Enter Keyword

Hai semua!

Tiba-tiba semalam MS dapat ilham nak tulis entry dengan tajuk ni. Ye lah sebab fikir-fikir bukan semua orang dapat mencapai berat badan yang diidamkan.

Bukan khusus untuk Shaklee je tapi secara umum.

First of all jangan sesekali kita menyalahkan produk yang kita ambil. Baik Shaklee, Herbalife, Amway ke and whatever yang banyak di pasaran tu. Even you tak makan suplemen pun still boleh kurus sebenarnya.

Suplemen (khususnya Set Slimming Shaklee yang terkenal tu) hanya bertindak sebagai makanan tambahan yang mana dalam proses anda menurunkan berat badan, ia membantu tubuh anda berfungsi dengan lebih baik.

Contohnya Cinch Shake Shaklee yang diperkaya leucine bertindak mengekalkan jisim otot supaya dalam tempoh masa kita nak kurus tu, otot yang terbina membantu membakar lemak lebih cepat. Cinch juga membantu mengatasi rasa lapar berpanjangan.

Manakala Lecithin pula bertindak memecahkan molekul2 lemak tepu dalam badan bersama-sama dengan lecithin semulajadi yang wujud dalam badan (tetapi jumlahnya tidak mencukupi.)

Ok, jom semak kenapa walaupun macam-macam produk kurus yang kita cuba tapi keadaan masih sama, tak kurus-kurus jugak!

1. Tak kawal kalori keluar masuk!

Ni penyakit paling bahaya kalau nak kurus. Sesetengah orang mentafsirkannya sebagai berpantang. Tidak...bukan berpantang. Bila nak kurus, automatik kita kena pastikan kalori yg kita makan kurang berbanding yang di keluarkan. Dah kalau sama je masuk 500, keluar pun 500 bila nak kurus? Bila nak fit??

Nak makan banyak makanla..tapi pastikan makanan yang kita makan tu kalorinya tak banyak. Dan kalau termakan makanan yang banyak kalori, cover la dengan buat senaman lebih sikit supaya lebih lagi kalori dibakar.

2. Kurang pengambilan air kosong

Air kosong sangat penting untuk bantu tubuh bakar lemak lebih cepat. Lagipun air kosong mempunyai 0 kalori! Minumlah banyak mana pun pasti tak gemuk.

Saya sarankan sukat 2-3liter air kosong dan cuba habiskan dalam masa sehari. Customer saya yang memang ikut panduan ni memang berjaya turun berat badan dengan cepat.

3. Malas bersenam

Tak semestinya senaman yang susah-susah. Duduk kat rumah sambil buat kerja rumah pun boleh bakar banyak kalori. Lainlah tidur je tak buat apa-apa memang la gumuks. (Sebenarnya tidur pun kalori terbakar tapi tak banyak)

4. Tak makan langsung!

Ada orang nak kurus tapi dia puasa sepanjang hari. Hoii memang bukan saja kurus tapi silap-silap boleh masuk wad ni.

Makanan membekalkan kalori. Kalori membekalkan tenaga. Makanan juga membekalkan semua nutrien yang penting untuk METABOLISME dan proses BIOKIMIA tubuh kita. Metabolisme rendah, susah nak bakar lemak dan kalori.

Sebab tu orang yang metabolisme rendah susah nak turunkan berat badan.

5. Nak cepat kurus

Sampai sekarang saya masih tak faham sains disebalik "spray spray dan pling! kurus". Kita simpan lemak bertahun-tahun tapi nak kurus dalam masa 10 hari? Mana boleh!

Biarkan tubuh kita menjalankan prosesnya secara SEMULAJADI. Bina otot secara semulajadi, lemak terbuang secara semulajadi dan proses detoks pun berlaku secara semulajadi.

Sebab itu saya sangat-sangat rekemen slimming set Shaklee ni. Dengan syarat IKUT SEMUA panduan yang saya bagi. Saya memang nak bantu anda untuk kurus.



Izinkan saya untuk bantu anda!

p/s: Set Slimming ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Suami saya turut mengamalkannya.

Hubungi MS segera:

Suhaila 013-2369434
fb/ su.annajah
emel butik.annajah@gmail.com
Eh!!

(Copy dari status Facebook saya) ~kes malas nak tulis banyak kali :P

Excited ni nak citer. Tadi sembang-sembang dengan jiran. Dia tahu saya jual Shaklee, lepas tu dia interview saya,

Akak D: Su ada jual vitamin C tak?

Saya: ada kak 

Akak D: hari tu akak pegi facial, tengok orang tu kulit dia cantik je akak tanya dia makan apa. Dia kata makan vitamin C Shaklee. Ni akak nak cuba ni.

Ngehngeh..

Saya pun ajak masuk rumah, bagi dia pamplet dan tunjuk botol vitamin C.

Sembang blablabla...ok, dia nak ambil Vitamin C lepas gaji. 

*************************
Cuma terfikir, orang yang kerja pusat kecantikan pun makan vitamin nak cantik kan?

Inner out beauty. Cantik diluar biarlah cantik dari dalam juga.

*err dan hati pun mesti cantik juga* 

lai lai lai!! Vitamin C Shaklee always hot!!!


**********************************************************************

Tup tup kat facebook keluar pulak gambar ni! (beberapa minit kemudian)


testimoni vitamin C Shaklee

Haa kan dah kata?? Vitamin C Shaklee (of kos!!) memang terbaik untuk kecantikan kulit secara semulajadi!

Tunggu apa lagi, sebelum habis stok cepat-cepat hubungi Mama Su 013-2369434 atau fb/su.annajah

Penghantaran: Seluruh Malaysia

COD area: Seluruh Kuantan

Hai.. rojak pulak tajuk entry ni.. tak pe la kan. Sekali sekala rojak. Lagi pun memang selalu orang tanya

"apa benefit jadi ahli Shaklee ni?"

Soalan rojak, jawapan kena rojak jugak la.. Tak gitu? hihi..

Macam mana nak jadi ahli Shaklee, saya dah tulis dalam entry-entry sebelum ni. Tapi kita imbas kembali secara ringkas camane cara nak join.

1. Yuran keahlian sekali seumur hidup cuma RM75 (termasuk pos RM10).

2. Untuk dapat free membership pula boleh beli barang sehingga 200 uv (lebih kurang RM680).

3. Boleh juga daftar sendiri di branch Shaklee berhampiran dengan menggunakan sponsor ID 868994.

Kalau nak saya tolong daftarkan , boleh emel kepada saya butik.annajah@gmail.com dan memberikan butir-butir peribadi (untuk saya daftarkan dalam sistem online)

Ok, apa faedah/ benefit yang akan anda dapat kalau jadi ahli Shaklee.

1. Dapat beli barang dengan HARGA AHLI which is 25% lebih murah daripada harga runcit.

2. Boleh beli sendiri melalui online, datang ke branch atau minta saya tolong belikan.

3. Setiap bulan, akan ada promosi untuk satu-satu produk, so waktu ni akan dapat harga yg lagi murah untuk ahli. Special untuk ahli saja tau!

4. Jika anda buat belian guna ID sendiri melebihi 150uv pada bulan tersebut, anda layak menikmati bonus pada bulan berikutnya.

Kalau saya berminat nak buat bisnes Shaklee macam-mana pula?

1. Anda boleh terus mempromosi kepada kawan-kawan, sedara-mara atau sesiapa saja tanpa had.

2. Anda akan dimasukkan ke bawah team bimbingan saya dan upline-upline saya yg tidak pernah lokek ilmu.

3. Anda berpeluang menikmati BONUS sehingga 6 angka!

4. Anda berpeluang menikmati BONUS KERETA!

5. Anda berpeluang ditaja untuk menunaikan umrah secara eksklusif atau menikmati percutian tajaan Shaklee!

Rasai keriangan menjadi ahli Shaklee seperti kami!!


Gambar 1: Pertemuan bersama Master yg disayangi (pangkat nenek). Bisnes Shaklee ialah family business, so suami, anak-anak memang turut terlibat secara langsung. Tak perlu susah-susah fikir nak tinggal anak. Best kan??


Gambar 2: Semasa pertemuan grup upline saya di Antan Batura, Tasik Shah Alam. Bisnes ni rileks dan santai jer. Jumpa pun kat restoran, kolam. Boleh bawak sape-sape. Tengok tu baby pun ada.


Gambar 3: Sama la, kat Antan Batura tadi. Sisi lain. Gelap muka sebab terang sangat kat belakang tu.

Apa yang best tentang bisnes ini ialah, ia mengambil konsep pendekatan dunia dan akhirat. Bisnes yang sebenar-benarnya bisnes.

HALAL lagi patuh syariah, InsyaAllah. Kami selalu menekankan kepada semua pengedar supaya menjadi peniaga yang beretika, jujur dan amanah walaupun persaingan sangat sengit.

Alhamdulillah...rezeki Allah itu sentiasa ada.

Nak tahu apa lagi yang best tentang bisnes ini, apa tunggu lagi! Daftar sekarang!! Emelkan ke butik.annajah@gmail.com.

Suhaila 013-2369434
fb/ su.annajah

Hai..

Semua orang terutamanya wanita menginginkan kulit yang gebu, anjal, montok, halus, dan tegang nak-nak apabila usia sudah memasuki angka 30-an.

Tahu tak badan kita ni mula kehilangan kolagen pada usia 25 tahun? Kalau umur dah 30-an agaknya dah berapa percent kolagen hilang dari tubuh kan? Kalau 40-an? 50-an?? Tambah pulak kita ni jenis suka makan benda-benda merapu, lemak tepu, makanan segera, suka berjemur dan memang jenis yg malas nak jaga kulit, lagilah penuaan tu jelas kelihatan.

Tak caya gi cek tengok ada tak garis-garis halus mula kelihatan pada mata, sekeliling mulut, tangan berkedut, kulit dan tak melantun/anjal, kulit dah kurang kemulusan. Yang ada hanya kekusaman dan kesuraman.

Pakai make-up tebal tak aci ye! Mengelat namanya. ahaks!

Sebab tu zaman sekarang ni orang berebut-rebut ambil suntikan kolagenlah, vitamin C lah, botoxlah malah buat plastik surgery untuk buang kedut-kedut.

Kita takde la sampai tahap tu kan? Tak kose nak merisikokan diri untuk nampak cantik lagu tu. Cantik plastik.

Tau tak zaman sekarang orang makan apa??

Kolagen Shaklee!! Ngeh ngeh ngeh..

Ramai orang kata Collagen Shaklee ni mahal. Tak delah!! Amboi kalau handbag, kasut, rege RM500 mampu beli. Kalau untuk kesihatan sangatlah berkira.

Padahal Collagen Shaklee dia punya sangat tulen, high gred punya kolagen. Siap ada clinical test daripada pakar kulit lagi. Ada kawan saya bandingkan harga kolagen Shaklee dengan kolagen company ehem-ehem. Dia kata kolagen dia murah, Shaklee punya mahal.

Of course lah! Cer bandingkan handbeg jenama Birkin dan Coach. Guchi dan LV. Adidas dan Nike. Limau sunqist dan limau Malaysia. Pizza Hut dan pizza pasar malam. Ada beza tak? Mana lebih mahal?? Mana lebih berkualiti tinggi?

Ok, ada pulak yang cakap..ala,,sama je, kolagen jugak!

Hello, tak sama okeh!. Ramuan tak sama, bahan aktif tak sama, sumber tak sama, kesan pun jauh berbeza.

Rata-rata yang makan kolagen memberitahu merasa kesan seawal seminggu. Kulit rasa tegang, lembut and moist jer. Dan sesiapa yang makan kolagen Shaklee memang TAKKAN makan kolagen lain lagi dah!

Yang dah rasa je tahu. Sampai sanggup ulang beli, tak mau cari lain dah!


Ok, tiga kotak Collagen Powder for FREE MEMBERSHIP! Cara pengambilan bagaimana nak bagi Collagen ni berkesan dengan sangat cepat akan saya bagitau bila korang beli daripada saya. Eksklusif ok.. untuk sesiapa yang beli dengan saya jer!

Tengok lah kejelitaan hak milik setiap insan ni. Nak cantik mesti usaha tau.



Satu kotak ada 15 sachet. Bagaimana nak jimat, pun rahsia eksklusif. Berbentuk serbuk halus, mudah larut.


Harga runcit sekotak: RM298 sahaja!

Hubungi: 

Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994

Tengok Shaklee, dalam majalah i-sihat isu berapa entah, lama dah ni. Gabungan terbaik untuk awet muda tanpa suntikan. Vivix , Vita-C Plus dan Collagen Powder!


Hai..Assalamualaikum...

Hmm, pernah tak korang rasa keadaan macam ni:

Sedang duduk atau baring. Kemudian bangun secara tiba-tiba. Terasa kepala berpusing-pusing, pening-pening dan terasa seperti hendak jatuh?

Itu ialah salah satu tanda menunjukkan kita mempunyai masalah tekanan darah rendah dan boleh jadi anemia.

MS selalu sangat rasa macam ni, dan memang pun MS ada masalah mild low blood pressure. Ada ketika kalau berdiri terlalu lama rasa macam nak pitam. Tapi tak pernah pitam lagi setakat hari ni. Pernah rasa pandangan tiba-tiba gelap, tapi cepat-cepat MS duduk. Ini selalu terjadi semasa perhimpunan pagi zaman sekolah-sekolah dulu.


Pernah, ada doktor cek, dia tengok MS punya tekanan darah rendah, dia tanya "memang biasa macam ni ke?" MS angguk je la.. Tak de pulak doktor tu bagi cadangan kat MS suruh makan vitamin ke hape ke.. Dia pun tak tau kot..huhuhu

Ok lah, jom kita baca lebih lanjut tentang masalah tekanan darah rendah ni, mana tau korang pun ada masalah serupa MS kan?

Hipotensi (low blood pressure) ialah keadaan dimana tekanan darah kurang daripada 90/60.

Tekanan darah optimal pula ialah kurang daripada 120/80 (sistolik/diastolik). Sistolik-tekanan dalam arteri apabila jantung berdenyut dan dipenuhi dengan darah. Diastolik - tekanan semasa jantung sedang rehat antara dua denyutan.

Masalah tekanan darah rendah ni bukanlah kronik. Tetapi ia menjadi bahaya apabila terdapat tanda-tanda seperti berikut:
  • kepala pening dan berpusing
  • pitam/pengsan
  • dehidrasi dan dahaga melampau
  • kurang konsentrasi
  • pandangan kabur/gelap
  • loya
  • tubuh sejuk, kulit pucat
  • pernafasan deras
  • lesu dan penat
  • depresi
Bagaimana ia boleh terjadi?

1. Berbaring atau duduk terlalu lama
2. Hamil
3. Penurunan isipadu darah
4. Pengambilan ubat tertentu
5. Masalah jantung
6. Masalah sistem endokrin
7. Jangkitan bakteria pada organ yang memasuki salur darah
8. Tindak balas alergik contohnya terhadap penisilin
9. Misscommunication antara jantung dan otak
10. Kekurangan vitamin tertentu

Hmm..ok apa pulak anemia? Sama ke dengan tekanan darah rendah? Maklumlah dua2 pun libatkan darah.

Anemia pula ialah keadaan dimana darah kita kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin. Hemoglobin pula ialah komponen utama dalam darah yang tugasnya mengikat pada oksigen.

Kalau kita ada banyak sel darah merah yang abnormal, hemoglobin abnormal atau hemoglobin rendah, sel-sel dalam tubuh kita tidak akan mendapat oksigen yang mencukupi.

Ada banyak jenis anemia tapi yang paling biasa ialah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Apa yang menyebabkan anemia?

400 jenis anemia, dan kesemuanya dibahagikan kepada 3 kumpulan utama:-
  • Anemia disebabkan kehilangan darah
  • Anemia disebabkan penurunan/kesalahan dalam penghasilan sel darah merah
  • Anemia disebabkan pemusnahan sel darah merah
Iron-deficiency anemia (Anemia disebabkan kekurangan zat besi)

Sum-sum tulang ditengah tulang memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin. Tanpa zat besi yang mencukupi, badan tak dapat hasilkan hemoglobin untuk sel darah merah. Ini boleh membawa kepada anemia.

Anemia jenis ini boleh terjadi oleh sebab:

1. Diet rendah zat besi seperti kepada bayi, kanak-kanak, remaja, remaja, vegans dan vegetarian

2. Keperluan metabolik contohnya bagi ibu hamil dan menyusu yang sering kekurangan simpanan zat besi

3. Menstruasi

4. Kerap menderma darah

5. Latihan ketahanan

6. Masalah penghadaman

7. Sesetengah ubat, makanan, dan minuman berkafein

banyakkan makan makanan tinggi zat besi

Vitamin-deficiency anemia (anemia disebabkan kekurangan vitamin)

Ini berlaku apabila kekurangan vitamin B12 dan asid folik dalam diet harian. Dua vitamin ini sangat diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah.

Apakah suplemen terbaik untuk kedua-dua masalah diatas??


Apa yang best tentang Set Daily Essential Health Shaklee ini?

1. Lengkap dengan zat nutrisi yang badan kita perlukan iaitu sebagai sumber protein, vitamin, mineral serta lemak yang tulen dan semulajadi

2. Memberi tenaga, memperbaiki sel rosak

3. Membantu membina sel darah merah

4. Ada sumber zat besi dan mineral seperti Vitamin B complex dan Vitamin C 

5. Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan

6. Menstabilkan tekanan darah

7. Menguatkan imun lapisan pertama iaitu kulit dan membran sel

8. Memperbaiki masalah kesihatan seperti gastrik, migrain, stress dan mengimbangi hormon

9. Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah

10. Mencegah penuaan sel dan melawan radikal bebas penyebab penyakit kronik

Set ni memang sangat penting untuk kita ambil setiap hari sebab kita memang kekurangan nutrisi dan makanan berkhasiat. Hidup pun sibuk je memanjang sampai lupa nak jaga kesihatan. Betul tak?

Di samping amalkan suplemen, pastikan:

1. Cukup pengambilan air kosong untuk mengelakkan dehidrasi, dan menggalakkan peredaran darah

2. Cukupkan pengambilan sodium dan pottasium

3. Kurangkan kafein 

Daily Essential Health Set berharga RM390 dan tahan dari 2-4 bulan. Jika berminat mendapatkan set ini, boleh hubungi MS bila-bila masa sahaja. MS akan berikan juga jadual makan supaya dapat kesan yang optimum.

Semoga anda terus sihat agar dapat melakukan semua aktiviti yang di gemari ;)


012-9645614

ID:868994
Pengedar Shaklee Malaysia

*Produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, merawat, mendiagnosis sebarang penyakit. Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat tentang masalah kesihatan anda, segera ke klinik / hospital.