Bila Anak Muntah-Muntah
Assalamualaikum wbt.
Nak bersawang dah blog lama tak menulis. Mana nak kejar kan. Facebook lagi, IG lagi, Youtbe lagi...ececeh..macam la kau artis khenn 😋.
Hari ni akak nak share story mengenai anak akak, Ammar.
Hujung minggu lepas kami balik kampung. Pahang cuti lama sempena pertabalan Agong sekali dengan birthday Tuanku 31 Ogos tu.
Dapat lima hari cuti. Dah macam balik raya pulak.
Dah la musim buah. Sakan la kami makan durian dengan rambutan.
Entah macam mana, lepas balik dari pekan sari Jerantut hari Ahad tu, Ammar cirit birit dan muntah-muntah.
Biasa kalau keracunan makanan, sehari dua je dah ok.
Tapi budak Ammar ni dah 4 hari tak baik-baik. Asal makan muntah. Asal makan je muntah. Cirit birit hari pertama tu je.
Makanya hari ke 4 tu kitorang dah balik Kuantan dan terus bawak dia pergi klinik.
Doc ambik darah. Tengok-tengok dia punya sel darah putih tinggi.
Doktor cakap kalau muntah biasanya serangan virus je. Tapi ini bakteria. Doktor kena la bagi antibiotik dan beberapa jenis ubat lagi. Dapat juga MC dua hari.
Doktor cakap kalau muntah lagi lepas ni, kena admit hospital la...kena masukkan antibiotik ikut drip.
So hari ni dah hari ke 6. Semalam macam ok sikit. Hari ni ada muntah juga sikit2 lagi.
Tengok kalau esok masih muntah memang kena ke hospital juga la jawabnya.
Tuan puan kalau ada anak yang muntah2 dengan kerap dan berhari-berhari segeralah bawak ke klinik atau hospital.
Doktor nasihatkan juga supaya:
🍇 Minum banyakkkkkk air kosong
🍇 Makan makanan berkhasiat
🍇 Makan buah, bubur
Dalam kes Ammar ni akak bg juga dia suplemen Vivix, vitamin C. Benda dah ada kan. Makan je lah.
Mudah-mudahan dapat bantu badan dia lawan kuman bakteria.
Ok la itu je nak story. Jumpa lagi 🤗

Tiada ulasan:
Catat Ulasan