Enter Keyword

Cara Mencuci Salur DarahTersumbat Dan Berkerak

Ada kawan saya beritahu, semasa beliau berjumpa doktor untuk buat medical check-up, doktor berpesan supaya beliau makan minyak ikan dari awal-awal lagi untuk elakkan salur darah berkerak.


Syukurlah memang beliau ada mengamalkan memakan minyak ikan.

Pasti ada yang tertanya-tanya, salur darah berkerak tu macam mana?

Perkataan 'berkerak' tu cuma nak bagi senang faham. Istilah yang betulnya adalah 'plak'.

Plak ni adalah 'kekotoran' yang melekat pada salur darah. Ia mungkin terdiri daripada sel lemak, kolesterol LDL atau juga trigliserida.

Plak atau kerak yang menimbun dalam salur darah boleh menyebabkan salur darah kita jadi sempit dan peredaran darah boleh terganggu.

Jika tidak di kawal, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kerana otot jantung kita terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat untuk menghantar darah ke seluruh badan.

Apa yang paling kita takuti ialah, ia juga berupaya menyebabkan serangan strok!

Strok berlaku apabila salur darah kita sangat sempit dan tak mampu lagi nak tampung isipadu darah lalu pecah. Salur darah boleh pecah di mana-mana bahagian.

Apabila salur darah di dalam otak yang pecah, ia boleh sebabkan kerosakan otak (brain damage) dan berisiko kematian. Nauzubillah.

Jadi, bagaimana kita nak cegah daripada berlakunya timbunan kerak atau plak dalam salur darah kita?

1. Hadkan makan makanan yang tinggi lemak seperti lemak trans yang biasa wujud dalam makanan bergoreng.

Lemak trans ni adalah lemak ciptaan manusia. Banyakkan makan lemak yang wujud secara semulajadi seperti lemak Omega 3 yang wujud dalam kekacang, ikan, serta Omega 6 dalam tumbuhan.

Minyak zaitun dan minyak kelapa adalah lemak baik.

2. Hadkan penggunaan garam

Garam berlebihan boleh sebabkan salur darah kita mengeras kerana ia menyerap air.

Salur darah yang keras dan tak fleksibel menyukarkan pengaliran darah.


Gunakan garam lebih sihat seperti garam bukit namun begitu hendaklah juga di kawal jumlahnya.

3. Banyakkan makan fiber atau serat

Makanan tinggi serat sangat bagus di makan kerana ia berupaya 'memerangkap' lemak-lemak dan koleaterol LDL dan menyingkirkannya keluar melalui najis.

4. Banyakkan makan buah dan sayur yang tinggi kandungan antioksidan.

Selain kaya serat, buah dan sayur mengandungi pelbagai zat seperti vitamin dan mineral yang dapat mencegah keradangan salur darah dan sel.

Antioksidan mencegah sel kita daripada teroksida, mencegahnya daripada rosak dan membantu sel dalam badan kita berfungsi dengan lebih baik.

5. Pengambilan air kosong yang cukup.

Air kosong ada effect mencairkan darah selain ia bertindak sebagai agen detoksifikasi yang bagus dengan menyingkirkan toksin melalui air kencing.

Salur darah yang dipenuhi dengan timbunan plak memang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Pergi klinik atau hospital, buat ujian darah untuk ketahui tahap tekanan darah, paras kolesterol sama ada selamat atau tidak.

Mencegah sudah tentunya lebih baik daripada merawat kerana kerosakan dalam badan kita biasanya tiada tanda yang ketara sehinggalah di peringkat lewat.

Bagi anda yang nak menjaga kesihatan, bolehlah mengamalkan suplemen semulajadi daripada Shaklee.

Saya cadangkan anda mengambil Vivix, Omega Guard dan Alfalfa Complex Shaklee.


Vivix adalah minuman yang kaya dengan polifenol dan mempunyai kuasa antioksidan yang sangat tinggi.

Omega Guard pula ialah minyak ikan tulen dengan 7 spektrum asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA yang sangat penting untuk salur darah yang sihat.

Alfalfa Complex adalah raja segala tumbuhan yang sangat kaya nutrisi dan serat serta dapat mengurangkan risiko salur darah tersumbat.

Set ini berharga RM713. Sekiranya berminat dan ingin menikmati penjimatan berganda, anda boleh hubungi saya.

InsyaAllah saya akan berikan konsultasi yang eksklusif untuk pelanggan saya.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.

-Puan Suhaila-
Whatsapp (klik) >> www.wasap.my/60132369434
Certified Shaklee Distributor
ID: 868994

*Produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, merawat, mendiagnosis, atau mengubat sebarang penyakit. Ia membantu mempertingkatkan tahap kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan