Enter Keyword

Insiden Serangan Pengganas Di Christchurch, New Zealand

Assalamualaikum wbt.

Tersentak rasa hati di tengah hari Jumaat semalam, tiba-tiba lalu berita mengenai serangan di masjid di Christchurch dalam facebook.

Di kebanyakan tempat, ramai orang awam meletakkan bunga di masjid sebagai simbolik sokongan mereka kepada mangsa serangan. Lelaki dalam gambar ini pula mengambil tindakan menjaga di luar masjid semasa tengah solat. 

Lepas tu ada pula kawan share link videonya dalam grup Whatsapp dan saya pula pergi tengok.

Tak sanggup nak tengok sampai habis, cuma sampai pengganas keluar daripada masjid je.

Terus rasa geram, marah, sedih bercampur-baur. Geram je nak maki dan sumpah2 masa tu. Menyesal betul tertengok video tu. Nak solat Zohor pun rasa tak tenang. Terbayang-bayang 😓.

Allahuakbar. Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Hampir 49 orang meninggal dunia kalau tak silap dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Bila tak lama lepas tu baca si pengganas dah kena tangkap, legalah sekejap. Alhamdulillah.

Sebenarnya saya yakin, ia tak berhenti disitu.

Ada sesuatu yang lebih besar lagi di belakangnya. Wallahua'lam.

Apapun kita doakanlah semoga seluruh umat Islam di pelihara dan dilindungi Allah.

Hasbunallah wa nikmal wakeel.

Sedih-sedih pun kita kena redha. Ini qadak dan qadar dari Allah.

Allah kata jadi, maka jadi lah.

Allah tahu apa yang berlaku.

Dan kita mesti ingat, jika mereka membuat perancangan, Allah juga merancang. Dan sesungguhnya perancangan Allah yang paling baik. - Surah Ali 'Imraan ayat 54.

Sebagai umat Islam, kita kena teguhkan iman kita.

Follow rapat-rapat Al-Quran dan Sunnah. Didik anak kita supaya jadi hamba Allah yang taat.

Usaha sungguh-sungguh jadi umat terbaik. Jadi hamba yang paling banyak menyumbang kepada agama dan ummah.

Kita dah di akhir zaman. Anything can happen.

At the end of the day, kepada Allah jualah kita akan di kembalikan.

Sekian, my random thought.

#prayfornewzealand

Tiada ulasan:

Catat Ulasan