Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Assalamualaikum wbt.

Hai semua. Lama dah saya tak share resepi. Bukan tak masak. Cumanya balik balik masak yang ituuu je. Tak de resepi menarik.

Baru-baru ni masa shopping beli barang dapur, saya jumpa siput sedut. Terus teringat gulai lemak mak mertua buat beberapa tahun dulu.

Kredit foto : Facebook Siput Sedut Segar

Sedapnya Ya Allah. Kalau korang nak tahu, masa tu lah kali pertama saya pandai sedut siput.

Sebelum-sebelum tu, saya berlakon je sedut padahal cuma sedut kuah je. Hahaha lepas tu frust tak dapat nak menikmati siput macam orang lain.

Jadinya, masa MIL buat tu, gigih saya belajar sedut siput. Dan akhirnya berjaya! Now insyaAllah dah terer 😁.

Ok la korang, jom la kita ke resepi. Bebel banyak banyak nanti lapar.

Oh anyway, ini resepi gulai orang Pahang tau. Orang Pahang memang pakai bawang. Berbeza dengan orang nismilan buat gulai tak pakai bawang. Jangan buat pelik pulak.

Bahan yang perlu disediakan:

Sepeket siput (boleh guna siput sungai atau siput laut)
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili api 5-6 ulas (bergantung kepedasan yang korang suka)
2 batang serai
Kunyit hidup
Daun kunyit 1 helai
Daun kaduk 10 helai (boleh juga guna pucuk paku)
Santan pekat semangkuk
Asam keping 1

Cara bersihkan siput:

Rendam dalam air paip. Sambil tu encik suami saya tonyoh2 dengan pelepah lengkuas. Korang boleh guna pelepah pisang. Tonyoh sampai bersih berulang kali untuk buang lumpur2.

Lepas tu, buangkan belakang siput yang runcing tu. Sama ada guna parang, playar atau apa2 lah asal boleh potong. Kalau tak buang, confirm tak boleh sedut.

Dah siap semua, rendam lagi dalam air semalaman. Saya campur garam kasar sebab ada baca petua untuk kurangkan hanyir.

Pastikan tutup bekas dengan benda berat, kalau tak pagi esok siput angpa dah hilang kemana melarikan diri hahah. Satu hal plak nak mengutip sekoq2.

Kredit foto: Ahli MAHN

Ok. Hari baru dah menjelma 😆. Saya perah santan sesiap dan hampas nyoq tu gaulkan dengan siput2 tu biar meresap segala lumpur dan bau hanyir. Bilas bersih-bersih.

Cara masak:

1. Tumbuk lumat bawang, cili, kunyit hidup. Kemudian titikkan serai.

2. Dalam periuk atau kuali, masukkan segala bahan tumbuk dan santan. Hidupkan api.

3. Sehingga hampir mendidih, masukkan siput dan dedaunan semua.

4. Keep on kacau jangan bagi dia membuak dan pecah minyak. Sesambil tu masukkan garam dan asam keping.

5. Dah menggelegak, dah masak, dah layu semua daun maknanya siap la tu.

Nah saya payung gulai lemak saya.



Amacam? Nampak sedap tak?

Memang sedap pun! Aroma daun-daun tu perghhh!

Ok selamat mencuba dan selamat menyedut!

Alhamdulillah, hujung minggu baru ni, akak berkesempatan buat keropok lekor sendiri.

Jiran sebelah bagi ikan selayang banyak sangat sampai nak makan pun dah tak lalu. Nak masak apa pun tak tau dah. Budak-budak dalam rumah ni bukannya makan pun.

Tiba-tiba tercetus dalam kepala akak ni ilham untuk buat keropok lekor.

Akak pun apa lagi, cepat-cepat search resepi dekat fb. Akak jumpa banyak juga resepi, cara buatnya lebih kurang je, cuma tolak tambah bahan yang kita tak mau guna.


Dengan excitednya akak bagitahu suami, dia pun semangat juga pi cari bahan. hihihi..

So, inilah akak share resepinya dengan korang.

Nanti musim ikan murah,  atau tiba-tiba ikan jatuh dari langit, bolehla korang buat keropok sendiri. Lebih terjamin kebersihan dan kesihatannya gitew.

Resepi Keropok Lekor Homemade

Bahan:

Ikan fresh (tak kisah nak guna ikan apa. Kembung boleh, selayang boleh)
Tepung ubi kayu
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Serbuk penaik sikit (taknak tak payah)

Cara buat, follow gambar di bawah ni:


1. Ambil isi ikan. Isinya saja tau, tulang semua buang. Akak nasihatkan korang pakai ikan yang tak banyak tulang, so takde lah jenuh sangat sampai sakit jari jemari kau mengutil tulang ikan tu.


2. Basuh bersih-bersih isi ikan tu, then masukkan dalam mesin pengisar (blender). Masukkan sedikit air sejuk peti. Akak tak tau sebab apa, akak follow je resepi ni. Korang jangan derhaka, nanti tak jadi baru hang taww.


3. Ok, ni tepung ubi dengan lada sulah yang akak guna. Kau jangan tanya kenapa akak pakai brand ni, kan akak cakap laki akak yang beli bahan tadi. Demi menghormati perasaan dia, pakai je lah.


4. Ini lah hasil kisaran isi ikan tadi. Kental aje. Kau jangan bayang berlebih-lebih pulak. Akak cepuk kang.

5. Ok, isi ikan yang dah dikisar ni masukkan dalam besen. Kemudian masukkan segala bahan yang lain tu. Tepung tu masuk sikit-sikit tau. Jangan pergi tuang semua.

Tepung tu agak-agak je mungkin dalam 2 cawan lebih. Semuanya depend kepada banyak mana ikan kau guna. Akak tak sukat pun, akak guna gerak hati dan gerak iman.

6. Sudah sebati dan sekata semua bahan, mulakanlah proses menggentel menjadikan bentuk panjang begini. Masa ni, adunan memang lembik dan melekat-lekat.

Tak mau bagi lekat, caranya gunakan tepung ubi tu.


7. Faham ke akak tulis ni. Alah, kalau buat kuih terap2 kan kita buh tepung tak bagi melekat, camtulah. Asal melekat je, sapu tepung ubi.

8. Gentelkan jadi memanjang macam dalam gambar akak ni. Besaq mana, panjang mana, ikut angpalah noks.


9. Sesambil kau menggentel, boleh dah rebus air dalam periuk sampai dia menggelegak, baru masukkan keropok yang dah siap di gentel tadi.

10. Tunggu keropok tu terapung, baru cedok dan toskan dalam penapis.


11. Beginilah rupanya keropok kita yang dah siap di rebus. Kalau nak makan, boleh makan je terus. Kalau nak goreng, potonglah kecik-kecik goreng macam biasa.

Senang kan?

Akak pun ingat susah buat keropok. Rupanya senang je. Susah sikit tang mengutil tulang ikan tu jelah.

Lepas ni korang dah boleh ambik order. Jual mahal pun tak pe sebab ikan mahal. Hukhuk..

Selamat Mencuba!


Assalamualaikum wbt.

Ada seorang kawan saya dalam Facebook selalu letak gambar salmon bakar. Dia pun ada share resepi salmon untuk dimakan dalam pantang hari tu. Tapi duduk pantang di kampung, mana datangnya salmon kan?

Kemudian, semasa dalam kelas Omega kami hari tu, banyak la keluar bab Omega 3 boleh hilangkan stress. Nak tahu? Orang Jepun jarang dapat stress dan jarang nyanyuk. Umur depa panjang dan kulit mereka cantik. Agak-agak sebab apa? Yes!! Omega 3 lah.

Untuk dapat manfaat Omega 3, kita mesti makan makanan segar contohnya ikan dari lautan sejuk / atlantik sebab ia mengandungi kandungan omega 3 yang tinggi. Selain makan suplemen Omega 3, mesti juga makan sumber Omega tulen seperti ikan salmon. Tu yang MS teringin sangat nak cuba masak sendiri.

Sebelum ni kan makan salmon dalam fish and chip . Entah ada tak lagi khasiat Omega 3 sebab ia kan digoreng secara deep fry dengan api yang kuat. Protein daripada ikan tu pun sah-sah la dah denatured.

Hari Sabtu kelmarin gigih la MS pergi beli ikan salmon dekat Giant. Ambik dua ketul kecil je kekonon nak rasa dulu. So semalam MS cubalah masak untuk dinner. Boleh pulak lupa nak beli asparagus. Kalo tak memang kombinasi yang cun ala-ala Masterchef kan?

Salmon grill with asparagus. Gambar ihsan Google.
Cara MS masak salmon mudah je. Gambar tak sempat nak snap, cepat sangat licin.

1. Panaskan kuali leper atau non-stick pan. Letak ikan salmon. Minyak ikan akan keluar sepatutnya. Tapi semalam MS letak sikit olive oil sebab nampak dia macam nak melekat pada kuali.

2. Tabur garam dan sedikit serbuk lada hitam atau lada sulah.

3. Bakar hingga warna keemasan dan siap!

Enak di makan panas-panas dengan kulitnya yang rangup! Dah sejuk pun enak juga. Anak MS yang umur 3 tahun+++ sukaaa sangat rupanya. Dia sorang habiskan 3/4 ikan. Boleh buat lagi lepas ni ;)

Boleh dihidangkan dengan asparagus kukus/gril bersama sedikit garam dan minyak zaitun.

Sedikit info:
Omega 3 ialah asid lemak politaktepu dan berada dalam kumpulan asid lemak perlu dimana badan kita sangat perlu kerana badan kita tak boleh hasilkan sendiri. Jadi, kita memang kena dapatkan daripada makanan. DHA, EPA, ALA adalah komponen asid lemak dalam Omega 3 yang sangat penting untuk otak manusia. Kekurangannya boleh menyebabkan banyak masalah berkaitan otak sedangkan otak adalah pusat yang mengawal segala aktiviti dan tindakbalas dalam tubuh kita.

Nak makan minyak ikan tulen Omega Guard, berserta konsultasi percuma? Hubungi:

Suhaila Budin
SMS/ WhatsApp: 012-9645614


Tetibe hari ni up resepi pulak. Ayam masak kicap memang biasa. Tapi tak kira mama nak buh gak resepi mama.

Awat namanya Ayam Masak Kicap Cerdik?

Haha..mama selalu tanya anak mama, nak ayam masak kicap cerdik ke bodo? Al kisahnya, ayam masak kicap bodo tu simple sangat. Tumbuk2 bawang, tumis dan letak kicap. So ayam masak kicap kategori cerdik ni lain sikit. Masih senang dan sedap.

Mama memang bagi resepi senang2 je sebab mama pun tak rajin nak buat resepi susah2 ala Masterchef.

Ok, straight to the point.

Bahan-bahannya:
Ayam - 5-8 ketul
Bawang merah 5 ulas- kisar
Bawang putih 2-3 ulas - kisar
Cili kering 5-7 tangkai- kisar (boleh lebih kalau nak pedas)
Serai- ketuk
Asam keping
Kicap manis
Bahan hiasan.

Cara memasak:
1. Goreng ayam (garing atau tak ikut suka. Mama tak suka garing sangat nanti keras)

2. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar hingga garing.

3. Dah garing, masukkan kicap, serai dan asam keping.

4. Gaul sebentar, masukkan garam.

5. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi.

6. Masukkan bawang potong atau cili untuk hiasan. Boleh juga letak ubi kentang yang telah di goreng terlebih dahulu.

7. Siap!!

Senang je kan?? Anak2 mama memang suka ayam masak kicap ni. Dan kalau mama buntu sangat nak masak untuk hari itu, ayam kicap je la mama buat.

Ok, selamat mencuba!!

(^_^)v

Resepi: Ayam Masak Kicap Cerdik

by on Oktober 19, 2014
Tetibe hari ni up resepi pulak. Ayam masak kicap memang biasa. Tapi tak kira mama nak buh gak resepi mama. Awat namanya Ayam Masak Kicap Ce...
Oleh kerana di bulan Ramadhan ni, ramai yang tercari-cari resepi baru untuk dicuba, apa kata korang try resepi ikan siakap kukus yang biasa MS buat ni..

Resepi ni bukan je mudah, sedap (bagi tekak MS) malah amat menyihatkan! Memang sesuai untuk orang yang ada darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung. Orang berpantang pun ok kot. Takde lah asyik telan ikan kering memanjang.

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Beberapa ulas cili padi - hiris
1 labu Bawang besar - hiris
2 ulas Bawang putih - hiris
1 1/2 inci halia - hiris/mayang (apa beza hiris dengan mayang aku pun tatau)
Semangkuk air asam jawa
1 biji limau nipis - perah, ambil airnya

Cara-cara:
1. Lumurkan ikan siakap dengan garam halus (ala-ala macam nak goreng tu)
2. Kukus ikan hingga separuh masak (agak-agak je)
3. Buka penutup periuk kukus, taburkan semua bahan-bahan yang dihiris tadi, air asam jawa dan air limau nipis dan sedikit lagi garam.
4. Tutup semula periuk dan tunggu hingga ikan masak. Tak lama pun..dalam 5-10 minit gitu.

Hasilnya.....tadaaaaa!!!!


In case korang buntu sangat bulan-bulan puasa ni tak tau nak masak apa, bolehlah cuba resepi 'orang sakit' ini ye.. hihi..

Selamat Mencuba!
Dah lama MS tak pos resepi.

Petang ni MS nak share resepi yang paling mudah di muka bumi khususnya untuk mereka yang memang tak reti langsung memasak tapi tergedik-gedik nak masak gulai kari untuk asben tersayang.

Ambil pen dan kertas..silakan salin

Bahan-bahan:

Ikan 3-4 ketul (apa-apa ikan pun boleh-tenggiri, tongkol, ikan merah etc)
Rempah tumis 4 sekawan/sepeket (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
Serbuk kari ikan (3-4 sudu)- bancuh sikit dengan air
Serbuk cili (kalau tak mo pedas tak perlu bubuh)
Santan
Daun kari
Bendi (4-6 biji)
Tomato - 1 biji (potong2)
Cili hijau (4-6 ulas)
Air asam jawa
Garam

Bahan tumbuk sampai lumat:
Halia 1/2 inci
Bawang putih 2-3 ulas
Bawang merah 1-2 ulas

Cara Membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk

2. Tumis rempah tumis, bahan tumbuk dan daun kari setangkai hingga garing

3. Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Gaul sampai garing / pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa

5. Masukkan ikan

6. Masukkan santan. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah lemak. Kepekatan kuah tu ikut citarasa masing-masing. Kacau hingga menggelegak

7. Masukkan bendi, tomato, cili, garam

8. Apabila rasa dah sedap, bendi dah agak-agak lembut, tutup api dan bolehlah dihidang

Senang giler kan?? Ini hasilnya...


Gambar pun dalam periuk lagi..

Ok, adik-adik..selamat mencuba!!!

P/S: kalau asben kata sedap bagitau MS ye. kalau dia kata tak sedap memang salah adik la! hakhak..
BAHAN2:
1. Swiss roll perisa pandan (kaler hijau)- potong dan susun cantik2 dalam bekas
2. Sekotak serbuk jeli warna merah
3. Setin susu cair
4. 2 sudu tepung kastard
5. Buahan koktel

A) Campur setin susu cair + 2 sudu tepung kastard + 2 sudu gula putih + sirap koktel (manis ikut suka)
-masak diatas api sederhana, kacau selalu hingga menjadi pekat

B) Masak serbuk kristal jeli (ikut arahan pada kotak)

Cara:
1. Tuang bancuhan kastard  (A) tadi di atas susunan swiss roll
2. Tabur buahan koktel atas lapisan kastard
3. Tuang bancuhan serbuk jeli (B)
4. Sejukkan
5. Hidangkan

**untuk lebih sihat, gunakan buah buahan segar yang dipotong halus-halus dan sirap buatan sendiri yang kurang manis :)

 Puding trifle lapisan ke-3 lapisan buah




Puding trifle
lapisan ke-4 lapisan jeli


*Gambar lapisan ke-3: original from my camera
*Gambar lapisan ke-4: dari internet (berzaman try upload gambar yg original tak lepas2, nape entah..last2 daku copy from internet padan muka! btw thankx kepada sumber gambar www.mqdelights.com ;)

Ok, nak cite.. sebenarnya mengikut cerita gambar di atas adalah kali kedua sy buat puding ni.. 1st masa family abang ipar dan biras datang rumah..Kali kedua ni buat sebab ada jamuan makan ngn jiran2, so decide bawak puding je senang..

Rezeki datang bergolek, kebetulan ada sorang jiran nak kahwinkan anak dia, so dia tempah lah puding ni untuk buat makan pengantin dan keluarga belah pengantin perempuan (anak dia lelaki)..hehehe.. gambar yg tu duk dalam henpon suami pulak...adoii.

ala-ala macam ni la, tp yg ni dari tenet gak (credit photo: alyeaakmalia.blogspot.com)



haa yang ni pulak untuk keluarga pengantin...ala-ala jugak (credit: yummycatering.blogspot.com)

So...ideanya di sini, kalau korang nak cari sumber kewangan sampingan apa kata cuba try test buat dan jual puding niiiiiiiii je.. InsyaAllah mendapat sambutan.

Hiasan tu buat la ikut kretiviti...kalo buntu gugel je gambo kompem dapat idea best. ;) Selamat mencuba!!

RESEPI: PUDING TRIFLE

by on Mac 20, 2013
BAHAN2: 1. Swiss roll perisa pandan (kaler hijau)- potong dan susun cantik2 dalam bekas 2. Sekotak serbuk jeli warna merah 3. Setin susu ...