Enter Keyword

Cara Mengawal Dan Mengatasi Gejala HIPERTIROID Secara Semulajadi

 Assalamualaikum wbt.

Lately banyak pula dengar orang mengalami masalah berkenaan tiroid terutamanya hipertiroid. Sebelum saya cerita banyak, jom kita kenal dulu masalah apakah sebenarnya tiroid ni. 

Percayakah anda, dianggarkan 1 dalam 8 orang wanita akan mengalami gangguan tiroid sepanjang hidup mereka? Secara umumnya, golongan wanita yang lebih ramai mengalami masalah tiroid berbanding lelaki.

Apa itu tiroid?

Tiroid adalah kelenjar berbentuk seperti rama-rama di bawah leher kita yang berfungsi menghasilkan hormon yang bertanggungjawab untuk memberi tenaga kepada organ badan, mengawal metabolisme, degupan jantung, suhu badan, mood dan sebagainya. 

kredit foto: islamituindah.com

Apabila ada gangguan pada tiroid, ada dua keadaan yang akan berlaku: hipotiroid dan hipertiroid.

Hipotiroid:

Hipotiroid adalah keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif menghasilkan hormon untuk keperluan badan yang secukupnya. 

Antara gejalanya, anda akan merasa keadaan yang lemah, selalu letih, murung, kerap sembelit, selalu rasa sejuk, kurang berpeluh, otot lemah, kolesterol tinggi, degupan jantung yang perlahan dan sebagainya. 

Hipertiroid:

Hipertiroid pula adalah keadaan dimana kelenjar tiroid terlalu aktif menghasilkan hormon tiroid. 

Antara gejala hipertiroid adalah: mudah gugup, berpeluh, menggeletar, degupan jantung yang laju, penurunan berat badan, sensitif pada panas, mata yang menonjol, menstruasi tidak regular, rambut gugur dan nipis, bengkak pada leher (goiter), wanita mudah keguguran dan sebagainya. 

Punca hipotiroid dan hipertiroid ada banyak. Berjumpalah dengan doktor anda untuk diagnosis yang tepat.

Kredit foto: Fb AIA Malaysia

Rawatan kepada penyakit ini bergantung kepada diagnosis doktor anda. Ada yang memerlukan ubat, ada juga yang memerlukan radioterapi, atau juga pembedahan. 

Penyakit berkenaan tiroid ini memerlukan penjagaan seumur hidup. Ia adalah penyakit yang ada risiko untuk berulang semula.

Cara Mengawal Dan Mengatasi Gejala HIPERTIROID Secara Semulajadi

Di samping rawatan hospital, ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mengawal gejala hipertiroid daripada terus mengganggu kehidupan dan buat kita rasa tak selesa.

1. Berhenti merokok

2. Elakkan makanan tinggi kandungan iodin seperti garam beriodin, makanan laut, produk tenusu

3. Kurangkan makan daging merah

4. Kurangkan makan produk gandum seperti roti, pastry, pasta

5. Elakkan kuning telur

6. Elakkan produk berasaskan soya

Pengambilan suplemen sangat penting ini kerana nutrisi yang betul dapat membantu mengawal dan mengurangkan simptom hipertiroid. Namun begitu, elakkan suplemen yang ada kandungan iodin. 

Suplemen Shaklee Untuk Hipertiroid

B Complex - memperbaiki sistem imun dan kelenjar tiroid, mengurangkan gejala penat, letih, mengantuk, memelihara saraf

Vitalea - bekalkan vitamin dan mineral lengkap kepada badan

Vitamin C - menguatkan imun, mengurangkan stress

Omega Guard - memelihara dan mengawal hormon, mengatasi radang atau bengkak

Ostematrix - sumber mineral seperti kalsium, magnesium dan sebagainya untuk menjaga dan memelihara saraf

Vivix - melindungi sel, memperbaiki kerosakan sel, beri tenaga kepada sel

Oleh kerana semua orang hampir ada risiko untuk mendapat masalah berkaitan tiroid, seeloknya buatlah ujian tiroid jika berusia 35 tahun keatas lebih-lebih lagi jika badan anda mula menunjukkan gejala. 

Masalah berkaitan tiroid perlu rawatan hospital dan dipantau oleh doktor. Rawatan semulajadi pula membantu anda mengurus dan mengawal gejala tiroid.

Paling penting ialah jaga pemakanan, selalu bersenam, amalkan cara hidup sihat, berhenti merokok, kawal stress, insyaAllah fungsi tiroid akan kembali normal.


.

Entry seterusnya >> Testimoni Shaklee Untuk Hipertiroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan