Enter Keyword

APA ITU COQ10 DAN FUNGSINYA

Hai ols!

Wow bulan September 2013 ni promosi CoQ Health Plus Shaklee.. Sebelum kita cite lebih lanjut pasal produk, kena la tau dulu apekah CoQ10 dan apa pulak fungsi dia dalam badan kita ni.

Coenzyme Q10 (atau CoQ10) secara semulajadinya wujud dalam setiap sel dalam badan kita ni ha. Nama lain CoQ10 ialah ubiquinone iaitu daripada perkataan ubiquitous yang bermaksud "dijumpai dimana-mana''. Not sure dari bahasa apa tapi jangan tertukar dengan ubikayu sudah..kui3.

Dalam badan kita ni, CoQ10 bertindak sebagai ko-faktor dalam pengangkutan elektron antara sel. Ia terletak di dalam mitokondria (mitokondria ni pulak memang duduk dalam setiap inci sel kita). Mitokondria ni ialah 'rumah janakuasa tenaga' di mana memang fungsi dia untuk bagi kita tenaga dengan menghasilkan laluan (pathways) supaya tubuh kita ni sentiasa bertenaga.

inilah dia sel tubuh kita yang di dalamnya ada macam2  komponen termasuk mitokondria

Kalau kita kekurangan CoQ10 dalam badan, maka sumber tenaga paling utama dalam badan merudum, maka banyaklah keadaan kesihatan akan merosot. Contohnya dalam hati, buah pinggang dan jantung. Ini organ paling kuat bekerja, paling guna banyak tenaga dan paling perlukan fungsi 'rumah tenaga' mitokondria yang aktif.

CoQ10 ni antioksidan yang powerful jugak! Antioksidan? Ya, antioksidan maknanya ia menghambat pembentukan radikal bebas dalam badan kita yg mana radikal bebas ni buat kita jadi tua dan banyak penyakit seperti kanser. Antioksidan juga adalah rahsia awet muda. Aww!

CoQ10 dijumpai pada 1957. (merdeka! ehhh). Ia bukan vitamin sebab badan kita memang hasilkan CoQ10 ni. (Vitamin pulak satu benda yang badan takleh hasilkan dan kita kena dapatkan dari pemakanan). Oleh kerana faktor pertambahan usia, persekitaran, gaya hidup, pemakanan yang tak sihat, lambakan toksin dalam badan, maka penghasilan CoQ10 dalam badan pun merosot. Sebab itu kita perlukan CoQ10 tambahan supaya dapat menampung kekurangan CoQ10 yang ada dalam badan kita ini.

Fungsi CoQ10

1. Kegagalan jantung
Orang yang ada masalah kegagalan jantung biasanya mempunyai aras CoQ10 yang sangat rendah dalam sel otot jantung. CoQ10 bertindak mengurangkan simptom berkaitan masalah jantung seperti sesak nafas, susah tidur dan mengalami pembengkakan (swelling), angina dan tekanan darah tinggi.

CoQ10 berfungsi meningkatkan penghasilan tenaga dalam otot jantung, dan meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah.

Jadi kuranglah kita semput-semput, cungap-cungap lepas berjalan atau naik tangga.

2. Mengurangkan kesan sampingan serius terhadap kolesterol dan ubat 'beta blockers'.

3. Mengurangkan kesan penuaan pendek kata suplemen awet muda jugak ni!

4. Menolong pesakit 'chronic fatigue' iaitu kelesuan kronik

5. Membantu membina dan menguatkan sistem imun

6. Membantu menstabilkan tekanan darah dan membantu fungsi otak secara optima.

7. Membantu dalam rawatan pesakit Parkinson dan Alzheimer

8. Kajian menunjukkan CoQ10 juga membantu dalam kesuburan iaitu dalam motiliti sperma.



9. Membantu dalam rawatan pesakit kencing manis dengan melancarkan peredaran darah dan mengawal aras gula darah.

10. Mencegah serangan radikal bebas oleh itu mengurangkan risiko kanser

11. Membantu vitamin E bertindak secara efektif terhadap tubuh. So CoQ10 juga is best taken with vitamin E ;)

Ini antara fungsi umum CoQ10. InsyaAllah nanti kita cite lebih lanjut tentang CoQ Health Plus Shaklee pulak dalam entry seterusnya. Pastikan korang jatuh cinta dengan  CoQ10 dan tak sabar memiliki CoQ Health Plus!! hihiihi..

banyak wei fungsi CoQ10 ni rupanya!!

Sembang-sembang tentang Shaklee, produk dan bisnes?? Hubungi:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
page/ Saya Mahu Sihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan