membawa kepada jangkitan yang tidak diketahui.

6. Setelah berpuas hati, hubungilah pengedar anda ini, Suhaila 012-9645614 (SMS / WhatsApp)

Collagen Powder Shaklee terbukti berkesan, terbaik di pasaran, halal, selamat, tiada additif, tiada pengawet, tiada kesan sampingan!!

Promosi sepanjang masa, beli 3 dengan harga ahli, anda dapat keahlian percuma!!!
Assalamualaikum, salam bahagia semua..

Hari ini saya nak share topik tentang radikal bebas dan antioksidan. Sebelum ni duk dengar orang sebut antioksidan, radikal bebas, tp kita agak kurang pasti apakah bendenya iteww betul tak? Walaupun ada belajar dolu2, tp saya sendiri pun dah hilang ingatan tentang dua benda yang sangat penting ini..

Kalau nak diikutkan, topik ini sangatlah panjang untuk dibicarakan..nanti jemu pulak nak membacanya, jadi saya share info yang penting2 saja di sini.. kalau nak baca lanjut, sila ke web Akhiajun's sebab artikel ini pun saya ambil dari sana...Jom baca dan tambah ilmu ;)
punca radikal bebas antaranya pencemaran, bahan kimia, merokok dan asap rokok, dan sebagainya.

Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang kehilangan elektron, sehingga molekul tersebut menjadi tidak stabil dan terlalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain.

Bagaimana ia dihasilkan?
1. melalui metabolisme tubuh itu sendiri
2. melalui persekitaran contohnya merokok, sinar uv, bahan kimia dalam makanan dan bahan pencemar yang lain.

Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas sangat kronik dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menampakkan kesan yang nyata. Contohnya ialah kanser dan penyakit jantung.

Sebenarnya, tubuh manusia dapat meneutralkan keadaan ini tetapi apabila jumlahnya terlalu berlebihan, kemampuan tubuh untuk meneutralkannya semula akan berkurang. Ditambah lagi dengan faktor usia yang semakin meningkat, tubuh tidak lagi dapat menjalankan fungsinya dengan efisien.

Fakta yang seterusnya ni lagi mengerikan!!
Radikal bebas yang mengambil elektron dari tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga timbullah sel-sel mutan.

Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka terjadilah kanser dan penyakit genetik yang semakin banyak dan bermacam-macam nama.

Tubuh manusia sebenarnya dapat meneutralkan radikal bebas dengan antioksidan semulajadi tetapi jumlahnya sering saja tidak mencukupi; dan juga zat pemicu yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan antioksidan tidak cukup di ambil oleh kita.

Contohnya, Glutathione adalah antioksidan dalam tubuh kita yang sangat kuat TETAPI ia memerlukan bantuan vitamin C sebanyak 1000mg untuk tubuh menghasilkan glutathione ini.

Apakah yang terjadi sekiranya radikal bebas sangat berlebihan?
1.Radikal bebas dalam lipid akan terurai menjadi bahan-bahan seperti malondialdehid(ini adalah indikator bahawa dalam tubuh kita ada radikal bebas). Akibat kerosakkan bahagian pembuluh darah, ia menyebabkan endapan zat-zat termasuk kolestrol hingga boleh menyebabkan arterosklerosis.

2. Radikal bebas berlebihan boleh menyebabkan perubahan cecair membrane sel sehingga pengangkut antara membrane dan mekanisme sel terganggu.

3. Ia juga boleh melumpuhkan sistem enzim hingga seluruh rangkaian proses metabolisme terganggu.

4. Radikal bebas juga menyebabkan kerosakan protein

5. Radikal bebas mampu menyebabkan mutasi spesifik pada DNA yang menyebabkan kanser.

6. Radikal bebas akan merosakkan lipid hingga menyebabkan penyakit jantung koronari.

7. Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit autoimun. Pada keadaan normal, antibodi terbentuk apabila ada antigen yang masuk ke dalam tubuh. Autoimun berlaku apabila antibodi tidak dapat mengenal antigen lalu menyerang sel tubuh sendiri.


~bersambung~

APA ITU RADIKAL BEBAS?

by on Disember 18, 2012
Assalamualaikum, salam bahagia semua.. Hari ini saya nak share topik tentang radikal bebas dan antioksidan. Sebelum ni duk dengar orang se...
Assalamualaikum, salam bahagia..

Ini kisah saya...

Mac 2008, saya melahirkan babyboy yg sangat comel dan bulat. Baby boy ini saya berikan nama Muhammad Ammar yang bermaksud "yang terpuji, yang memakmurkan, yang kuat iman''. Baby boy membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang mengganggu emosi. Setakat demam, selesema dan batuk itu biasa bagi bayi.

Muhammad Ammar-day 1

Saya berpeluang menyusukan Ammar secara eksklusif hingga dia berusia 8 bulan sahaja. Masa tu saya tak terniat nak menyusukan baby sampai 2 tahun, kurang pendedahan tentang penyusuan, dalam kepala ingat nak cari kerja jadi lebih mudah jika Ammar diberi susu formula. Akhirnya susu badan kering sendiri dan bermulalah episod Ammar dengan susu lembu.

Saya memilih memberikannya dengan susu Anmum. Bagi saya, susu yang mahal tentu mempunyai khasiat yang lebih berbanding susu yang agak murah. Lagipun dalam tv banyak iklan susu Anmum, maka saya tak ragu-ragu lagi dengan pilihan saya.

Muhammad Ammar nak masuk 3 bulan.. bolatkan chaye??

Ammar semakin membesar, keperluan menyusu semakin meingkat walaupun dia dah mula makan makanan pejal. Setiap bulan kami terpaksa memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli susu Anmum. Lama -lama kelamaan saya terfikir, apa salahnya memberi susu murah kerana Ammar dah makan macam-macam. Jadi bagi saya susu formula hanya sebagai pelengkap sahaja dalam diet nya.

Mujur sahaja, tepat usia 2 tahun, Ammar dengan sendirinya menolak untuk menyusu lagi. Saya agak risaukan keperluan kalsium dan zat2 penting yang lain namun Ammar sama sekali tidak mahu menyusu lagi. Saya pasrah...

Muhammad Ammar 1 tahun 1/2 kot..huhu lupe sudaaa


Julai 2011, saya melahirkan bayi kedua, Muhammad Aqil Qayyim. Sejak mengandung lagi saya telah bertekad untuk menyusukan Aqil dengan susu badan sekurang-kurangnya hingga dua tahun. Di tambah lagi saya adalah seorang surirumah sepenuh masa (yang dah give up isi borang SPA, interview) jadi sangatlah rugi jika saya tidak mengambil peluang menyusukan bayi dengan susu ibu.

Muhammad Aqil - 4jam lps kelahiran..gambo curik2 :P

Pengalaman menyusukan Aqil tiada masalah besar. Cuma ada ketika episod menyusu sedikit terganggu apabila orang tua (MIL) begitu ingin saya menyusukan bayi dengan botol susu kerana beliau mahu saya bekerja. Apabila kembali kerumah sendiri saya tetap memberikan anak saya susu ibu, direct feeding, tanpa botol.

Episod penyusuan terganggu lagi pada Jun 2012 apabila saya mengalami keguguran, dan Aqil terpaksa ditinggalkan dirumah bersama suami sementara saya ditahan di wad. Saya tiada stok EBM langsung! Oleh kerana takut Aqil kelaparan saya minta suami belikan susu formula. Apa saja brand saya tak kisah bukannya lama. Waktu ini, susu badan memang agak berkurang jadi saya terpaksa akur jika Aqil sudah tak mahu menyusu dengan saya lagi.

Muhammad Aqil tah bape bulan..juga bolat sejibik abangnya

Ajaibnya kuasa Allah, Aqil saya tetap tak sukakan susu lembu, dan semasa di wad miss B saya berdenyut-denyut bengkak kerana tiada hisapan selama semalaman!! Esoknya memang dah tak tahan denyutan macam nak pecah, saya minta bekas dengan nurse. Dapatlah 1 tupperware kecil (bekas tau fu fa saiz kecil).

Tengah hari waktu melawat, saya mengambil kesempatan menyusukan Aqil dengan begitu teruja sekali.. Oleh kerana bekalan miss B sangat penuh, Aqil menyusu sekejap saja sedangkan miss B saya masih berdenyut2. Geram kerana masih sakit, saya paksa Aqil menyusu tapi dia dah kenyang. hehe.. Akhirnya terpaksa perah dalam botol guna teknik marmet. Serius saya tak pernah buat. Terkial-kial sampai lenguh tangan dan leher, akhirnya satu senggat pun tak sampai.. kecewa betul!

"cow milk?? NO!! i want my mom!!"

Selepas episod itu, Aqil menyusu seperti biasa, dan production susu makin berkurangan. Saya mula risau kerana bulan Ramadhan makin menghampiri.

Saya pun mencuba Alfalfa. (Sebelum tu ambil set D) tetapi production masih sama. Masuk bulan Ramadhan, saya cuba pula ESP. Alhamdulillah ada ketikanya susu terasa memenuhi miss B, dan Aqil tak pernah lapar lagi..

"Oh mmammaaa I Love U!"

Sejak dua menjak ini Muhammad Aqil asyik nak menyusu je sampai kering dibuatnya. Mujur saja Shaklee membantu Alhamdulillah.. Syukur masih ada rezeki Aqil walaupun tak selebat orang lain. Kini cuma tinggal 6 bulan lagi untuk melengkapkan tempoh penyusuan 2 tahun dan jika ada rezeki akan diteruskan hingga selama mana yang boleh.

hahaha baru perasan xde gambo baru..layan la gambo Aqil muke selambak ni... masa ke bukit bendera last year bersama family pak longnya :)
Jom tonton video bagaimana ibu menyusu bekerjaya menangani masalah penyusuan!


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.
Assalamualaikum, salam bahagia semua..

Masa subur adalah kunci penting untuk merencana keluarga. Dengan mengetahui masa subur, usaha untuk mendapatkan anak atau menjarakkan anak lebih mudah jika tidak ada masalah anatomi pada pasangan. Demikian menurut Dr. Boy Abidin, lulusan Fakulti Kedoktoran, Universiti Padjajaran, Bandung.

1. Masa subur adalah masa ketika ada satu sel telur yang siap untuk dibuahi oleh sel sperma di dalam tiub fallopio yang terjadi sebulan sekali. Sel telur boleh hidup selama 1-2 hari.


2. Pada masa subur, terjadinya perubahan fisiologi yang menjadi petunjuk. contohnya libido meningkat, lendir pada vagina lebih banyak, peningkatan suhu basal tubuh antara 0.2*C hingga 0.5*C pada waktu pagi. Indikator minor kesuburan ialah tidak selesa pada perut dan payudara.

3. Lendir yang muncul pada vagina ini merupakan lendir yang dihasilkan oleh kelenjar di serviks dan mesra sperma. Lendir tersebut memungkinkan sperma dapat bertahan untuk hidup sementara menunggu kematangan sel telur (ovulasi). Pada masa subur, kemungkinan terjadi persenyawaan sangat besar.

