Enter Keyword

Petua Untuk Kekalkan Susu Badan Sampai 2 Tahun

Assalamualaikum wbt.

Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang berlangsung antara 1 Ogos hingga 7 Ogos ni, akak sebagai mak penyusu nak share la sikit petua untuk ibu-ibu baru sekalian.

My cikebum. Lagi dua hari cukup 2 tahun 4 bulan menyusu dengan mama ❤

Ibu lama tak yah la naa...Mesti dah pro kan.

Muqodimah la sikit. Alhamdulillah akak berjaya jua menyusukan 4 orang anak dengan susu ibu cukup sampai 2 tahun. Malah yang bongsu ni terlebih2 pulak.

Kira akak ni boleh dapat PhD dalam bidang penyusuan la kan?

Nak berjaya susukan anak dengam susu ibu ni bukannya susah. Dan tak la senang sangat juga. Paling penting mental kena kuat dan tahu dengan jelas sebab apa nak susukan anak dengan susu ibu.

Bila dah jelas tujuan barulah segala halangan dan cubaan dapat diatasi dengan mudah seterusnya membuahkan kejayaan.

Fuh ada macam pakar motibasi tak akak?

Ok ini 7 perkara yang WAJIB di praktikkan kalau nak dapat PhD macam akak.

1. Tidak skip waktu makan. Walau terlewat macam mana pun mesti kena makan juga. Macam akak kena makan nasi. Biar anak menangis kejap janji perutku terisi. Ye lah kejap lagi nak isi perut baby pulak.

2. Tidak stress kerana stress menyebabkan pengeluaran susu boleh terganggu sebab hormon stress akan kacau hormon susu.

Namun begitu untuk seorang manusia, tidak stress adalah mustahil la pula. Jadi kawal stress anda.

3. Minum air kosong yang banyak. Ibu menyusu memang selalu haus terutama yang baru2 bersalin tu kan. Baby menyedut je automatik kita rasa haus.

Sediakan sebotol besar air dekat dengan kita biar senang nak minum bila2 masa.

4. Bf on demand. Bukan astro je ada on demand. Baby pun nak nyusu on demand. Dia lapo je bagi. Dia nangis je bagi. Memang ada masa kita geram juga la asyik nak 'mengempeng' je kata orang jawa. Nak buat kerja apa pun tak boleh kan.

Ada fasa-fasa perkembangan dia. Layan je kehendak baby tu dan kawallah stress anda 😬.

5. Makan makanan berkhasiat. Kita sendiri tahu makanan berkhasiat ni yang badan kita guna untuk produce susu.

Kalau makan maggie, jajan je mana maunye. Baby pun tak dapat zat untuk membesar. Silap-silap dapat penyakit pulak. Hishh.

6. Suplemen. Depend kepada keperluan anda. Macam akak sangat memerlukan suplemen untuk bantu kejayaan akak. Pilihan akak of coz la shaklee. Selamat berkesan semulajadi. Gitu.

Akak makan semua dalam set breastfeeding shaklee tu. Termasuk B Complex untuk kawal stress. Kalau nak tau pape, roger eh 😘.

7. Last sekali support dari orang sekeliling especially suami. Biar la makcik bawang cakap bagi susu badan ni macam orang kampung janji suami kita support kita habis-habisan.

Eh makcik tu tak tau ke susu ibu ni sunnah? Banyak sangat kebaikan susu ibu ni. Nanti kalau akak senaraikan terkedu pulak makcik tu.

So ibu-ibu kuatkan semangat ok. Akak sendiri ada masa-masanya terasa nak give up juga. Tapi day by day tak sedor aje dah 2 tahun.

Kalian pun pasti boleh! InsyaAllah.

Kaksu,
013-2369434


Tiada ulasan:

Catat Ulasan