Enter Keyword

10 Cara Cuci Dan Buang Kerak Usus Yang Mudah Dan Semulajadi

Assalamualaikum wbt.

Usus atau kolon adalah sebahagian daripada sistem penghadaman manusia. Kalau takde usus, makanan yang kita makan tak dapat nak di proses dan zat yang ada dalam makanan pun takkan dapat sampai ke bahagian tubuh yang lain.

Kalau usus rosak, jadilah kita ibarat tong sampah yang hanya menerima lebihan makanan, tetapi tak dapat berbuat apa-apa.

Selain berfungsi memproses makanan dan menyerap zat makanan, usus juga berfungsi sebagai tempat menyingkirkan bahan buangan yang tidak berguna setelah habis digunakan. Tapi kalau ia rosak, ia mula menyerap toksin dan bahan yang dikumpulkan. Bukan lagi membuangnya.


Dan daripada itu, bermulalah macam-macam ketakselesaan perut seperti angin, kembung, sembelit, naik berat badan, tidak bertenaga, lemah dan lesu, sakit kepala malah juga sakit kronik!

Baca - 15 Tanda Usus Kotor

Ini semua disebabkan lambakan makanan yang tidak dapat di hadam oleh usus termasuk makanan yang mengandungi penambah perisa, pewarna, pengawet dan bahan kima tidak berguna yang lain. Bahan-bahan ini akan berkumpul dalam kolon, menghasilkan toksin dan mula meracun tubuh.

Sebab itu kita mesti melakukan permbersihan kolon (colon cleansing) atau nyahtoksin untuk membuang segala toksin, dan membantu perkembangan bakteria usus yang baik.


Kalau usus dah bersih, barulah badan akan sihat, kulit akan cantik, tubuh bertenaga, sebab semua zat-zat yang sangat diperlukan dapat diserap oleh badan dengan lancar!

So, di bawah ini ada sepuluh cara mudah lagi murah untuk cuci usus kita sendiri. Bahan-bahan pun senang dapat dan sah-sah la semulajadi.

1. Air kosong

Ramai orang pandang remeh dengan air kosong. Mentang-mentanglah kosong, tiada warna dan rasa.

Istiqomah lah minum 8-10 gelas air kosong sepanjang hari.

Air kosong dapat melancarkan perjalanan usus dan darah, kosong kalori (tak menggemukkan), dan boleh buat sel yang tua kembali muda.

Macam aunty dalam gambar ni...


2. Jus epal

Minum jus epal secara kerap dapat memperbaiki pergerakan usus, memecahkan toksin, dan memperbaiki kesihatan organ hati dan penghadaman.

Mulakan awal pagi dengan segelas jus epal segar (atau boleh minum jus epal organik). Kemudian, ikuti dengan air kosong 30 minit kemudian. Ulang langkah ini beberapa kali sepanjang hari.


3. Jus lemon

Lemon sangat kaya dengan vitamin C yang membantu proses penghadaman.

Campurkan sebiji lemon (yang dihiris) dengan secubit garam dan sedikit madu ke dalam air suam. Minum setiap pagi semasa perut kosong. Ini akan membantu kita tambah tenaga, senang membuang dan mencantikkan kulit juga.


4. Jus sayuran mentah

Dulu saya pernah minum satu produk daripada Zhulian, namanya Vegivera kalau tak salah. Beberapa minit lepas tu memang lancar perjalanan ke tandas. Sebab saya dulu memang ada masalah sembelit kronik.

Kalau serius nak bersihkan usus dan kolon, cuba 'puasa' daripada makan makanan pejal selama dua hari, tapi minum jus sayur ni je. Sayuran hijau mengandungi klorofil yang bertindak membuang toksin dengan berkesan.

Antara sayuran yang boleh dibuat jus ialah lobak, ubi bit, bayam, timun, dan sebagainya. Kisar, dan minumlah jus ini semasa perut kosong.



5. Makanan tinggi serat

Makanan tinggi serat dapat membantu mencuci usus, melembutkan najis dan memperbaiki pergerakan usus yang menggalakkan pembuangan bahan buangan.

Makan banyak makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, gandum, dan kekacang.


6. Yogurt

Yogurt segar mengandungi prebiotic iaitu kultur hidup yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam salur usus. Ia juga kaya kalsium yang dapat mencegah pertumbuhan lapisan sel dalam kolon.

Yogurt dapat selesaikan banyak masalah penghadaman seperti angin, ketidakhadaman, sembelit dan sebagainya.

Kita boleh amalkan minuman yogurt atau campurkan dengan buahan segar seperti beri, pisang, epal, limau, dan macam-macam lagi ikut kesukaan.


7. Flaxseed

Bijian daripada sejenis pokok (pokok flax) ini sangat kaya dengan omega-3, bersifat antioksidan dan tinggi kandungan serat. Apabila kita mengambil flaxseed, ia akan menyerap air, dan kembang dalam usus. Jadi ia membantu menyerap segala toksin dan mukus yang tak berguna dalam usus dan membuangnya. Flaxseed ini juga dapat membantu mencegah kanser, sakit jantung dan diabetes.

Caranya, boleh campurkan flaxseed ini ke dalam minuman, yogurt, atau salad. Lagi baik jika tambahkan sesudu flaxseed ke dalam air kosong dan minum awal pagi semasa perut kosong atau sebelum tidur untuk kesan lebih pantas.

Flaxseed yang organik boleh di dapati di kedai yang menjual produk organik.


8. Garam laut

Masukkan sesudu garam ke dalam segelas air dan didihkan. Minum campuran ini semasa perut kosong di awal pagi. Tunggu beberapa minit, kemudian berbaring. Lakukan urutan pada bahagian perut untuk meransang pergerakan usus. Ini juga dapat membuang toksin berbahaya, kerak usus, parasit dan bakteria daripada salur usus.

Lakukan teknik ini lima kali dalam sebulan tapi pastikan anda tidak mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi atau masalah jantung.


9. Aloe vera

Aloe vera mempunyai kemampuan detoksifikasi dan bertindak sebagai laksatif yang dapat memperbaiki masalah seperti sakit kepala, jangkitan kulit, cirit-birit, gastrik dan sembelit.

Campurkan jus lemon dan gel aloe vera bersama dan kisar untuk mendapatkan jus yang halus dan lembut. Simpan beberapa jam di dalam peti ais dan kemudian minumlah beberapa kali selama beberapa hari.


10. Halia

Halia memang herba nombor satu untuk membuang angin dan memberi keselesaan kepada perut.

Boleh makan potongan halia begitu saja atau masukkan ke dalam jus lemon, teh, dan masukkan ke dalam masakkan.


Perut dan usus yang kotor, punca penyakit dan kalau penyakit susah nak sembuh lepas berubat, cucilah usus terlebih dahulu.

Apabila usus dah bersih daripada toksin berbahaya, insyaAllah tubuh badan juga akan sihat keseluruhannya.

Saya ada cara lebih mudah, murah dan pantas! Cuma amalkan Herb-lax insyaAllah semua kekotoran usus termasuk kerak, mukus, kolesterol, lemak dan sisa-sisa yang tertinggal dalam usus dapat dibersihkan dengan lancar!

Bahan aktif yang bertindak mencuci usus dalam Herb-lax ini ialah daun senna atau orang kampung kita panggil daun gelenggang, jintan manis, daun alfalfa dan 7 lagi herba terpilih. Bukan saja boleh kurangkan sembelit, cuci usus dan najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam usus,  malah boleh kempiskan perut!

Harganya cuma RM57.50.

Ini pengakuan antara ribuan pengguna yang bahagia dengan perubahan mereka selepas mengamalkan Herblax Shaklee.

Testimoni 1:

Testimoni 2:
Testimoni 3:
Testimoni 4: 

*Anda juga boleh mendapatkan Herblax dalam Set Detoks Usus Premium ini. Jadual makan dan tip detoks akan diberikan istimewa kepada pelanggan saya.


Jika berminat mendapatkan Herb-lax atau Set Detoks Usus Premium ini untuk tindakan mencuci semulajadi, hubungi saya:

~Suhaila Budin~
ID:868994

36 ulasan:

  1. Ermmm hebat teknik pengiklanan...

    BalasPadam
  2. Ermmm hebat teknik pengiklanan...

    BalasPadam
  3. Sila wattapp saya 0182504711

    BalasPadam
  4. Sila wattapp saya 0182504711

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum ...mohon izin share perkongsian dia atas yer...syukran jazilan...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum ...mohon izin share perkongsian dia atas yer...syukran jazilan...

    BalasPadam
  7. Sgt hebat perkongsian ni....tak sangka bwh sekali tengok nm su....caiyok2 su

    BalasPadam
  8. Saya suka teknik iklan mcm ni. Walaupun u jual produk tapi u masih bagi info cara semulajadi untuk detox. So pembaca yg pro natural ada pilihan smada nak pilih cara natural atau beli produk untuk memudahkan. Niat nak kongsi ilmu pun dapat pahala. 👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..mudah-mudahan bermanfaat. terima kasih :)

      Padam
  9. Boleh x klau sya nk guna buah limau kalau xdak lemon

    BalasPadam
  10. Herba lax tu sesuai x utk preggy woman?

    BalasPadam
  11. Sangat betul kan.
    Herba sememangnya bagus untuk cuci dalaman badan kita.
    Masyarakat Cina memang suka

    BalasPadam
  12. Boleh whatsap saya? 0137655996

    BalasPadam
  13. Boleh wussup saya....
    Kak ruby 01115375232

    BalasPadam