4. Jika pasangan suami isteri ingin memiliki anak, lakukan hubungan intim pada masa subur; dan sebaliknya jika tidak ingin hamil, hindarilah hubungan intim pada masa subur atau menggunakan kaedah perlindungan yang lain.

5. Masa subur boleh dikira berdasarkan kitaran haid. Anda perlu pastikan kitaran haid teratur setiap bulan dengan mencatat tarikh hari pertama haid hingga darah haid tamat.

6. Jika rata-ratanya menghasilkan 28 hari yang beerti kitaran normal (21-35 hari), maka masa suburnya akan terjadi pada 14 hari sebelum hari pertama haid yang akan datang.

7. Selain itu, hormon penanda masa subur atau LH dapat dikesan melalui ujian darah atau urin.

Dengan mengetahui masa subur ini, dapatlah anda merancang kehamilan dengan lebih tepat!

Semoga berjaya!!

Baca lanjut:
TIP CEPAT HAMIL CARA MUDAH DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE

KETAHUI MASA SUBUR!

by on Disember 12, 2012
Assalamualaikum, salam bahagia semua.. Masa subur adalah kunci penting untuk merencana keluarga. Dengan mengetahui masa subur, usaha untuk...
Assalamualaikum, salam bahagia..

Lagi-lagi cerita tentang kolagen. Kali ni saya nak kongsi pula dengan anda apakah kaitan antara kolagen dan osteoporosis. Setahu kita kolagen ni untuk kulit cantik je kan? Kolagen boleh membantu ke dalam mencegah osteoporosis? Hmm..jom baca..

Kolagen, bukan saja berfungsi untuk kecantikan kulit, dan keanjalan tubuh, malah kolagen sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting kepada kita dalam mencegah kehilangan jisim tulang.



Kombinasi Kalsium Dan Kolagen
Lebih kurang 60% daripada tisu tulang adalah kalsium, manakala lebih kurang 30% pula terdiri daripada kolagen. Ini sebenarnya menunjukkan kolagen yang membina kepadatan tulang dan memberi keupayaan kepada tulang kita untuk menahan tekanan. Kolagen adalah protein yang membekalkan 'framework' tisu lembut yang menjadi tempat perlekatan kalsium lalu membina ikatan kalsium-kolagen yang kukuh. Walaupun kalsium sangat penting, tetapi tanpa kolagen yang mencukupi, kalsium dalam dos yang tinggi juga adalah satu pembaziran.

Kolagen Sebagai Pengikat
Satu cara kolagen membantu dalam membina kepadatan jisim tulang yang tinggi ialah dengan membekalkan tempat untuk perlekatan kalsium. Kalsium perlu melekatkan dirinya pada sesuatu , dan dalam struktur tulang, ia melekat kepada kolagen.Ini menerangkan kenapa kekurangan kolagen menyebabkan seseorang hilang jisim tulangnya.

Analoginya ialah kalsium diibaratkan sebagai batu bata, manakala kolagen ialah simen. Untuk membina satu tembok yang kukuh, batu bata perlu melekatkan dirinya kepada simen. Jika simen itu kurang, batu bata tidak akan melekat dengan sempurna. Jika seseorang memecahkan tembok itu, tentu dengan mudahnya tembok itu pecah!

Kolagen dan Fleksibeliti Tulang
Tulang yang kekurangan kolagen akan menyebabkan ia kurang flesksibel dan rapuh. Ini menyebabkan ia mudah pecah/ patah. Dengan meningkatkan kandungan kolagen, tulang mempunyai kemampuan untuk menjadi fleksibel apabila dikenakan tekanan fizikal atau kecederaan akibat impak yang berlaku secara kuat.

Osteoblasts
Tidak seperti kalsium, kolagen tidak boleh di ambil daripada pemakanan seharian kita. Kolagen dibina oleh sel yang bernama Osteoblasts. Sel ini boleh diaktifkan dengan mengambil suplemen yang mempunyai kandungan 'choline-stabilized orthosilicic acid'. Sebatian ini mempunyai kemampuan untuk memacu pembentukan kolagen untuk kepadatan tulang yang mampu menahan hentakan, kecederaan, kekejangan, dan juga pengurangan semulajadi akibat penuaan.

Collagen Powder Shaklee
Lengkap dengan anti-oksidan seperti vitamin C yang menggalakkan pengeluaran kolagen, juga ekstrak kerangan laut yang kaya dengan glukosamin untuk memelihara kesihatan sendi anda.

Collagen Powder Shaklee


Kini sudah nyata bahawa anda perlu mendapatkan Collagen Powder Shaklee bukan hanya untuk kecantikan bahkan juga untuk kesihatan tulang anda secara menyeluruh!! Untuk kesihatan tulang maksimum, anda harus juga mencuba Ostematrix iaitu pil kalsium kami yang terbaik!!

Hubungi saya untuk pertanyaan/ tempahan/ konsultasi
Suhaila 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
fb page: Saya mahu Sihat


KOLAGEN DAN OSTEOPOROSIS

by on Disember 11, 2012
Assalamualaikum, salam bahagia.. Lagi-lagi cerita tentang kolagen. Kali ni saya nak kongsi pula dengan anda apakah kaitan antara kolagen d...

"Tidakkah mereka melihat burung-burung di atas mereka, yang mengembangkan sayapnya dan mengatupkannya? Tiadalah yang memegangnya, melainkan Ar-Rahman. Sungguh, Dia Maha Melihat tiap-tiap sesuatu" Al-Mulk:19

"Kalau kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, Dia akan membantu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang berangkat pada pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya pada petang hari dengan perut kenyang" Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah.



Belajar Dari Burung
Allah menjamin rezeki setiap makhluknya, baik seekor burung, cacing atau ulat dalam batu sekalipun. Tetapi burung tahu bahawa SYARAT WAJIB untuk memperoleh rezeki itu ialah dengan berusaha.

Burung itu lalu keluar dari sarang kerana ia tahu Allah telah menyediakan rezeki untuknya, dan Allah tidak mencampakkan rezeki tersebut ke dalam sarangnya.

Burung keluar dengan tawakkal, ia tak tahu rezekinya di mana, tapi ia terus terbang dan mencari, serta yakin bahawa rezekinya ada di mana-mana.

Burung akhirnya berjumpa dengan makanannya, dan makan dengan kenyang. Jika berlebihan, burung bawa pulang untuk anak-anak di sarang.




REZEKI BURUNG

by on Disember 07, 2012
"Tidakkah mereka melihat burung-burung di atas mereka, yang mengembangkan sayapnya dan mengatupkannya? Tiadalah yang memegangnya, mela...
AMARAN: SILA BACA ENTRY INI SAMPAI HABIS!

Assalamualaikum, salam bahagia..

Hehe ada main warning2 pulak kan? Bukan apa, sesetengah daripada kita ni suka baca tak habis, baca sekerat2, baru baca tajuk dah buat conclusion sendiri..Padahal isi utamanya lain.

Oklah, dalam kita berseronok2 berkolagen, nak cantik, dengan produk kolagen muncul macam cendawan selepas hujan, dengan macam2 jenama dan macam2 kaedah, mari kita melihat sisi gelap kolagen dan akibat buruk jika kita TERSALAH pilih kolagen.


Ada beberapa jenis kolagen; jenis oral sama ada pil, serbuk atau cecair yg berfungsi untuk membantu meringankan sakit sendi, membantu dalam penurunan berat badan, membina otot dan membina kulit; jenis krim, yang membantu mencegah kedutan dan memperbaharui kulit wajah; jenis suntikan yang membuatkan kulit nampak lebih padat, dan menghilangkan kedut.

Kesan buruk kolagen

Kolagen jenis krim
Ia memang memberi kelembapan pada kulit, tetapi ia tidak membekalkan kolagen extra kepada tubuh. Ia juga mempunyai jisim molekul yang besar yang susah diserap oleh kulit. *Kolagen yang bagus mesti mempunyai jisim molekul yg rendah.

Kolagen jenis ini juga sangat mahal dan ia memberi kesan buruk kepada beg duit kita.

Kolagen jenis oral
Banyak terdapat di pasaran. Sumber utamanya tumbuhan, haiwan seperti lembu, kambing, ayam dan babi; serta kolagen marin seperti rumpai dan sisik ikan.
Kesan utama jenis ini ialah ia berbahaya jika seseorang itu mempunyai alergi terhadap sesuatu makanan. Kolagen daripada haiwan darat mempunyai risiko kontaminasi dan jangkitan yang tinggi dan kehalalannya mestilah di sahkan. Ia juga sangat sukar diserap oleh tubuh kerana jisim molekul tinggi iaitu hampir 400,000 dalton.

Kolagen tumbuhan juga sukar diserap oleh tubuh.

Kolagen ikan paling baik kerana bentuk triple helix nya sama dengan kolagen manusia. Selain itu, kolagen ikan itu mestilah yang telah dihidrolisis.

Kolagen jenis suntikan
Juga sangat popular di pasaran. Kesan buruk utamanya ialah risiko jangkitan jika alatan yg digunakan tidak bersih dan steril, jangkitan bakteria pada luka tusukan jarum, serta jangkitan jika tidak menjaga tempat suntikan dengan sempurna. Kemungkinan doktor atau pakar bedah kosmetik membekalkan anda antibiotik untuk menghalang jangkitan merebak. (dan berkemungkinan besar merabakkan poket juga!)

Suntikan kolagen juga boleh menyebabkan tindakbalas alahan atau kesan2 yang serupa. Ini biasa berlaku jika suntikan bersumberkan kolagen bovine/lembu. Bahan suntikan itu juga mungkin terdiri daripada anesthetic yang boleh menyebabkan alergic reaction.

Kesan buruk mengambil kolagen jenis suntikan lagi ialah kesan pembengkakan pada wajah. Pembengkakan terjadi apabila salur darah terluka semasa suntikan, menyebabkan darah mengalir ke tisu berkenaan.

Satu kesan yang pasti ialah efek wajah yang tidak semulajadi, dan sekali pandang boleh tahu bahawa orang itu mengambil suntikan kolagen.

Credit

Jadi sebelum anda betul-betul yakin dengan sumber kolagen jenis mana yang anda nk guna untuk cantik, pastikan juga ia berbaloi dengan wang yg ingin dilaburkan dan paling penting kecantikan yg anda idam idamkan tidak menjadi satu mimpi ngeri yg menakutkan. Pilihlah kolagen yang terbukti SELAMAT, SEMULAJADI, HALAL DAN BERKESAN!!!

Bacaan lanjut
TIPS MEMILIH KOLAGEN YANG BAGUS
COLLAGEN POWDER SHAKLEE
TESTIMONI PENGGUNA BIJAK



KESAN BURUK KOLAGEN

by on Disember 06, 2012
AMARAN: SILA BACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! Assalamualaikum, salam bahagia.. Hehe ada main warning2 pulak kan? Bukan apa, sesetengah darip...
Assalamualaikum, salam ceria.

Cakap pasal sengugut, kebanyakan wanita ada sejarah pahit dengannya kan? Baring salah, duduk salah, terlentang tak kena, tertonggeng pun tak menjadi juga.

Kalau sengugut menyerang semasa dalam kelas atau kuliah, rasa nak tendang semua orang. Tarik nafas hembus nafas kuat-kuat, sengugut tetap tak mahu hilang.

Saya paling tak suka kalau sengugut datang waktu kelas/kuliah. Memang hilang fokus dibuatnya. Sebab tu tiap kali sengugut datang, saya akan ponteng kelas.


Sengugut saya takdelah kronik sangat, tapi memang tahap mengerang kesakitan la jugak. Lepas tu macam-macam petua saya cuba termasuk minum air herba daun inai. Tetap juga gagal.

Pernah ada seorang junior masa kat UM dulu tengok saya sengugut teruk, dia cakap " baik akak kawin cepat-cepat. Orang kata sengugut boleh hilang lepas kahwin".

Macam tak percaya, saya gelakkan aje..Tapi dalam hati berdoa juga, kalau dengan berkahwin sengugut ni boleh hilang, maka cepatkan lah jodohku Ya Allah... ;P hehe..

Ajaibnya, lepas saja melahirkan anak pertama, sengugut saya 100% hilang! Alhamdulillah syukur...

Kini sengugut bukan lagi satu masalah yang mengganggu kehidupan saya.

Namun begitu tidak pada sesetengah orang yang lain. Ada juga wanita yang dah berkahwin dan melahirkan anak, tetap didatangi sengugut setiap kali datang bulan.

Jom kita baca lebih lanjut tentang sengugut. Artikel ni sumber dari website Portal Alam Hamil.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang di panggil prostaglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang. Ramai mereka yang mengalami sengugut keterlaluan di dapati merembeskan hormon prostaglandin berlebihan.

Sengugut kerap terjadi semasa usia remaja awal 20-an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang mengalami haid kali pertama.

Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku kepada wanita yang berusia 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian, selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhoea pula ialah sengugut yang berlaku akibat masalah pada organ reproduksi.


Bagaimana mengurangkan sengugut?

Ada beberapa petua dan kaedah yang dapat mengurangkan sedikit kesakitan akibat sengugut.

1. Ambil 3 ulas bawang merah, potong halus-halus dan campurkan dengan air panas. Minum air tersebut sewaktu sakit mula menyerang.

2. Mengamalkan air perahan halia selama sebulan. Minum sebanyak 2 kali setiap hari. Jika sengugut menyerang, rendamkan kaki anda ke dalam air suam bercampur garam. Buat sehingga sakit beransur hilang.

3. Tuam perut dengan pad panas.

4. Seingat saya, ada sekali sengugut saya tidak lah terlalu kuat. Oleh kerana kitar haid saya tetap setiap bulan, maka saya boleh mengagak bilakah waktu kedatangan haid saya. 

Beberapa hari sebelum kedatangan haid anda, elakkan minum air batu atau minuman berais, banyakkan minum air panas atau suam. Air panas atau suam membantu meregangkan salur darah, jadi perjalanan darah menjadi lebih lancar.



Atasi senggugut dengan Shaklee!

GLA Complex- berfungsi untuk mengimbangi tahap hormon dan membantu mengawal penghasilan prostaglandin

Vitamin B Complex- membantu mengurangkan stress akibat kesakitan dan melancarkan saraf

Ostematrix- sumber kalsium yang membantu mengatasi kekejangan otot perut/pelvis semasa haid, sakit belakang dan gementar

Setiap penyakit ada penawarnya, jangan jadikan sengugut sebagai penghalang untuk anda bekerja dan melakukan tugas-tugas harian. Saya sudah bebas sengugut, kini anda pula. Jom Sihat!

Hubungi saya untuk dapatkan set ini;

-Puan Suhaila-
ID 868994


Cara Hilangkan Sengugut Teruk

by on Disember 05, 2012
Assalamualaikum, salam ceria. Cakap pasal sengugut, kebanyakan wanita ada sejarah pahit dengannya kan? Baring salah, duduk salah, terlenta...
Assalamualaikum, salam sejahtera..

Wanita lepas bersalin kerap mengeluh rambut gugur dengan banyak macam pesakit leukimia.. Saya pun salah seorang daripadanya.. Cuak betul bila sikat rambut berpuluh2 helai melekat pada sikat. Bila mandi basah rambut, bertebaranlah rambut2 di lantai..

Jom kenali apa sebenarnya punca keguguran rambut khususnya kepada wanita yang lepas melahirkan.

1. Ia mungkin fenomena yang normal selepas kelahiran bayi. Selepas bersalin, lebih kurang 30% rambut dikepala akan gugur. Apabila umur bayi mencecah 12 bulan, kadar keguguran rambut semakin berkurangan iaitu kepada hanya 15%.

2. Keguguran rambut juga boleh berlaku akibat hormon prolaktin meningkat di dalam tubuh wanita yang menyusukan bayinya.

3. Wanita yang kehilangan darah dengan banyak sewaktu bersalin dikatakan boleh mengalami masalah keguguran rambut ketika berpantang.

4. Mereka yang berambut panjang mudah mengalami keguguran rambut kerana rambut yang panjang lebih mudah putus ataupun gugur ketika dicuci ataupun ketika berada dalam keadaan basah.

5. Keturunan. Jika ada antara adik beradik anda mempunyai rambut nipis dan senang gugur, anda mungkin turut mengalami masalah sama.

6. Masalah kesihatan. Wanita atau lelaki yang mengalami keguguran rambut berkemungkinan mempunyai masalah tiroid, alopecia areata, jangkitan kulit kepala, penyakit kulit yang lain.

7. Medications. Seseorang yang dalam rawatan dan telah mengambil ubat untuk merawat penyakit seperti kanser, athtritis, tekanan emosi, masalah jantung dan tekanan darah tinggi.

Rawatan
1. Berjumpalah dengan pakar untuk membincangkan masalah keguguran rambut anda
2. Makan makanan seimbang
3. Potong rambut
4. Gunakan syampu yang sesuai dengan masalah anda

Vitamin Untuk Rambut

Rambut gugur juga boleh disebabkan kekurangan vitamin-vitamin tertentu dalam tubuh kita contohnya, protein yang penting untuk membina sel. vitamin B, vitamin D, Zat besi, zink dan selenium.

 ESP
-sumber protein yang sangat penting untuk pembentukan sel.
-sel rambut terdiri daripada protein, jika kekurangan protein, pembinaan struktur rambut terbantut.

Vitamin B Kompleks
-Vitamin B7 (biotin)  diperlukan untuk pembinaan sel seperti rambut

Zink
-Zink berperanan mengaktifkan enzim dengan bergabung dengan RNA dan DNA serta protein untuk pertumbuhan semula sel.

Vivix
-Dengan impak 4 mekanisma, ia berperanan mengaktifkan sel-sel rambut dan menggalakkan pertumbuhannya.

Collagen Powder
-Struktur rambut terdiri daripada protein kolagen. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan struktur rambut rosak, dan cepat gugur.

Collagen Powder

Jika anda mengalami rambut gugur yang teruk, jangan panik  dan jangan terus menganggap itu adalah tanda penyakit kanser atau leukimia. Dapatkan rawatan sebelum rambut gugur menjadi lebih kronik. Bagi ibu-ibu pula, masalah rambut akan berakhir lebih kurang setahun selepas melahirkan. Jadi, jangan risau ;)

Psst: kami juga ada rangkaian syampu dan perawatan kulit kepala Prosante Hair Care..

Hubungi untuk konsultasi:
Suhaila 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
fb: Saya Mahu Sihat



Assalamualaikum, salam bahagia..

Sebut tentang kulit berkedut, ramai orang rasa takutkan? Apatah lagi, umur baru 35 tapi kulit macam umur 45..Haa jangan x caya, kalau kita malas jaga kesihatan. kurang bersenam, makan main hentam je, maka penuaan lebih cepat berlaku. Nak pulak kita ni jenis mmg duduk kat rumah, bergelumang dgn anak2 dan kerja rumah yang tak sudah2. Nak jaga kecantikan pun x sempat, sampai kita sendiri pun stres!! Stress berlebihan pun penyebab kepada penuaan sebelum  masanya..


Pernah tak ada orang tegur, anak awk dah berapa orang? padahal kita belum kawin lagi.. OOhh rasa nak cili je mulut yg bertanya tu?? Huhu jangan, kesian diorg.. diorang tak bersalah, kita yang bersalah kerana tak tahu jaga kecantikan hingga orang pandang kita macam mak2 je..

Mujur juga wajah saya ke anak2an. :P alamak puji diri sendiri nampak? haha x delah, tetiba teringat masa umur awal 20an dulu, budak sekolah ngorat saya tau..hampeh. Tubuh sy yg kecik ini mmg org akan ingat sy budak2.. Ada satu ketika, org tegur, tu ayah awak ye? (merujuk pada suami saya)..hahahaha oopss!! saya nampak muda ke, suami nampak tua?? whateverlah kan, cuma nak cerita disini, umur hanya angka, tapi kebersihan, kecantikan, keremajaan itulah yang penting supaya tubuh kekal sihat dan bertenaga.

Hari ni nak share sikit petua untuk mengelakkan atau melambatkan kulit cepat berkedut. Petua ni hasil gugel dan telah dicompile dekat sini..

1. Petua lobak merah

  • bersihkan lobak merah, kemudian parut atau kisar
  • campur kuning telur, sedikit tepung jagung, dengan lobak parut tersebut
  • lumurkan dimuka
  • seelok2nya beberapa jam sebelum tidur, sekali seminggu
2. Petua kuning telur+ minyak sayur
  • titiskan beberapa titik minyak sayur atas kuning telur. sebatikan
  • sapu campuran itu ke wajah, kemudian biarkan hingga 15-30 minit. bilas
  • lakukan sekali atau 2 kali seminggu
3. Petua putih telur
  • ambil putih telur 
  • tepek kan putih telur itu ke wajah
  • tunggu hingga kering iaitu lebih kurang 30-45 minit. bilas
Eh, ada tiga je? hahah..sebab ntah ngape, semua org pun bg petua yg sama tu jer.. Yg no.3 tu sy tambah dan yg saya penah buat tapi tak konsisten. kalau buat seminggu sekali mungkin menjadi kot, tp saya setahun sekali belum tentu..muahahaha..

Rasanya, sekarang orang dah xde banyak masa nak tepek2 segala bagai kat muka, melainkan mereka yang begitu concern dgn kecantikan. Sebab sekarang dah moden, orang banyak jual produk kecantikan. Lagipun pendapat saya, tepek2 lobak ni kesannya agak lambat.

Kalo nak cepat baik makan Collagen Powder aje..;) Itulah motifnya..kui3..Eh, Collagen Powder ni pun boleh dibuat masker jugak tau? Tp ni resepi rahsia dan special untuk customer saya aje..

Jadi dapatkanlah Collagen Powder Shaklee dan amalkan dari sekarang supaya anda akan nampak lebih muda dalam masa 8 minggu!! Percayalah!!


Call/sms/emel saya untuk dapatkan Collagen Powder anda!!
Assalamualaikum, salam bahagia..

Wah3..sangatlah happy apabila mengetahui bulan Disember ini adalah promosi Collagen Powder. Saya memang sangat admire ngn kolagen ni, tapi tengah kumpul duit nak beli.. memandangkan bulan Disember ni promosi kolagen, ada harapanlah saya mendapatkannya. Giler tak sabar. haha.. Jeles betul menengokkan wajah2 jelita mereka yang telah menggunakannya iteww!


Kenapa daku excited sangat? Sebab daku dah tahu ciri-ciri kolagen yang bagus dan baik untuk di ambil sebagai supplement.

Nak tahu apakah tips memilih kolagen yang SELAMAT, CEPAT BERKESAN, TERBUKTI SECARA KLINIKAL, SEMULAJADI, HALAL?? Let's check it out here!!!

1. Berapa tulennya kolagen itu?
Ada 2 sumber utama kolagen yang biasa terdapat iaitu bovine (lembu) dan marine kolagen. Kolagen berasaskan marine adalah 60% lebih tulen daripada kolagen lembu. Ia memang semulajadinya lebih mahal (namapun semulajadi) berbanding yang lain tetapi ia sesungguhnya sangat berbaloi dengan wang yang telah dilaburkan.

2. Kolagen ikan yang dihidrolisis lebih ulung
Kerana ia lebih selamat dan ideal untuk meransang pertumbuhan kolagen dalam kulit. Ia juga adalah kolagen pelbagai fungsi termasuk mengurangkan peningkatan risiko penyakit dan mengatasi masalah fizikal.

3. Jisim molekul MESTI LEBIH RENDAH daripada 1000 Dalton
Ini penting supaya kolagen tersebut lebih mudah dicerna, dan diserap ke dalam usus berbanding kolagen kompleks daripada kambing, lembu, khinzir dengan JM 400,000

4. Kolagen sumber ikan
Kerana ia mampu mempertahankan bentuk asal "triple helix", iaitu struktur yang SAMA terdapat pada kolagen manusia.

5. Menyediakan asid amino yang penting yang sukar untuk diperoleh daripada makanan.
Asid amino seperti prolin membantu membina struktur tisu dan mengekalkan fungsi sel. Asid amino arginin yang membantu tidur dan menggalakkan prestasi bersukan. Dan banyak lagi asid amino perlu.

6.  Mengandungi asid hialuronik
Asid hialuronik semulajadi mampu menyokong baik pulih tisu penyokong terutamanya pada sendi.

7.  Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan.
Ia adalah satu kriteria yang sangat penting dalam pemilihan kolagen yang berfungsi untuk menganjal dan menegangkan kulit.

8. Mengandungi bahan antioksidan
Vitamin C, sangat penting untuk menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B2 dan B6 pula penting untuk membekalkan tenaga semasa proses pengeluaran kolagen dalam tubuh.

Cukuplah 8 kriteria ni dulu... Kalo banyak sangat, nanti memang dah sah2 semuanya ada pada Collagen Powder Shaklee.. hehehe..

Jangan tak tahu bahawa kajian klinikal menunjukkan ia berkesan dalam masa 8 minggu!! Kajian tak klinikal lebih cepat lagi.. tengok sajalah testimoni pengguna kami yang meletop nih.

Kajian lain pula menunjukkan ia mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80% dalam masa 66 hari!! ooohhh bayangkan kulit kita menjadi mulus, gebu, licin, putih macam baby baru lahir..(sila pejam mata dan imagine). Bestkan?

REBUT PELUANG KEEMASAN INI!! Beli 6 percuma 1, boleh juga dapat free membership dengan hanya membuat pembelian 3 kotak pada harga ahli!!!!

HUBUNGI SAYA CEPAT2 UNTUK MENGELAKKAN KEHABISAN STOK. JOM RAMAI2 KITA BERKOLAGEN!!!
SUHAILA 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
facebook.com/Su AnNajah
facebook.com/Saya-Mahu-Sihat

Assalamualaikum, salam bahagia..

Saya nak kongsikan dengan anda langkah-langkah hamil dengan cepat InsyaAllah, menggunakan produk GLA Complex dari Shaklee.



Sebelum itu, anda MESTI pastikan:
-kitar haid anda tetap setiap bulan (28-30 hari)
-tahu waktu subur anda iaitu pada hari ke 13-15 selepas hari pertama kedatangan haid. Pastikan anda catat tarikh hari pertama haid kerana jika anda mengandung, tarikh ini akan digunakan untuk menentukan EDD/ tarikh jangkaan kelahiran bayi anda nanti.
-dapatkan GLA Complex Shaklee (Harga Runcit RM91.25 [60 tabs])

**Kitar haid yang tidak normal/tetap juga boleh dibetulkan dengan GLA Complex

TIPS HAMIL LANGKAH DEMI LANGKAH

1. Mulakan sebiji GLA Complex pada hari pertama haid anda. Ambil sebelum tidur.

2. Teruskan sebiji sehari selama setiap malam sehingga hari ke-13 haid (waktu subur)

3. Berhenti mengambil GLA Complex.

4. Aktiviti suami isteri pada waktu subur.

5. Tunggu sehingga bulan berikutnya TANPA GLA Complex.

6. Jika haid masih datang, mulakan semula pengambilan GLA Complex (Langkah 1-5)

7. Jika haid tidak datang pada bulan berikutnya, lakukan urine test dan jika keputusannya +ve, bersedialah untuk orang ketiga, Tahniah!!

8. Berhenti terus daripada mengambil GLA Complex. (bagi pada suami je makan)

8. Silalah ke klinik untuk buat buku merah ;)

Anda boleh meneruskan pula dengan pengambilan set kehamilan Shaklee Trimester Pertama.

Pertanyaan/konsultasi/tempahan:
Suhaila : 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
fb: Su Annajah
fb page: Saya Mahu Sihat


Assalamualaikum, salam bahagia..

Sebut tentang diabetes, teringat saya akan arwah ayah, yg juga pengidap diabetes. Arwah ayah juga meninggal akibat diabetes dan komplikasi organ termasuk jantung dan buah pinggang. Kakak ipar saya yg seorang nurse kata itu adalah penyakit 3 serangkai. Tak lama lepas pemergian arwah ayah, bapa penyanyi tersohor Siti Nurhaliza turut mengalami nasib sama apabila dijemput Ilahi dengan penyakit yg sama di hospital yg sama. Innalillah.. Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali..

Saya bawakan kepada anda statistik menakutkan ini, dan nilailah dimana tahap kesihatan kita.


Jumlah pesakit dibetes di Malaysia telah meningkat hingga 80% dalam masa 10 tahun (1996-2006) kepada 1.4 juta orang! Manakala diseluruh dunia pula angka pengidap diabetes mencecah 350 juta orang pada 2011. (sumber Utusan Malaysia)

Nyatalah disini bahawa penyakit diabetes bukan sahaja penyakit kronik di Malaysia tetapi satu ancaman peringkat global. Tahap gula yang tinggi dalam darah dan diabetes membunuh 3 juta orang di seluruh dunia setiap tahun.

Diabetes adalah penyakit metabolik yang menyebabkan peningkatan daras gula dalam darah, sama ada disebabkan oleh penghasilan insulin yang kurang (diabetes Type 1), atau juga disebabkan sel tubuh tidak dapat bertindak balas dengan baik terhadap insulin (diabetes Type 2). Insulin adalah hormon yang diperlukan untuk penyerapan glukosa ke dalam sel untuk membekalkan tenaga.

Makanan seperti nasi, roti putih, minuman berkarbonat, kopi, mee yg apabila di ambil akan menyebabkan gula dalam darah meningkat secara ekstrim. Diet yang tidak di kawal terhadap makanan2 ini, lama kelamaan akan menyebabkan diabetes. Tambahan lagi, dengan cara hidup yang tidak sihat seperti tekanan, kurang senaman, tidak cukup rehat, merokok meningkat risiko terkena diabetes.

Diabetes adalah satu situasi yg kronik dan perlu kerap di pantau secara teliti. Tanpa pengurusan yg baik, ia boleh membawa kepada komplikasi lain seperti penyakit kardiovaskular, penyakit buah pinggang, penyakit berkaitan mata, ulcer, dan amputasi.

Pesakit diabetes juga boleh menjalani hidup sihat, cergas dan bertenaga dengan mengamalkan cara hidup sihat dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai.

Shaklee membawakan kepada anda  Vivix dan Sugar Control Set untuk mengekalkan aras gula dalam darah yang sihat!




Vivix
- gabungan unik Polyganum Cuspidatum, Muscadine grape, European elderberry dan Purple Carrot yang kaya dengan reveratrol.

-Resveratrol adalah polifenol tumbuhan yang dipercayai sangat tinggi dengan antioksidan. Kajian menunjukkan resveratrol membantu mengurangkan rintangan insulin dalam diabetic.









Sugar Control Set

ESP Soy Protein Isolate Powder
- mengandungi protein tumbuhan berkualiti tinggi, dan mempunyai indeks glisemik rendah yang sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.

-Isoflavones dalam protein membantu mengurangkan  risiko diabetes. GI rendah, tidak mengandungi kanji.

-Ia membantu mengawal aras gula darah dalam diabetic.










Alfalfa Complex
- signature formula Dr. Shaklee yang kaya nutrisi, tinggi mineral yang mana akan membantu menstabilkan aras gula darah.











GLA Complex
-Kaya dengan gamma linolenic acid yg mana akan membantu untuk dalam banyak proses dalam tubuh.

-asid lemak perlu yang mempunyai kesan anti-inflammatory. Ia membantu mengurangkan simptom sakit2 saraf dalam pengidap diabetic neuropathy










Vita-lea Iron Formula
-Formula istimewa yang membekalkan 28 vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan mineral termasuk chromium.

-multivitamin yang sangat diperlukan oleh pengidap diabetes supaya kekal sihat dan bertenaga.

-kromium membantu mengekalkan aras gula darah



Sustained Release Vita-C Plus
-Produk yang menawarkan vitamin C asli menggunakan proprietary, segalanya semulajadi dengan cara melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan ke dalam sistem tubuh.

- berfungsi sebagai antioksidan dan menguatkan sistem imun.





Zinc Complex
-diformulasikan dengan zink glukonat berbioavailabiti tinggi yang melibatkan banyak aktiviti biokimia dalam tubuh.

-berfungsi untuk menyembuhkan luka, terutama kepada pengidap diabetic dengan masalah ulcer atau amputasi






Jika anda BUKAN pengidap diabetes, jangan terlalu senang hati, bila2 masa penyakit senyap seperti ini akan menyerang kita jika kita tidak mengamalkan cara hidup sihat, makan berpada-pada, bersenam selalu. Cegah sebelum terkena.

Jika anda MEMANG pengidap diabetes, atau mana2 ahli keluarga anda pengidap diabetes, menjadi sihat semula bukan mustahil. Teruskan cara hidup sihat, kawal pemakanan terutama makanan berglukosa tinggi dan berkanji, amalkan suplemen yang sesuai InsyaAllah anda akan hidup sihat tanpa ubat malah tanpa diabetes!!

Maklumat lanjut/ pertanyaan/ tempahan/ konsultasi:
Suhaila 013-2369434
Azman 019-2083656
emel: butik.annajah@gmail.com
fb: Su AnNajah