Enter Keyword

Punca BUASIR

Sejak kebelakangan ini, saya kerap bertemu dengan kes buasir daripada rakan dan saudara mara. Nampaknya, masalah kesihatan berkaitan usus tak pernah habis-habis. 

Jom kita tengok, apakah sebenarnya punca buasir ni.

Apa itu buasir? 

Buasir itu adalah satu kedaan dimana salur darah vena di bahagian bawah rektum dan dubur menjadi radang atau bengkak. 

Ia dikasifikasikan oleh dua keadaan iaitu dalaman dan luaran. Kedua-duanya mempunyai gejala dan masalah yang berbeza.

1. Buasir Dalaman

  • salur darah vena bengkak di lapisan dalam rektum
  • pesakit akan mengalami pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan
  • mungkin ada unjuran yang terkeluar daripada dubur selepas membuang air besar
  • unjuran ini boleh hilang dengan sendiri dan ada juga yang perlu ditolak balik ke dalam
Kredit image: American Society Of Colon And Rectal Surgeons



2. Buasir Luaran
  • berlaku pada salur darah vena bahagian bawah kulit, luar daripada dubur
  • pesakit mengadu sakit, berdarah, gatal, bengkak semasa buang air besar
  • kesakitan mungkin berbeza; ada yang sedikit tak selesa, ada yang rasa panas dan amat pedih
  • sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku
Punca Buasir

Buasir boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur dan jantina. Namun begitu, ia selalu dilihat pada orang dewasa yang berusia lebih 30 tahun serta wanita mengandung

Selalu meneran semasa buang air besar dikatakan ada kaitan dengan buasir.

Kawan saya yang hamil, turut pernah mengalami buasir. Bagi wanita mengandung, berlaku tekanan pada bahagian dubur akibat daripada kandungan yang kian membesar. Ia juga boleh disebabkan perubahan hormon.

Wanita hamil selalu sembelit, ini menjadikan buasir lebih parah.

Beberapa keadaan lagi boleh memberi tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur lalu menjadi punca buasir. Antaranya,

  1. Berat badan berlebihan / obesiti
  2. Kerap berdiri dalam jangka masa yang lama
  3. Selalu mengangkat benda berat
Jika pada ketika ini anda sedang mengalami buasir yang teruk, ada bengkak serta pendarahan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pastikan pendarahan itu benar-benar disebabkan oleh buasir atau keadaan yang lebih teruk seperti ulser dan kanser usus!

Jangan takut untuk berjumpa doktor ya, kerana doktor akan lakukan diagnosis dengan tepat dan jika benar ia hanya buasir, insyaAllah ia boleh dirawat dengan cepat. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan