Anak Batuk Tak Berhenti Rupanya Tanda Pneumonia
Assalamualaikum wbt.
Hari ni akak nak share satu cerita yang baru je berlaku kepada anak akak.
Dua minggu lepas, kami balik kampung. Kebetulan mak akak nak tukar katil dari queen ke single sebab nak kawasan yang lebih luas untuk solat.
Jadi kami adik beradik decide dah alang-alang nak buka katil, kami nak makeover semula bilik mak.
Jadi memang kena keluarkan segala mak nenek barang yang ada dalam bilik mak. Dia punya habuk masyaAllah...sape ada resdung serius jangan dekat.
Buka katil, keluarkan tilam queen lama yang dah umur 20 tahun lebih. Tak tau la apa yang bersarang dalam tilam tu.
Masa sandarkan dekat luar, anak akak duk lalu lalang kat situ sambil pegang-pegang tilam. Lepas di larang baru depa lari. Lepas tu sibuk pulak cari mamanya dalam bilik tokwan tu 😬.
Dan hari tu jugalah anak akak start selsema. Kebetulan pula malam tadinya tidur dalam econ. Jadi 2 kali selsema.
Bila dah selsema biasalah, diorang akan mula demam sikit dan batuk. Selalunya lepas dua hari batuk dah ok.
Tapi hari tu, lepas hari ke-4 dia punya batuk semakin pelik. Batuknya non stop dari pagi sampai ke malam, dari malam sampai ke pagi.
Suhu badan memang tinggi. Selera makan menurun dan dia asyik tidur je sepanjang hari.
Walaupun akak bagi makan ubat, keadaan masih sama.
Kebetulan pula suami akak outstation 2 malam, jadi terbantut nak pergi klinik.
Masuk hari ke-7, akak dah penat tengok dia batuk teruk sangat. Bayangkan dia punya batuk tak berhenti langsung even masa dia tidur!
Hari Jumaat, akak cakap dekat suami nak bawa anak pergi klinik. Lepas Jumaat terus kitorang pecut gi hospital bahagian kecemasan.
Lepas buat saringan, diorang masukkan anak akak dekat zon kuning. Masa tu bacaan oksigen tak berapa cantik.
Masuk zon kuning, doktor bagi oksigen, ambik darah dan buat x-ray. Lepas tu doktor kata kena masuk wad tapi tak bagitau sebab apa.
Akak redho je lah lagipun memang dah agak keadaan dia teruk. Duduk rumah pun nak buat apa.
Masa dalam wad baru doktor bagitau dia kena pneumonia. X-ray pun tak cantik macam ada something putih-putih dalam peparu. Not sure kuman ke kahak.
Jadinya, anak kena on antibiotik 3 kali sehari. Alhamdulillah, bila masuk antibiotik, batuk dia semakin kurang.
Oleh sebab kahak dia terlalu banyak dan dia tak reti nak buang, kena pula buat chest fisio. Akak tak pasti macam mana prosedur dia sebab tak tengok. Cuma dengar suara dia meraung dari luar bilik rawatan 😁.
Ada sekali kena nebulizer untuk cairkan kahak sebelum buat fisio.
Lepas 5 hari 5 malam, doktor izinkan balik dan continue makan antibiotik lagi 3 hari di rumah.
Dan hari ni, genap 7 hari lepas discaj haritu, alhamdulillah anak akak sangat sihat dan dah mula balik keletah2 mengada dia tu. Syukur!
Pneumonia pada kanak-kanak
Antara masalah kesihatan yang kerap berlaku kepada anak-anak adalah pneumonia.
Pneumonia ni adalah jangkitan pada paru-paru yang mana berlakunya inflamasi apabila peparu diserang oleh sesuatu patogen contohnya bakteria atau virus.
Apabila berlaku inflamasi, sistem imun dalam peparu akan bertindak menyerang patogen, maka tu yang nampak putih2 dalam x-ray ~ iaitu bendalir (kahak) dan sel darah putih.
Kedua ni tadi akan tutup laluan gas keluar masuk peparu, menyebabkan oksigen tidak dapat di hantar ke tisu badan yang lain.
Sebab itu, bila anak batuk terutama bila kita tengok keadaannya pelik dan teruk, segeralah bawa ke hospital.
Antara simptom pneumonia adalah:

Bilik mak lepas di makeover. |

Masa di zon kuning |

Hari ke-2 belum ada selera nak makan lagi. |
Oleh sebab kahak dia terlalu banyak dan dia tak reti nak buang, kena pula buat chest fisio. Akak tak pasti macam mana prosedur dia sebab tak tengok. Cuma dengar suara dia meraung dari luar bilik rawatan 😁.
Ada sekali kena nebulizer untuk cairkan kahak sebelum buat fisio.
Lepas 5 hari 5 malam, doktor izinkan balik dan continue makan antibiotik lagi 3 hari di rumah.
Dan hari ni, genap 7 hari lepas discaj haritu, alhamdulillah anak akak sangat sihat dan dah mula balik keletah2 mengada dia tu. Syukur!
Pneumonia pada kanak-kanak
Antara masalah kesihatan yang kerap berlaku kepada anak-anak adalah pneumonia.
Pneumonia ni adalah jangkitan pada paru-paru yang mana berlakunya inflamasi apabila peparu diserang oleh sesuatu patogen contohnya bakteria atau virus.
Apabila berlaku inflamasi, sistem imun dalam peparu akan bertindak menyerang patogen, maka tu yang nampak putih2 dalam x-ray ~ iaitu bendalir (kahak) dan sel darah putih.
Kredit foto: health.harvard.edu |
Kedua ni tadi akan tutup laluan gas keluar masuk peparu, menyebabkan oksigen tidak dapat di hantar ke tisu badan yang lain.
Sebab itu, bila anak batuk terutama bila kita tengok keadaannya pelik dan teruk, segeralah bawa ke hospital.
Antara simptom pneumonia adalah:
- Batuk
- Bernafas dengan laju (dada berombak)
- Demam
Doktor biasanya akan dengar bunyi pernafasan dan peparu dengan stetoskop untuk tengok sama ada pernafasan lancar atau tersekat (wheezing).
Syukurlah anak akak takde asthma. Pun begitu tetap kena berhati-hati sebab banyak benda yang boleh trigger kesihatan peparu dia.
Masa dekat hospital hari tu, memang tak berhenti anak-anak keluar masuk wad. Kebanyakannya demam, batuk dan asthma.
Bila anak tak sihat, kena masuk wad, bukan anak je susah hati, mak ayah pun sama. Dah ada yang merungut sebab terpaksa cuti, takde orang jaga anak di rumah dan sebagainya.
Jagalah kesihatan selalu. Kita ikhtiar semampu boleh. Sakit sihat semua dari Allah.
😊😊
Puan Suhaila,
013-2369434
Pengedar & Konsultan Shaklee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan