Enter Keyword

CARA MENGIRA WAKTU SUBUR

Hai lady gojes sekelian..

Sebelum ni MS ada tulis entry bertajuk Ketahui Waktu Subur.

Tapi macam ramai yang masih kompius bagaimana cara nak kira waktu subur yang sebenarnya.

Untuk merancang kehamilan, mengetahui bilakah masanya kita subur adalah sangat penting. Ini antara beberapa tips yang korang bleh praktikkan untuk kenal bila masa subur masing-masing.

1. Kira hari. Selalunya, waktu subur adalah pada hari ke 13-15 (waktu paling subur) lah ni.

So dekat sini memang wajib kene tanda tarikh kedatangan haid tiap-tiap bulan supaya dapat tengok trend period kita tu sama banyak tak harinya.


Macam dalam carta ni, hari ke 14 adalah hari dimana ovulasi berlaku. Jadi sebarang penetration ke dalam faraj boleh sebabkan kehamilan.

Contoh: 23 24 25 26 27 28 29 30 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

Katalah hari pertama keluar haid ialah pada 23hb. So, kalau kira 14 hari, bermakna waktu ovulasi ialah pada 6hb.

2. Tahap libido meningkat.
Apa itu libido? Keinginan syahwat. Jadi kemungkinan ada sesetengah wanita tergedik2 dengan suaminya pada waktu ini, tapi dia sendiri tak perasan. (kihkih boleh tak perasan). Dan boleh jadi juga tahap libido suami juga meningkat pada waktu ini. (Maklumla isteri baru2 lepas period :P )

3. Lendiran faraj
Kalo korang rajin peratikan, ada perubahan pada lendiran faraj selepas kedatangan haid. Jadi, beberapa hari lepas kering darah haid, lendiran faraj berwarna putih susu dan pekat selama beberapa hari.

Apabila tiba waktu subur (bermula hari ke 11 lepas haid), lendiran berubah menjadi jernih (seperti putih telur) dan lebih banyak. Ada kala wanita rasa tak selesa dengan kehadiran lendiran2 ini dan ia sering disalah tafsir sebagai keputihan.

Apakah fungsi lendir jernih ini? Lendir ini ibarat kolam supaya sperma dapat menunggu untuk disenyawakan semasa ovulasi.

Mengikut pembacaan MS, untuk menentukan jantina anak sama ada lelaki atau perempuan, pun kita boleh gunakan lendiran waktu subur ni. MS share dalam entry yang lain lah ye. Panjang tu nak tulis.

4. Suhu badan meningkat
MS kalau tibe waktu subur ni memang perasan suhu dalaman tubuh meningkat. Kadang-kadang bila suami pegang pun dia tegur, kenapa panas ni? Waktu paling mudah nak kesan suhu panas ini ialah pada waktu pagi sebab masih sejuk-sejuk lagi kan.

5. Ujian air kencing
Leceh la sikit tapi kalau dah susah sangat nak tahu waktu subur, boleh la dapatkan alat yg sepatutnya dan buat ujian sendiri.

Sel telur boleh hidup selama 1-2 hari, sebulan sekali sahaja. Wahai sperma-sperma, berusahalah!!

Apa-apa tak faham boleh tanya MS, emelkan ke butik.annajah@gmail.com.

2 ulasan:

  1. byk info tentang produk shaklee. my akak pun pengguna setia shaklee.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow! bagus tu dear hazanis..hanya jauhari mengenal manikam ;)

      Padam