Enter Keyword

Punca Gusi Bengkak Dan Sakit

Assalamualaikum wbt.

Salam 18 Zulhijjah.

Hari ni nak share sikit pengalaman akak yang pernah mengalami bengkak gusi.

Elok tiga hari sebelum Raya Haji baru-baru ni, akak di serang sakit gigi (atau lebih tepat sakit gusi).

Gusi mula membengkak tapi tidaklah begitu sakit sangat. Akak makan Ostematrix Shaklee untuk kurangkan sakit tu.

Jadinya akak masih mampu raya dengan gembira siap boleh ikut family belah suami jalan-jalan naik bot di Taman Negara, Kuala Tahan. Next entry akak akan story lanjut pasal ni ye.

Elok je habis percutian di kampung, dah sampai Kuantan, gusi mula membengkak dengan ketara.

Masa ni terlanggar pipi dengan anak pun rasa nak menjerit je. Dia punya sakit...fuhh!

So hari Jumaat akak ajak suami teman pergi klinik gigi.

Nampak tak pipi bengkak sebelah tu. Masa ni perut pun menggelodak nak ke tandas. Sempat pulak aku selfie. 

Bila doktor cek, dia kata ada jangkitan dan siap ada nanah sekali.

Patut la akak selalu ada rasa masin2 je 😂. Doktor kata kena cabut tapi tak boleh cabut lagi. Kena bagi bengkak tu surut dan nanah tu hilang dulu.

Maka doktor prescribe ubat untuk akak.

Ubat tahan sakit
Antibiotik
Ubat kumur

Dulu masa kecik2, bau klinik gigi tu buat seram kan. Rupanya bau antiseptik (ubat kumur tu). Dia punya rasa...yewww! Nak termuntah akak. Tapi nak buang kuman hadap je lerr...

Hari ni masuk hari ke 4 sejak Jumaat hari tu. Bengkak dah semakin surut.

Tetiba berdebar nak kena cabut gigi 😅.

So korang, kalau ada sakit gigi diikuti bengkak silalah segera jumpa dentist. Tak de apa yang perlu di takutkan pun.

Oh, mungkin korang nak tahu macam mana gusi akak boleh bengkak?

Actually, gigi geraham tu memang dah lama pecah pun. Jadi semakin hari semakin memecah (my bad, tak pergi klinik awal2 utk tampal), lama-lama dia mencucuk gusi.

Kemungkinan gusi pun jadi luka. Bila kita makan, u know dengan bakteria dalam mulut segala tu dia start jadi infection lalu bengkak dan bernanah.

Jadi...mendapatlah kan. Haha

Siapa yang ada gigi pecah2 tu pergilah klinik tampal. Klinik gigi dah canggih sekarang. Sekejap je boleh cantikkan gigi.

😁😁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan