Ketahui 3 Punca Utama Jeragat Pada Wajah
Assalamualaikum.
Semasa membelek wajah di cermin, ada satu tompok kecil kelihatan bawah mata saya.
Umur macam saya ni, walaupun baru 30-an (semasa entry ini di tulis), memang lah risau sangat dengan wajah yang dah mula berubah walaupun kecil.
Saya bukanlah seorang yang beauty concious sangat. Tapi kalau dah hari-hari membelek muka, mesti kita nampak apa yang timbul apa yang hilang. Betul tak?
So hari ni saya nak cerita pasal jeragat. Sebenarnya jeragat mungkin dah muncul masa usia kita 20-an tapi belum sangat ketara.
Sebenarnya, apa itu jeragat? Dari mana dia datang?
Kulit kita ni ada tiga lapisan. Epidermis, dermis dan lapisan paling bawah hipodermis.
Pada lapisan epidermis, ada sel yang dinamakan melanosit. Melanosit ni tujuan dia untuk hasilkan melanin iaitu pigmen kulit yang memberi warna pada kulit kita.
Orang berkulit gelap bermakna kulit dia menghasilkan banyak melanin berbanding orang berkulit cerah.
Melanin ni sebenarnya berfungsi melindungi kulit kita daripada sinar UV. Sinar UV ni bukan saja boleh sebabkan kulit kita mengalami penuaan pramatang, bahkan mampu menyebabkan kanser kulit.
Jeragat berlaku apabila melanin di sesuatu kawasan pada muka di hasilkan terlalu banyak (overproduce), serta di terukkan lagi oleh faktor luaran seperti cahaya matahari.
Tiga punca utama jeragat
Ada banyak faktor yang menyebabkan jeragat begitu ketara di wajah seseorang.
Antara faktor tersebut ialah sebab genetik, obesiti, pemakanan yang tak sihat, selalu terdedah kepada matahari, faktor hormon dan banyak lagi.
Namun begitu, pakar kulit menjelaskan tiga sahaja punca utama masalah jeragat. Apa dia?
Teruskan bacaan...
Punca 1: Cahaya matahari
Seperti yang disebutkan di atas tadi, melanin ni berfungsi untuk melindungi kulit kita dari sinar UV.
Maknanya setiap kali kita kena matahari, melanin akan dikeluarkan. Lepas bertahun-tahun, of coz makin banyak melanin di hasilkan untuk melindungi kulit kita.
Apabila kita berjemur, kulit akan jadi gelap (tanned). Ini sebenarnya adalah mekanisme self-defense. Tapi semakin lama ia merosakan kulit.
Mulalah terbentuk kelompok berwarna gelap atas kulit kita.
Sinar UV ni boleh tembus tingkap rumah atau tingkap kereta.
Makesure kita pakai sunscreen (seeloknya dimulakan dari awal remaja) untuk elakkan jeragat muncul 10-20tahun lagi.
Punca 2: Hormon
Jeragat sebab hormon pula biasanya muncul semasa atau selepas kehamilan atau juga apabila seorang wanita itu mula makan pil perancang.
Jeragat sebab hormon ni kita panggil melasma.
Melasma ni akan jadi teruk apabila terdedah kepada cahaya matahari.
Punca 3: Post-inflammation hyperpigmentasi
Apabila muka kita naik jerawat atau terkena apa-apa luka, ia akan meninggalkan parut hitam.
Ini juga di kategorikan sebagai jeragat tetapi lebih mudah untuk di hilangkan.
Bila muka kita bengkak, itu adalah self-defense mechanism kulit melawan jangkitan dan kecederaan.
Tidak di nafikan, jeragat adalah masalah kulit yang paling liat nak di hilangkan.
Nak tahu kenapa?
Baca entry saya seterusnya ya. Atau boleh search keyword jeragat 😊.

-Puan Suhaila-
Youth Skincare Beauty Consultant
Certified Shaklee Distributor
ID: 868994
Tiada ulasan:
Catat Ulasan