Enter Keyword

Produk Shaklee Untuk BATU KARANG HEMPEDU (Gallstones)

Pernahkah anda mengalami senak pada bahagian ulu hati selepas setiap kali anda makan makanan berlemak, terasa mual dan mahu muntah?

Ada kemungkinan anda ada masalah dengan hempedu. Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui sama ada anda mengidap batu karang hempedu atau tidak. 


Apa itu HEMPEDU?

Kredit foto: colombiaasia.com

Hempedu adalah organ yang kecil terletak disebelah organ hati. Ia berbentuk seperti buah pear, boleh juga diibaratkan seperti sebuah kantung yang menakung  cecair hempedu (bile) yang dihasilkan oleh hati.

Hempedu berfungsi untuk:

  • menyimpan cecair yang dihasilkan oleh hati iaitu 'bile'
  • Bile ialah cecair hijau coklat yang bersifat alkali, berperanan dalam proses penghadaman lipid iaitu molekul paling kecil untuk lemak
  • Bile dihasilkan oleh hati secara berterusan dan ia akan disimpan  dalam hempedu sehingga menjadi pekat
  • Apabila makanan memasuki usus, bile akan dirembeskan  kedalam sistem pencernaan  untuk membantu penghadaman lemak
  • Ia juga turut membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu A,D,E,dan K
  • Sifat alkali bile akan meneutralkan makanan yang berasid daripada perut dan juga akan turut memusnahkan bakteria-bakteria yang ada dalam makanan!
  • Semasa seseorang tu tidak makan, kantung hempedu akan mengumpul bile supaya menjadi pekat. Apabila kita makan, hempedu akan mengecut dan merembeskan bile untuk bercampur dengan makanan.
  • Selepas beberapa jam, kantung hempedu akan kembali mengembang, bile akan diisi semula. 

Bagaimana BATU HEMPEDU Terjadi?

Batu karang hempedu atau sering disebut batu hempedu adalah keadaan yang disebabkan oleh  pengumpulan bahan-bahan seperti kolesterol, kalsium, garam bilirubin dan juga benda asing seperti jangkitan parasit  atau bakteria dalam kantung hempedu.

Bahan-bahan ini akan membentuk ketulan-ketulan seperti batu pelbagai saiz.

Ada dua jenis batu hempedu iaitu; batu hempedu kolesterol dan batu hempedu pigmen

1. Batu Hempedu Kolesterol

  • Paling biasa dialami oleh kebanyakan orang (80% kes batu hempedu)
  • Selalunya berwarna kuning kehijauan
  • Faktor genetik dan semulajadi  yang menyebabkan bile mengandungi kandungan kolesterol yang pekat
  • Batu ini terdiri daripada kandungan kalsium, palmitate, garam bilirubin
2. Batu Hempedu Pigmen

Ada beberapa jenis
  • batu hempedu pigmen hitam - terhasil daripada proses hemolisis daripada darah, mengandungi kalsium bilirubinate
  • batu hempedu pigmen coklat - terjadi disebabkan jangkitan bakteria atau parasit
  • batu hempedu bercampur - terhasil daripada campuran pelbagai jenis bahan

Batu hempedu, jika tidak diuruskan dengan baik, kejadian 'acute cholecystitis' boleh berlaku iaitu kesakitan yang berlaku secara mendadak  pada bahagian ulu hati  atau pada bahu kanan. Ini juga bermakna dinding hempedu anda telah mengalami keradangan.

Seramai 20% pesakit akan menunjukkan gejala manakala selebihnya, penyakit batu hempedu tidak menunjukkan sebarang simptom, dan hanya boleh diketahui melalui ujian ultasound dan X-ray.

Antara simptom yang biasa ditunjukkan ialah:

>> senak pada ulu hati

>> berlaku selepas pesakit ambil makanan berlemak

>> pesakit akan berpeluh, mual-mual dan muntah

>> sakit mendadak pada bahagian abdomen

>> sakit belakang antara tulang belikat

>> demam

>> jaundis, mata berwarna kuning

Rawatan batu hempedu bergantung kepada pelbagai faktor. Selain di beri ubat, pesakit kemungkinan juga akan dibedah. Berjumpa dan berbincanglah dengan doktor anda. 

Untuk mengelakkan terjadinya pengumpulan batu dalam hempedu, sentiasalah menjaga pemakanan kita. 

  • Kurangkan makanan berkolesterol tinggi
  • Kurangkan makanan terproses
  • Kurangkan makanan tinggi gula
  • Kurangkan mengambil makanan dengan bahan tambahan sintetik dan aditif
  • Kurangkan sumber protein haiwan
  • Lebihkan sumber protein tumbuhan
  • Lebihkan makan sumber serat seperti buah-buahan, sayur, bijirin penuh
  • Banyakkan bersenam
  • Kerap berpuasa
  • Minum air kosong secukupnya (8 gelas sehari)


Produk SHAKLEE Untuk BATU KARANG HEMPEDU

Pengambilan suplemen semulajadi dapat membantu anda menguruskan masalah batu hempedu dengan lebih baik. 

Vivix Shaklee 

Berfungsi memberi tenaga kepada sel, melindungi sel daripada rosak dan memperbaiki kerosakan sel, menguatkan imun.

Omega Guard

Berfungsi memecahkan lemak dan lipid, mengurangkan kolesterol, mengurangkan keradangan sel, menguatkan imun.

DTX Complex

Herba semulajadi berfungsi sebagai agen detoksifikasi hati, menjaga kesihatan hati, meransang pengaliran hempedu, membantu penghadaman, mencegah batu karang hempedu, mengurangkan pembentukan toksin pada organ hati dan hempedu.


Testimoni Produk Shaklee VS Batu Hempedu 

Testimoni 1.


[ BATU HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG ]


Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pedih yang amat di bahagian ulu hati, abdomen depan dan belakang sehingga hanya mampu merengkot di atas katil menahan sakit.

Apa sahaja makanan yang masuk akan dimuntahkan. Badan jadi lemah tak bertenaga. Saya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti rehat.

Ketika itu juga saya baru disahkan mengandung anak ke-3. Doktor mengandaikan perubahan hormon yang menyebabkan gastrik menyerang. Saya diberikan ubat cecair berwarna putih untuk masalah gastrik dan angin. Paracetamol juga dibekalkan sebagai penahan sakit. Doktor juga berikan saya cuti sakit selama beberapa hari.

Setelah habis ubat, sakit masih belum reda. Saya dibekalkan lagi doktor ubat yang hampir sama serta disambung cuti sakit beberapa hari. Keadaan berulang sehingga habis 3 botol ubat cecair putih tersebut.

Suatu hari, kebetulan saya ada temujanji di Klinik Ibu dan Anak untuk pemeriksaan rutin ibu hamil. Jururawat yang bertugas menegur tentang mata saya yang kelihatan kuning. Sebenarnya saya ada perasan perubahan tersebut, tetapi tidak mengambil serius kerana kurang pengetahuan.

Setelah itu, saya dirujuk kepada pakar perubatan. Rupanya beberapa simptom yang telah saya alami sebelum ini adalah petanda masalah hati. Simptom tersebut termasuklah gatal-gatal di seluruh badan, najis pucat dan air kencing berwarna gelap. Pemeriksaan ultrasound mengesahkan saya ada batu dalam hempedu sebesar hampir 1cm.

Doktor cuma nasihatkan saya mengawal pemakanan dan ambil paracetamol sekiranya sakit menyerang. Rawatan lanjut samada pembedahan atau laser tak digalakkan pada awal kehamilan. Sebaiknya tunggu selepas bersalin.

Saya memutuskan untuk ikhtiar cara lain sementara menunggu temujanji seterusnya. Sebenarnya saya tak tahan menanggung sakit yang berulang-ulang. Tak mungkin saya boleh bertahan dengan ubat tahan sakit semata-mata. Lagipun memang saya tak biasa amalkan Paracetamol sebelum ini.

Setelah buat pembacaan, kajian dan merujuk pada mereka yang lebih arif, saya mula mengambil makanan tambahan Shaklee iaitu Lecithin, Omega Guard, Vita-C, OsteMatrix, Alfalfa, DTX Complex dan Vivix (selepas bersalin). Saya juga amalkan diet dan petua alternatif menggunakan pemakanan yang sesuai.

Alhamdulillah.. hanya beberapa hari selepas mulakan suplemen, simptom Jaundice mulai hilang diikuti dengan reda gatal-gatal, najis dan air kencing kembali normal. Sejak itu saya tak lagi diserang sakit abdomen seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun saya teruskan semua suplemen sehingga selamat bersalin.

Selepas pantang, saya dirujuk semula kepada doktor. Syukur sangat bila didapati batu hempedu telah mengecut sebanyak 2mm. Doktor setuju untuk saya meneruskan usaha alternatif tanpa rawatan lanjut.

Kira-kira setahun kemudian, saya kembali hamil. Sekali lagi kerisauan mengenai serangan batu hempedu menghantui saya. Apabila buat pemeriksaan ultrasound, saya amat terkejut bila doktor memaklumkan bahawa hempedu saya sangat bersih dan tiada batu. Hanya ada sedikit saja 'sludge' yang normal.

Alhamdulillah... Saya sangat gembira kerana dapat kembali sihat tanpa ubat dan pembedahan. Sekarang saya tidak teragak-agak untuk terus amalkan Shaklee sebagai langkah pencegahan dari masalah ini berulang kembali.

Cukuplah sekali saya melalui pengalaman menyakitkan itu. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah batu dalam hempedu seperti saya.

Terima Kasih.


Testimoni 2

[ Batu Dalam Hempedu Dah Tinggal 1 ]

Bulan lps ada sorang cust order sebotol Vivix dan Performance Drink utk ayahnya yg sakit sbb ada batu dlm hempedu.

Lps raya tempohari, si anak yg bekerja di Perak pulang ke kg dan cdgkan pd ayahnya suplement td lps dia google dan cari info mengenainya Vivix. Ms tu dia dtg ambik Vivix di rumah akak.

Alhamdulillah.. Tgri td dpt wassap dr si anak. Nak beli sebotol lg vivix utk ayah.. Sbb katanya batu dlm hempedu ayah dah hilang 1, tinggal 1 je lg. Si anak minta akak hantarkan vivix pd ayahnya yg berniaga cendol sblh Perodua Gong Badak.

Ptg td akak pun g lah ke gerai pakcik ni. Ms akak sampai pakcik ni tgh berehat kat van. Teruslah akak tegur dan bgtau bhw anaknya minta hantarkan vivix.

Pakcik ni pun bercerita yg batu dlm hempedu dia ada 3 sblm ni, dr ckp nak operate bln 9 tp ms tu dia sakit..dia rs lama sgt nak tgu bulan 9..sbb tu dia minta anak cari ubat atau suplemen apa yg sesuai.

Alhamdulillah.. Lps sebotol minum, pergi scan hilang dah 2bj batu. Dia pun call si anak bgtau berita gembira dan nak repeat order. Hasrat asal si ayah minta no contact akak nak dtg rumah beli direct. Rupanya si anak dh tlg byrkan tinggal akak hntr je.

Mmg pakcik ni sgt puas hati dgn kesan yg dia dpt. Syukur.. Akak sgt gembira dgn feedback dr pakcik Din Cendol ni. Sblm balik sempat bungkus 2 cup cendol pakcik ni. 😍

**************

Testimoni 3



Testimoni 4



Testimoni 5


Sebarang pertanyaan dan info lanjut, hubungi saya:

Puan Suhaila


ID 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan