Enter Keyword

26 Senarai Makanan Untuk Mengecutkan Cyst Dan Fibroid Serta Cara Memasak Yang Di Syorkan Doktor Pakar


makanan mengecutkan cyst
Kredit foto: facebook.com/hamidarshat45
Siapa yang tak cuak kalau tengah sihat-sihat tiba-tiba doktor sahkan kita ada ketumbuhan seperti cyst dan fibroid. 

Bagi wanita benda macam ni sangatlah menakutkan sebab ia boleh menjejaskan kesuburan wanita dan ada yang gagal hamil kerananya. Nauzubillah.

Syukurlah dengan kepakaran dan teknologi perubatan hari ini, banyak ketumbuhan seperti cyst dan fibroid dapat dibuang dan pesakit berjaya hamil.

Tugas kita sebagai wanita sudah tentunya kena menjaga kesihatan sistem reproduktif kita. Jika ada mengesan sesuatu yang tak kena, jangan berlengah, segera jumpa doktor.


Biasanya cyst atau fibroid boleh dikesan pada peringkat awal lagi. Jadi sebelum ia membesar, ada baiknya kita berusaha untuk hilangkan atau sekurang-kurangnya mengecutkan ketumbuhan tersebut.

Di sini saya senaraikan makanan yang bagus dan amat membantu untuk mengecutkan cyst dan fibroid seperti saranan doktor pakar.

Makanan -makanan ini juga berfungsi untuk mengawal dan mengimbangi hormon estrogen-progesteron dalam badan kita.

1. Buah delima
2. Brokoli
3. Kobis dan bunga kobis
4. Sawi dan bayam
5. Minyak zaitun (extra virgin olive oil)
6. Cendawan butang
7. Cendawan shitake
8. Biji anggur (grape seed)
9. Chia seed
10. Organic oats
11. Buahan sitrus (lemon, limau nipis, limau bali)
makanan mengecutkan cyst
buahan sitrus yang bagus di amalkan kerana mengandungi tinggi antioksidan

12. Vitamin C
13. Bawang merah dan putih
14. Kunyit
15. Algae (spirulina / chlorella)
16. Minyak kelapa dara
17. Daun kucai
18. Berry (blackberry, blackcurrant, mulberi)
19. Minyak ikan
20. Lobak merah
21. Keledek 
22. Kekacang
23. Teh hijau tanpa gula
24. Avocado
25. Kurma
26. Makanan fermented seperti tempe, budu, kimchi, yogurt

Sekarang anda sedikit lega kan.

Banyak juga makanan seharian kita yang mampu membantu mengecutkan cyst dan fibroid.

Tapi...

Jika salah cara memasak dan pengambilannya pun tak guna juga.

Cara terbaik penyediaan makanan ialah:

1. Rebus atau steam (kukus)

2. Bakar

3. Makan mentah dan segar

Makanan bergoreng pula perlulah dielakkan!


Apabila cara memasak sudah betul, kena kurangkan pula kemasukan bahan-bahan toksin dalam badan kita. Elakkan juga makanan ini kerana ia mampu mengaktifkan cyst dan menghuru-harakan hormon estrogen kita.

1. Makanan terproses

2. Makanan di awet

3. Makanan dalam tin 

4. Makanan segera

5. Junk food (jajan, makanan ringan)

6. Fast food dan instant food

7. Minuman soda (bergas, berkarbonat)

8. Ayam

9. Daging

10. Semua jenis gula termasuk gula tersembunyi

11. Lemak haiwan

12. Coklat

13. Produk soya GMO

Paling utama ialah, sentiasa amalkan cara hidup sihat, jaga pemakanan, dapatkan berat badan ideal, dan amalkan suplemen dengan betul.

InsyaAllah, bukan saja badan akan sihat tetapi kesuburan juga turut meningkat.

makanan mengecutkan cyst

* Ini bukanlah nasihat perubatan, cuma perkongsian untuk cara hidup yang lebih sihat. Sila jumpa dan berbincang dengan doktor masing-masing ya. =)

Sekiranya berminat untuk berikhtiar sihat dengan suplemen Shaklee, boleh hubungi saya:

-Puan Suhaila-

Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee

Whatsapp (klik)>> www.wasap.my/60129645614

ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan