Enter Keyword

6 Cara Merawat Cyst PCOS Sendiri Sebelum Ia Membesar

Nadia berusia awal 30-an. Sejak beberapa bulan yang lalu, Nadia perasan haidnya mula tidak teratur. Ada masa cepat, ada masa lambat. Kadangkala haidnya sedikit sangat tak seperti selalunya.

Bulan lepas, darah haid keluar terlalu sedikit. Nadia mula risau.

Segera dia berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan. Doktor pula kata itu hanya masalah hormon tak seimbang.

Nadia tak puas hati. Dia ke hospital pula. Apabila doktor buat ultrasound scan, doktor menemui beberapa ketulan cyst yang saiznya agak besar.

Tahulah sekarang apakah punca haid Nadia sebegitu rupa.

vivix untuk cyst

PCOS (polycystic ovary sindrom) atau kita selalu sebut cyst adalah masalah sistem endokrin yang sangat kerap terjadi kepada wanita terutama pada usia reproduktif.

Antara gejala pengidap PCOS sering alami ialah:

  • ovarian cyst
  • period tak teratur
  • jerawat
  • rambut gugur dan menipis
  • berat badan naik
Tiada sebab jelas bagaimana PCOS boleh berlaku tapi saintis percaya ia ada kaitan dengan rintangan insulin dan regulasi hormon.

Nak rawat PCOS perlukan banyak usaha sama ada daripada diri sendiri dan rawatan hospital. Jumpa doktor dan berbincanglah dengan mereka rawatan bagaimana yang boleh mereka beri.

Bagaimana Rawat PCOS Secara Semulajadi?

Ubah pemakanan

Banyak perkara yang perlu diubah dalam diet harian kita. 

1. Berhenti makan makanan terproses, makanan sejuk beku, berpengawet, yang boleh menyumbang kepada berlakunya inflamasi pada sel dan menyebabkan rintangan insulin.

2. Jauhi makanan yang ada gula atau perasa tambahan, hormon dan aditif. 

Sebaliknya banyakkan makan makanan sebenar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh yang tidak diproses, kekacang atau legum. 

Pilih makanan yang organik, bebas pengawet dan perasa tambahan supaya sistem endokrin boleh berjalan dengan lancar untuk mengawal gula darah.

3. Seimbangkan karbohidrat dan protein

Karbohidrat dan protein kedua-duanya memberi impak kepada tenaga dan paras hormon kita. Pengambilan makanan berprotein akan ransang tubuh kita hasilkan insulin.

Makanan yang tidak diproses serta tinggi karbo pula boleh memperbaiki sensitiviti insulin.

Dapatkan sumber protein yang baik seperti protein tumbuhan. Protein tumbuhan (seperti soya) mengandungi hormon yang lebih baik berbanding hormon yang terdapat dalam sumber haiwan.

4. Tambah makanan yang bersifat anti-inflamasi

PCOS adalah keradangan sel. Jadi, makan makanan yang bersifat anti-inflamasi dapat membantu mengurangkan gejala PCOS.

Contoh makanan tinggi bahan anti-radang ialah Omega 3, Omega 6 dan vitamin C.

5. Tingkatkan pengambilan zat besi

Sesetengah wanita PCOS alami period yang terlalu banyak. Ini boleh menyebabkan anemia. 

Banyakkan makan sumber makanan yang kaya zat besi seperti telur, bayam, brokoli.

6. Kurangkan atau berhenti minum kafein

Pengambilan kafein ada kaitan dengan perubahan pada paras estrogen dan tingkahlaku hormon.

Berhenti minum minuman seperti kopi, teh, milo, air berkarbonat dan banyak lagi.

7. Ambil probiotik

Probiotik bukan saja baik untuk sistem penghadaman, malah dikatakan dapat membantu merawat PCOS. Ia mengurangkan inflamasi sel dan mengawal hormon seks seperti androgen dan estrogen. 

Anda boleh ambil suplemen probiotik atau makan makanan probiotik seperti kimchi, dadih, yogurt, susu kultur (pilih yang rendah gula), budu, cencalok, belacan atau makanan yang diperam. 

Turunkan berat badan

Berat badan berlebihan menyebabkan sel mengeluarkan banyak bahan inflamasi. Jika kita turunkan berat badan, kita akan memperbaiki masalah rintangan insulin, period lebih teratur, oleh risiko yang berkait dengan PCOS dapat dikurangkan.

Bersenam

Senaman bagus untuk mengekalkan berat badan sihat juga dapat mengeluarkan hormon gembira. Namun begitu senaman berlebihan juga menyebabkan sel kita mengalami 'trauma'.

Balancekan senaman, lakukan senaman yang tidak terlalu berat seperti yoga, pilates, berenang, berbasikal, berjoging dan aerobik ringan.

Tidur mencukupi

Tidur dapat mengurangkan stress dan membantu regulasi hormon kortisol untuk seimbangkan hormon kita. Tidur yang terganggu atau kurang tidur boleh sebabkan timbunan toksin dan menerukkan gejala PCOS.

Oleh itu cubalah untuk:
  • tidur 6-8 jam sehari
  • masa tidur yang tetap
  • elakkan makanan yang berlemak atau kafein sebelum tidur
Kurangkan tekanan dan stress

Menurunkan stress boleh meransang kortisol. Stress boleh menyebabkan badan kita mengeluarkan toksin berlebihan dan ia boleh berkumpul dan merosakkan sel. 

Cubalah tenangkan diri, kawal stress, kawal emosi, sentiasa berfikiran positif dan jika perlu ambil sumplemen B Complex yang bersifat penenang.

Jauhi xenoestrogen atau endocrin disruptors

vivix shaklee untuk pcos

Xenoestrogen adalah bahan kimia yang boleh mengganggu dan merosakkan tindakbalas hormon semulajadi.

Ia mampu mimik kepada hormon sebenar lalu menyebabkan kekeliruan kepada sistem reproduktif kita. Ini boleh meninggikan risiko PCOS.

Bahan-bahan ini sebenarnya terdapat dengan sangat banyak disekeliling kita dan boleh jadi kita menggunakannya setiap hari. Ini termasuklah:
  • makanan dalam tin
  • sabun pencuci
  • alat mekap
  • skincare
  • dioksin
  • phtalates
  • pestisid dalam buah dan sayur
  • BPA dalam perkakas
  • glycol ethers dan sebagainya lagi.
Seboleh-bolehnya minimakan penggunaan atau lebih baik carilah yang organik dan bebas bahan-bahan berbahaya tersebut.

Jangan risau jika mempunyai cyst atau PCOS. Jumpa doktor dan berbincanglah tentang rawatan yang sesuai. Begitu juga jika anda ingin mengambil apa-apa suplemen atau rawatan alternatif.

Perkara asas perlu dilakukan terlebih dahulu jika mahu sembuh. 

Semoga anda diberi kesihatan yang baik dan dapat segera sembuhkan PCOS. 

-Puan Suhaila-

Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee

Whatsapp (klik) >> www.wasap.my/60129645614

ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan