Enter Keyword

Pengakuan Bisnes MLM Shaklee Dan Saya

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, tahun 2017 ini genap lima tahun saya menjalankan bisnes Shaklee secara online atau lebih tepat lagi menggunakan medium Facebook dan blog.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa lama sangat bertahan dengan bisnes Shaklee? Tak bosan ke? Dah la Shaklee ni asyik-asyik kontroversi, asyik-asyik kena kecam. Silap orang, kalau tak tahan tu memang dah lama cabut lari.

Sebenarnya, buat bisnes apa pun, even menjual nasi lemak depan rumah, memang tak boleh nak lari daripada menghadapi saat-saat sukar. Susah senang, jatuh bangun memang adat meniaga. Mana ada bisnes yang tak melalui fasa-fasa merudum sebelum benar-benar berjaya.

Tapi, untunglah saya buat bisnes Shaklee. Hihi.. Ini yang saya nak cerita.

Dulu saya mulakan dengan modal RM75 (termasuk pos). Sekarang dah kena GST, jadi nak daftar kena bayar RM79.50. Alhamdulillah lepas 2-3 bulan meniaga dah pulang modal RM75 ni.

Saya memang mulakan bisnes Shaklee dengan niat nak bisnes, bukan sebab termakan produk dia seperti kebanyakan pengedar yang lain. Tapi, bila dah join, haruslah kena makan produk dia dulu barulah boleh menjual.

Tapi, saya tak makan dulu, saya jual dulu. Eh paham ke apa saya cakap ni.

Produk pertama saya cuba ialah Ostematrix sebab masa tu saya ada masalah sakit pinggang yang teruk sangat (rupanya saya mengandung tapi saya tak tahu dan tak lama lepas tu saya keguguran).

Apabila nak mula menjual mestilah nak tahu maklumat pasal produk. Jadi saya google dan baca blog-blog pengedar Shaklee untuk kutip sebanyak mungkin info.

Saya juga banyak bertanya dengan upline saya. Macam-macam saya tanyakan maklumlah budak baru belajar, kena banyak bertanya.

Saya memang seronok buat bisnes ni sebab banyak sangat benda yang saya belajar. Dari bab bisnes sampai bab kesihatan.

Sebelum ni memang saya tak ambil berat langsung bab-bab kesihatan keluarga. Anak saya batuk sampai saya sesak nafas pun saya tak tau nak buat apa. Teruk betul! Syukur takde perkara buruk yang jadi.

Lebih lama dengan Shaklee, lebih banyak saya tahu dan belajar.

Tapi, korang mesti nak tahu jatuh bangun saya dengan Shaklee kan? Takkan takde kisah sedih? Takkan happy2 je sentiasa?

Bisnes Shaklee sama je macam bisnes lain. Kena bersusah-susah dahulu membina bisnes. Puan Ainon selalu cakap 3 tahun pertama tu tahun puaka bagi pendiri bisnes. Maknanya apa?

Tak kira kita jual tudung ke, produk kosmetik ke, produk makanan ke, tahun-tahun pertama kita akan struggle gila untuk kukuhkan bisnes kita.

Lepas tiga tahun pertama dah ok? Tak. Lepas tiga tahun pertama, angka bungkus tu lagi tinggi. Jadi, kalau korang buat bisnes bukan MLM, jangan nak syok sangat dulu. Lagi pulak kalau buat bisnes jenis ikut trend ni. Lagi cepat bungkus kalau trend dah habis.

Eh, saya bukan doakan. Nak bagitahu realiti kehidupan.

Habis tu, untung ke bisnes Shaklee?

Ni lah nak bagitahu. Shaklee ada produk terbaik. Terbaik bukan setakat dah lebih 50 tahun dalam Malaysia, tapi produknya dah lebih seratus tahun wujud atas muka bumi ini.

Produk Shaklee ada kajian saintis. Kiranya kita dah tak payah nak fikir pasal produk, nak cari bahan, nak buat R&D, biar je Shaklee uruskan semua tu.

Tugas kita bina empayar bisnes kita sendiri je.

Ini yang seronoknya bisnes Shaklee.

Kita cuma fikir macam mana cara nak dapat pelanggan, nak buat sales dan kembangkan team kita. Itu aje.

Nak kembangkan team ni yang tak senang sangat, yang mana ramai orang give up dan cabut buat bisnes lain (padahal lepas tu sama jugak nak kena cari orang jugak jadi agenlah, jadi dropshiplah).

Alhamdulillah..saya masih disini.

Membantu ahli team saya membina bisnes diorang pula. Seronok tengok dari yang jenis malu-malu kini berani buat vlog sendiri, dari buta IT dah boleh bina blog dan dapatkan sales daripadanya, daripada surirumah yang takde pendapatan dah boleh tampung sikit-sikit perbelanjaan keluarga.

Nak berjaya pokok pangkalnya diri kita sendiri.

Dah jumpa peluang terbaik, maka buatlah yang terbaik. Kita dah berada dalam bisnes yang fleksibel, yang tak perlukan modal besar, yang mempunyai produk diiktiraf dan terbukti secara saintifik, yang mempunyai sistem bisnes yang terbaik.

Dah ada dalam Shaklee, kaji betul-betul, tanya mereka yang berpengalaman dan dah lama dengan Shaklee.

Orang dah berjaya, tapi kita gagal, itu bukan salah company tapi memang salah diri sendiri!

Oh, buat korang yang masih tertanya-tanya bisnes Shaklee ni macam mana, saya ringkaskan.

1. Shaklee adalah syarikat nutrisi yang menjual produk suplemen kesihatan terbaik. Boleh baca lanjut Kenapa Saya Pilih Suplemen Brand Shaklee.

2. Modal permulaan cuma pendaftaran ahli sebanyak RM79.50.

3. Tak perlu buat stok menimbun-nimbun sebab Shaklee boleh proses order kita secara online saja terus ke pintu rumah pelanggan.

4. Shaklee menggunakan sistem Multilevel Marketing (MLM) untuk memasarkan produknya. Sebab tu kita tak jumpa Shaklee di jual secara terbuka di farmasi atau drugstore.

Tujuan sistem MLM ni supaya pelanggan / pengguna mendapat maklumat yang cukup mengenai produk contohnya bila kita jadi ahli dan makan produk Shaklee, kita akan sentiasa dapat konsultasi serta khidmat nasihat daripada upline (penaja) kita.

Dengan itu proses menyampaikan maklumat tu lebih mudah dan jelas. Kita boleh tanya upline kita tu macam-macam untuk lebih faham mengenai produk atau bisnes tu sendiri.

Namun begitu, ada juga individu yang menyalahgunakan sistem MLM ini untuk cepat naik pangkat dan cepat kaya. Maka hingga sekarang pun bisnes MLM ini sering disalah anggap.

Boleh baca sini MLM Suci vs MLM Haram jadah.

Kesimpulannya, saya seronok dengan bisnes Shaklee dan saya akan terus membesarkan team saya supaya kami sama-sama dapat menikmati insentif dan bonus yang Shaklee tawarkan.


Ini gambar masa menghadiri National Convention 2016. Tahun 2017 tak pi sebab sarat mengandung. Tahun 2016 ni Adibah Noor jadi MC.


Gambar dengan salah seorang #SLGLeader. Tak aci betul lampu suluh kat dia saya nampak gelap. Ye, Shaklee bisnes yang sangat mesra keluarga. Pergi convention pun boleh bawak anak.

Ok lah panjang dah tulis ni. Nak join team saya, wasap je ke www.wasap.my/60129645614 nanti saya reply.

Salam kejayaan, bai!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan