Enter Keyword

Assalamualaikum wbt.

Ada seorang kawan saya dalam Facebook selalu letak gambar salmon bakar. Dia pun ada share resepi salmon untuk dimakan dalam pantang hari tu. Tapi duduk pantang di kampung, mana datangnya salmon kan?

Kemudian, semasa dalam kelas Omega kami hari tu, banyak la keluar bab Omega 3 boleh hilangkan stress. Nak tahu? Orang Jepun jarang dapat stress dan jarang nyanyuk. Umur depa panjang dan kulit mereka cantik. Agak-agak sebab apa? Yes!! Omega 3 lah.

Untuk dapat manfaat Omega 3, kita mesti makan makanan segar contohnya ikan dari lautan sejuk / atlantik sebab ia mengandungi kandungan omega 3 yang tinggi. Selain makan suplemen Omega 3, mesti juga makan sumber Omega tulen seperti ikan salmon. Tu yang MS teringin sangat nak cuba masak sendiri.

Sebelum ni kan makan salmon dalam fish and chip . Entah ada tak lagi khasiat Omega 3 sebab ia kan digoreng secara deep fry dengan api yang kuat. Protein daripada ikan tu pun sah-sah la dah denatured.

Hari Sabtu kelmarin gigih la MS pergi beli ikan salmon dekat Giant. Ambik dua ketul kecil je kekonon nak rasa dulu. So semalam MS cubalah masak untuk dinner. Boleh pulak lupa nak beli asparagus. Kalo tak memang kombinasi yang cun ala-ala Masterchef kan?

Salmon grill with asparagus. Gambar ihsan Google.
Cara MS masak salmon mudah je. Gambar tak sempat nak snap, cepat sangat licin.

1. Panaskan kuali leper atau non-stick pan. Letak ikan salmon. Minyak ikan akan keluar sepatutnya. Tapi semalam MS letak sikit olive oil sebab nampak dia macam nak melekat pada kuali.

2. Tabur garam dan sedikit serbuk lada hitam atau lada sulah.

3. Bakar hingga warna keemasan dan siap!

Enak di makan panas-panas dengan kulitnya yang rangup! Dah sejuk pun enak juga. Anak MS yang umur 3 tahun+++ sukaaa sangat rupanya. Dia sorang habiskan 3/4 ikan. Boleh buat lagi lepas ni ;)

Boleh dihidangkan dengan asparagus kukus/gril bersama sedikit garam dan minyak zaitun.

Sedikit info:
Omega 3 ialah asid lemak politaktepu dan berada dalam kumpulan asid lemak perlu dimana badan kita sangat perlu kerana badan kita tak boleh hasilkan sendiri. Jadi, kita memang kena dapatkan daripada makanan. DHA, EPA, ALA adalah komponen asid lemak dalam Omega 3 yang sangat penting untuk otak manusia. Kekurangannya boleh menyebabkan banyak masalah berkaitan otak sedangkan otak adalah pusat yang mengawal segala aktiviti dan tindakbalas dalam tubuh kita.

Nak makan minyak ikan tulen Omega Guard, berserta konsultasi percuma? Hubungi:

Suhaila Budin
SMS/ WhatsApp: 012-9645614


Assalamualaikum w.b.t

Semasa Aidilfitri yang lalu, saya dan geng sekolah berkumpul dan kami beraya dari rumah ke rumah. Sampai waktu Zohor, kami segera ke surau yang kebetulan berdekatan dengan rumah salah sorang kawan kami.

Selesai mengambil wuduk, terus saja saya ke ruang solat wanita. Agak terkejut saya kerana tidak ada sehelai telekung pun disitu dan saya pula tidaklah membawa telekung sendiri.

Jarang benar surau atau masjid di tempat kita tidak menyediakan keperluan solat terutama untuk wanita. Alhamdulillah mujur saja ketika itu saya memakai baju lengan panjang, skirt labuh yang tebal juga stokin. Alhamdulillah saya boleh bersolat seperti biasa. 

Di belakang saya ada seorang makcik yang sebelum itu keluar semula daripada surau untuk mengambil stokin juga.

Bersolat tanpa telekung masih agak janggal daripada pandangan orang sekeliling kita. Begitu juga dengan saya pada mulanya kerana kita tak biasa. Mungkin sama halnya dengan bersolat di jalanan atau bukan tempat yang dikhususkan untuk solat seperti surau dan masjid.

Tapi saya sering melihat foto kawan-kawan yang berada di luar negara bersolat tanpa telekung malah mereka bersolat dimana-mana saja tempat yang bersih. Yang penting kewajipan solat itu mesti diutamakan dan bagi wanita pakaian yang sah di bawa solat perlu dititik beratkan.

Ye lah, kalau berada diluar negara khususnya bukan negara Islam, siapa pula nak provide kemudahan seperti itu.

Sebenarnya Islam cukup mudah. Solat juga mudah. Cuma sesetengah kita rasa 'tak boleh solat' kalau tanpa telekung. Disinilah pentingnya kita memakai pakaian yang menutup aurat dan solat ready setiap masa jika tidak berada di rumah.

Pengalaman ini sebenarnya tarbiah yang berguna juga untuk saya. Sentiasa pastikan diri menutup aurat sesempurna mungkin apabila hendak keluar rumah. Kita boleh solat bila-bila masa (sebaik masuk waktu) dan di mana-mana.

Dan sebenarnya inilah pengalaman pertama saya solat tanpa telekung. Mungkin pelajaran pertama sebelum Allah izinkan saya ke luar negara kelak (101 impian). Siapa tahu kan? Allah selalu menyediakan kita sebelum di ujinya kita dan sebelum kita sendiri tahu apa yang Allah telah rancangkan untuk kita kelak.

Wallahua'lam.

Salam sayang.

Assalamualaikum wbt.

Kali ni MS nak cerita pasal satu produk penjagaan badan yang MS baru beli. Kisahnya, MS kan baru bersalin, jadi terasa macam sel-sel kulit mati semasa mengandung kat badan tu masih ada. Lepas berurut haritu (bidan guna french oil) terasa la kulit lembut licin.

Dah beberapa minggu kemudian ni, rasa macam kasar dan tak best je. Sendiri boleh rasa la kan. So MS tercari-cari juga produk macam scrub ni. Nak ke spa tak mungkin lah pulak.

Masa sembang-sembang dengan geng Shaklee MS, dia ada bagitau yang di jual produk body scrub juga. Wah! pucuk dicita, ulam mendatang ni. Lepas tanya sedikit sebanyak, MS terus order. Dah memang nak beli pun kan?

Dua hari kemudian...


Taraaa!! Inilah bendanya!

Namanya Exclusive Royal Scrub. Masa pakai ni memang fefeeling futeri raja gitu. Cara pakainya mudah je, ambil 3 sudu, campur dengan air suam. Sapukan pada badan sekali harung ngan muka pun boleh. Tunggu 3-5 minit, kemudian bilas.

Memang best giler! Kulit rasa lembut, halus, licin je. Rasa nak pakai setiap hari. MS tak pasti la pulak memang boleh pakai setiap hari ke atau kena jarakkan. Sebotol ni boleh 3-4 kali sesi jugak kot. MS baru pakai sekali.

Antara bahan dalam ni ialah serbuk beras, dan halia pun ada untuk buang angin. Banyak lagi campuran bahan lain yang memang berguna sangat untuk buang daki-daki, lembutkan kulit, lancarkan angin dan darah.

Selain suplemen untuk dalaman, apa salahnya pakai bahan semulajadi macam ni kan? Macam tagline kat botol tu, because your skin deserves the best!

Ok, MS tak jual. Kalau nak boleh cari di Facebook nama Exclusive Royal Scrub.

Sharing is beautiful!


Assalamualaikum w.b.t

Bersalin adalah satu proses yang sakit, memenatkan, menggunakan banyak urat, dan mengeluarkan banyak darah. Ditambah pula kalau kita ni memang Hb low semasa mengandung, memang wajah akan nampak pucat dan tak bermaya.

Jika anda artis, bolehlah anda bersolek sebelum ditolak ke bilik bersalin, supaya nanti dekat wad nampak seri bercahaya bila wartawan ambil gambar. LOL! Jika bukan artis pun apa salahnya nak bersolek, takde sapa nak larang aih!

Che Ta yang selalu berseri dengan babynya yang super comel macam anak patung
Bagaimana wajah boleh hilang seri?
Apabila bersalin, badan kita bekerja keras, kita akan menggunakan banyak tenaga bagi proses meneran. Ini akan membuat kita menjadi penat dan letih. Selain itu, perjalanan darah yang tidak lancar juga boleh menyebabkan wajah pucat lesi dan hilang seri.

Rahsia Dan Petua Naikkan Seri Wajah 
Ok, ini ada beberapa rahsia dan petua ringkas yang ibu boleh amalkan masa berpantang supaya wajah akan nampak berseri, segar dan tak pucat lagi.

1. Kerap minum air kosong. Walaupun orang kata berpantang tak elok minum air banyak, badan kita sebenarnya memang perlukan banyak air. Caranya minumlah sikit-sikit tapi kerap. Masa minum tahan nafas dan ketatkan bahagian perut.

2. Minum air akar kayu dengan mencampurkan ibu kunyit hidup. Kunyit ni akan bantu melancarkan peredaran darah dan naikkan seri wajah. Tapi awas, kalau takut baby kena jaundis, tangguhkan dulu minum air akar kayu ni ye.

3. Minum air rebusan daun inai. Petua ini banyak MS jumpa dalam google. Caranya, rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya pada waktu pagi dan petang.

4. Melakukan amalan berpantang tradisional seperti bertungku, berurut, dan mandi air daun. Ini semua untuk membantu membuang angin, melancarkan peredaran darah dan menaikkan seri wajah. Jadi takde alasan ibu-ibu malas nak buat semua ni ok.

5. Mengambil nutrisi seimbang iaitu cukup protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Jangan terlalu tegas berpantang nanti badan sendiri tak cukup zat. Ambil semua sumber tapi berpada-pada.

6. Ambil makanan tambahan. Makanan tambahan/ suplemen sangat-sangat membantu pada waktu ini kerana, amalan terlalu menjaga pemakanan menyebabkan ibu sering tidak dapat zat dan khasiat mencukupi. Vitamin B kompleks, Vitamin C dan Omega Guard sangat membantu untuk melancarkan peredaran darah, membantu pemulihan dan wajah akan lebih cantik berseri!

Jadi kalau nak wajah kelihatan berseri, segar, cantik dan tiada lagi wajah pucat macam zombie, amalkan petua diatas, atau cara mudahnya makan suplemen!

Hubungi saya untuk konsultasi percuma:

Suhaila Budin
SMS/WhatsApp: 012-9645614
Shaklee ID: 868994

Masa fikir tajuk ni teringat lagu Bujang Lapok "........bau ashem, ketiak sapa busuk"

Rupanya Bujang Lapok pun ada masalah bau badan. Tak perlu segan mengaku sebab ini memang masalah global namun cuba disembunyikan dengan memakai bergelen-gelen minyak wangi. Cuma orang yang rapat aje lah yang tahu tahap kemasaman tapi tak sampai hati nak bagitahu.

Itu belum lagi kalau tengah berpeluh. Baru lepas bersukan atau bersesak-sesak dalam LRT. Baunya MasyaAllah boleh pening kepala!

Sebenarnya bau badan yang busuk ni adalah disebabkan pengumpulan toksin dalam badan. Toksin boleh berkumpul di mana-mana sama ada di bawah kulit, dalam salur darah, dan pada organ contohnya perut dan usus.

Badan dan mulut berbau berlaku kerana proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. Tak guna kalau sembur berbotol-botol minyak wangi tapi kita tak bantu untuk flush out toksin tu keluar daripada badan.

Bagaimana nak buang? Selain banyak minum air kosong, boleh juga ambil produk yang menggalakkan detoksifikasi secara semulajadi.

Alfalfa Complex
Agen detoks yang terkenal. Ia membantu membuang toksin daripada salur darah, usus, dan hati. Perjalanan darah menjadi lancar begitu juga proses perkumuhan oleh organ hati dan perut.

Herb-lax
Meransang usus untuk melakukan proses pembersihan secara lembut dan mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus.
Selepas bantu tubuh kita menyingkirkan toksin, badan akan lebih sihat dan segar, masalah badan berbau busuk masam tiada lagi dan kita boleh bergerak dengan bebas dan yakin!

Untuk pembelian dan cara pengambilan yang berkesan, cepat-cepat hubungi:

Suhaila (868994)

Anak cerdik dan cergas adalah impian semua ibu bapa. Cerdik dalam kelas sahaja tidak ada guna dan nilai melainkan anak cerdik itu juga anak yang baik, mulia, tinggi adab, sopan, memahami, menyenangkan hati orang disekeliling dan suka membantu serta membuat kebajikan. Inilah sebenarnya anak yang genius. Dia mampu menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran dan situasi dan dirinya mudah disayangi.

Anak genius terbentuk daripada rumah iaitu atas asuhan ibu bapa yang bijak dan penuh keprihatinan. Perhatikan perkara berikut yang boleh dijadikan panduan untuk melahirkan insan genius sejak dari kecil.

1. Anak kecil suka meniru tingkahlaku. Tunjukkan tingkahlaku yang baik, hati-hati dengan perkataan yang digunakan.

2. Beri masa untuk dia menikmati peringkat/ tahap hidupnya. Jangan tergesa-gesa untuk membentuk dirinya.

3. Hadapi cabaran dengan tenang dan terkawal kerana anak sebenarnya memerhatikan kita dan menyerap apa yang dia lihat.

4. Terima dia seadaanya. Jangan cuba cari kesalahan dan merendahkan kebolehannya. Fokus pada kekuatan yang dia ada.

5. Biar anak lakukan sendiri perkara baru. Beri perhatian dan sokongan supaya mereka tidak mudah putus asa dan tidak takut gagal.

6. Kurangkan menegur tabiat buruknya. Cuma awasi tabiat buruk dan puji tabiat baiknya.

7. Stabilkan emosi dan jiwa

8. Elakkan berleter kerana anak kecil lebih banyak bertindak daripada bercakap. Mereka akan memilih untuk tidak mendengar.

9. Layan mereka seperti kita melayan orang dewasa supaya mereka tahu mereka wujud.

10. Berlatih mendengar apa yang ingin mereka sampaikan secara aktif. Bantu mereka cari perkataan yang sesuai.

11. Berikan mereka kasih sayang tanpa syarat untuk mengelak mereka berasa terpaksa menagih kasih sayang. Kasih sayang sentiasa jadi milik mereka sejak mereka dilahirkan.

12. Bercakap jujur dengan anak, elakkan menipu supaya anak bersikap jujur.

13. Elakkan menjerit, memukul, bersikap kasar dan keras terhadap anak. Jangan memendam sakit hati atau bercakap sesuatu kurang elok mengenai anak ketika sedang marah.

14. Tepati janji yang telah kita buat. Jika janji dicapati kelak kata-kata kita akan jadi tak bermakna.

15. Jangan bertolak ansur pada perkara yang membabitkan nilai dan kepercayaan.

16. Jangan menidakkan rasa takut kerana pada mereka rasa takut memang wujud. Anak kecil belum pasti pada banyak benda di sekeliling mereka.

17. Jangan mencela atau merendahkan anak dihadapan orang atau ketika dia ada bersama. Hormati maruah anak.

18. Ajar anak berfikiran sihat setiap masa. Bantu dia meluah perasaan dengan cara positif dan tidak memendam perasaan atau mengguna kata-kata kesat.

19. Didik mereka menyanjungi dan menghargai kehidupan contohnya melihat semut berjalan amat menarik perhatian mereka.

20. Ingatkan diri sendiri bahawa anak itu masih kanak-kanak. Anak berusia dua tahun mesti diperlakukan seperti anak berusia dua tahun. Paksaan melakukan sesuatu yang dia tidak bersedia boleh menjurus kepada masalah tingkah laku.

Nah dengan mengamalkan panduan ini, ibu bukan sahaja melahirkan anak yang bijak, tapi teguh jiwanya, kental hatinya, perkasa kasih sayangnya, dan insyaAllah akan menjadi insan genius yang disukai masyarakat.

Bila cerita suami curang yang tulis surat kepada isteri dia jadi trending di Facebook semalam, rasanya ramai juga kaum isteri dan wanita yang melenting.

Kisah suami curang dan berzina dengan perempuan lain bukan kisah baru. Ia sudah pun berlaku sejak lama dulu. Agaknya kenapa suami curang? Isteri tak cantik? Suami nafsu kuda? Masalah kewangan? Entahlah MS tiada jawapan.

Tapi sebagai wanita, sepatutnya kita ambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Bukan MS nak suruh para isteri sentiasa berburuk sangka dengan suami, cemburu tak tentu pasal. Iskk tak baik tu. Yang MS maksudkan disini ialah, para isteri wajib ambil peranan dalam memastikan rumah tangga sentiasa harmoni. Kalau suami benar-benar nak curang pun, mungkin itu adalah ujian Allah untuk kita, sedang kita dah berusaha zahir dan batin untuk suami terus menyayangi.

Antara 'peranan' yang boleh dimainkan oleh isteri ialah sentiasa menjaga penampilan. Antara faktor utama suami curang katanya ialah sebab isteri dah tak cantik, tak ketat, tak mantop. Biar suami pun dah macam getah sekerap dia pun ada hati nak tengok isteri dia cantik macam mula-mula kawin dulu.

Suami pun jangan la expect lebih-lebih sangat sebab umur masing-masing dah meningkat. Mustahil amatlah si isteri tu boleh bertukar jadi muda balik macam dulu. Asal isteri tak selekeh, selalu berdandan, berpakaian seksi (tapi bukan depan anak), bijak, dan bagi layanan yang superb insyaAllah suami akan terus sayang.

Isteri kalau agak berat badan dah terlebih had, ambil langkah perlahan-lahan untuk turunkan. Kalau rasa kulit dah kusam, kering tak bermaya, jagalah pemakanan. Ambil protein dan vitamin yang betul. Kalau aset dah makin kendur, boleh makan kolagen. Kalau bau badan pun dah makin 'harum', buang-buanglah toksin dalam badan tu.

Dalam kes suami curang sampai berzina ni MS tak salahkan isteri. Dalam hidup berumahtangga, suami di pertanggungjawabkan untuk membimbing anak isteri. Kalau dah suami pergi berzina, itu bukan suami yang baik. Kalaupun betul si isteri tu dah tak cantik, tak ketat, tak mantop, tetap bukan alasan yang menghalalkan zina. Bertaubatlah!

Wahai isteri yang bijaksana, kalau sayangkan perkahwinan, kalau tak mahu suami pandang perempuan lain, jom kita ubah diri kita. Makeover kata orang putih.
Jaga makan, jaga badan, jaga rumahtangga, jaga solat, jaga hati, jaga hati suami, jaga hubungan dengan Allah, insyaAllah Dia akan bantu jaga kita dan suami kita.

Siapa nak makeover jadi tegang, ketat, mantop, anjal, gebu, cerah, muda dan selamatkan rumahtangga, jom segera hubungi MS:

Suhaila (868994)
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
emel: butik.annajah@gmail.com


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni kita out of topik la sikit ye.. Asyik cerita pasal bisnes je, jom keluar dari tempurung jap. Hari tu MS ada tulis pasal tajuk Grup Mak Tak Marah Anak dalam Facebook kan? (kalau ada yang baca la) haha. Grup yang sangat best terutama untuk mak-mak yang garang macam MS ni..

Panduan dan tips dalam tu, bila diingat-ingat insyaAllah boleh bagi cool down sikit time tengah naik angin dengan anak. Kesian anak kan?

Ok antara satu tips yang best yang di kongsi oleh rakan grup ialah amalan makan berjemaah atau lebih tepat lagi makan dalam talam. Amalan sunnah yang semakin di lupakan kan? Tapi rasanya anak-anak yang belajar sekolah agama masih praktikkan amalan ni kot. Ataupun dekat masjid-masjid. MS tak pasti sebab jarang nampak amalan ni dihidupkan dalam masyarakat.

Makan dalam talam mampu pupuk sifat kasih sayang antara adik-beradik -kredit foto Ummi Zubari
Buat ibu atau bapa yang ada masalah anak selalu bergaduh, bertengkar, bermasam muka, bercakaran, ber'smack-down' cuba praktikkan amalan makan dalam talam ni. MS pun teringin nak ajar anak-anak makan macam ni, tapi kenalah beli talamnya dulu. Hii..

Apa agaknya hikmah makan bersama-sama dalam talam ni ye?

1. Memupuk sifat kasih-sayang antara adik beradik

2. Adik-beradik belajar berkongsi. Selalu kan anak-anak ni suka berebut mainan. Dengan cara ni mungkin boleh latih mereka untuk berkongsi apa saja yang mereka ada

3. Mengeratkan ukhuwah antara mereka sebab bila makan sama-sama ni, mereka saling bercerita dan saling mendengar antara satu sama lain

4. Saling tolong-menolong dalam menghabiskan makanan

5. Mereka belajar untuk menghargai orang lain dan tak mementingkan diri sendiri. Iaitu dengan wujudnya sifat kebersamaan antara mereka.

6. Mengelakkan pembaziran.

7. Tidak makan terlalu banyak. Perasan tak bila makan ramai-ramai macam ni, kita akan cepat kenyang. Jadi sesuailah dengan saranan nabi suruh kita makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jadi mak-mak tak perlu nak hidangkan makanan terlalu banyak.

Amalan makan berjemaah ni juga boleh dipraktikkan oleh seluruh ahli keluarga termasuk suami isteri. Suami suap isteri, isteri suap suami, kan manis gitu. Anak-anak pun boleh suap mak dan ayah sekali kan?

Jom beli talam dan praktikkan amalan makan berjemaah bermula dari keluarga kita dulu.


Wanita dalam usia lingkungan 30-an selalu terdedah kepada masalah jeragat. Semasa berjalan-jalan, MS sering perhatikan wajah orang. Memang kebanyakan yang mempunyai jeragat berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an.

Rupanya ada juga wanita (kadang-kadang lelaki) yang lebih muda pun ada masalah jeragat. Jeragat selalu terjadi di kalangan wanita Asia seperti Malaysia.

Jeragat dalam istilah perubatan dikenali sebagai melasma. Ia selalunya kelihatan dengan jelas di kawasan pipi dan boleh juga terbentuk di kawasan hidung dan atas bibir.

jeragat memang tidak menyakitkan tapi boleh buat kita kurang keyakinan diri

Apa punca jeragat?
Ada banyak faktor terbentuknya jeragat atau tompok hitam di muka. Antaranya ialah:
1. Kerap terdedah kepada cahaya matahari yang terik
2. Penggunaan hormon sintetik contohnya dalam pil perancang
3. Penggunaan bahan kosmetik dan perawatan kulit wajah yang tidak sesuai
4. Faktor keturunan

Rawatan jeragat
Ada banyak kaedah rawatan yang boleh dilakukan mengikut masalah kulit masing-masing. Namun ia perlu di rawat oleh pakar kulit yang bertauliah sahaja.

Antara rawatan yang boleh dilakukan ialah teknik penglupasan kimia (kos RM450-RM600), rawatan laser (kos RM1000- RM2000), Mikrodermabrasion dan HV lontophoresis, penggunaan krim dan sunblok sebagai rawatan susulan.

Cara Selamat Hilangkan Jeragat
Pengambilan nutrisi yang betul boleh membantu mengurangkan seterusnya menghilangkan kesan jeragat pada wajah. Selain selamat, ia tidak memerlukan kos yang mahal.

Nutrisi seimbang dan mencukupi sangat penting untuk mengembalikan kulit wajah yang lebih muda, sihat, dan cantik. Lagipun tubuh kita memang perlukan zat yang berkhasiat untuk menjalankan fungsinya dengan baik.
Antara suplemen yang boleh MS cadangkan ialah Collagen Powder, ESP Shaklee, Vitamin C, GLA Complex dan Vitamin E.

Kesemuanya memainkan peranan tersendiri dalam mengembalikan keremajaan kulit.
Collagen Powder membantu membentuk kulit yang tegang dan anjal. Manakala Vitamin C membantu dalam meransang pengeluaran kolagen.

ESP pula membantu dalam pembinaan sel-sel kulit yang baru, dan GLA berperanan dalam keseimbangan hormon. Vitamin E pula ialah antioksidan kuat yang membantu mengurangkan jeragat, tompok hitam dan bintik penuaan.

Tidak mustahil lagi untuk menghilangkan kesan jeragat yang sudah lama berada di muka. Apatah lagi kita wanita bekerja yang kerap berjumpa dengan ramai orang.

Cukupkan pengambilan air kosong, guna sunblock yang selamat, kurangkan penggunaan bahan kimia di wajah dan mulailah dengan mengamalkan nutrisi semulajadi yang selamat. :)

Jadi ahli dan dapatkan penjimatan hingga 25%!

Hubungi:
Suhaila (868994)
SMS/WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
Emel: butik.annajah@gmail.com
Buah pinggang atau ginjal adalah organ yang sangat penting kepada manusia. Tanpa buah pinggang, kita tak mampu nak proses darah dan air yang ada dalam badan kita.


Kita juga tak mampu nak keluarkan bahan-bahan sisa yang badan kita tak perlukan. Kalau rosak buah pinggang, bayangkan sisa-sisa tu duduk kekal dalam badan. Toksin yang sepatutnya keluar, elok je bermastautin sampai akhirnya tubuh kita lemah dan rosak keseluruhannya.

Apabila rosak buah pinggang, antara penyakit yang boleh terjadi ialah batu karang. Sakit mencucuk di kawasan pinggang, sakit apabila nak kencing, badan lemah, sakit-sakit dibahagian kaki dari pinggang ke bawah adalah antara gejala dan permulaan kepada kerosakan buah pinggang.

Antara petanda awal buah pinggang kita ada masalah

Satu gejala yang boleh kita perhatikan ialah warna dan tekstur air kencing.

1. Buah pinggang sihat akan mengeluarkan air kencing yang jernih.

2. Kerap membuang air pula tanda kita banyak mengambil minuman bersifat deuretik, banyak sisa berlebihan di dalam ginjal dan tanda kencing manis.

3. Sakit semasa kencing tanda jangkitan pada salur kencing.

4. Manakala kencing kotor sering dikaitkan dengan kurang pengambilan air kosong.

5. Kencing berserbuk dan sakit pula tanda batu karang.

6. Kencing berminyak tanda kita banyak mengambil makanan berminyak, dan terdapat sisa lemak berlebihan dalam ginjal.

7. Bagaimana pula dengan warna air kencing yang keruh atau berwarna kuning?

Ini tindakbalas normal jika kita baru memulakan pengambilan dietary suplemen seperti B kompleks. Ini juga bermaksud tubuh sedang mengeluarkan toksin dan tubuh sedang mengawal selia.

8. Kencing berdarah menunjukkan kita mengalami penyakit batu karang dan ginjal telah rosak!

Apabila kita mengambil suplemen, tanda-tanda inilah juga yang akan keluar dan ini di panggil healing process.

Apapun, jika mengalami perubahan pada air kencing atau mengesyaki buah pinggang bermasalah, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Suplemen untuk buah pinggang kembali normal dan sihat

Bayangkanlah orang yang ada sakit buah pinggang dan terpaksa buat dialisis. Bukan saja banyak kos nak keluar, badan jadi penat dan rasa semakin sakit!

Cara semulajadi untuk bantu kesihatan buah pinggang ialah dengan mengamalkan minum Vivix Shaklee.

Vivix adalah minuman botani yang 100% berasaskan tumbuhan. Kandungannya terdiri daripada 4 jenis tumbuhan premium yang amat kaya dengan polifenol dan antioksidan termasuk resveratrol sebanyak 10 kali ganda!

Vivix ternyata memberi impak kepada kesihatan buah pinggang dengan cara:

1. Mengurangkan inflamasi dan keradangan pada buah pinggang

2. Menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan

3. Memulihkan semula kerosakan sel pada buah pinggang hingga ke tahap DNA

4. Memberi kesan kepada beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang iaitu kencing manis, darah tinggi, kecederaan akibat ubatan.

5. Mengembalikan semula fungsi buah pinggang dan mengurangkan gejala penyakit berkaitan buah pinggang


Alhamdulillah, dengan izin Allah, memang dah ramai sangat yang dapat manfaat daripada Vivix Shaklee ni. 

Testimoni #1:



Testimoni #2:


Testimoni #3:



Testimoni #4:

Keberkesanan Vivix Shaklee bukanlah berdasarkan testimoni semata-mata, tetapi ia telah dibuktikan selamat dan berkesan secara saintifik, melalui kajian unggul Landmark Study.

Dengan rawatan yang betul, di tambah dengan pengambilan suplemen semulajadi seperti Vivix, insyaAllah penyakit buah pinggang dapat di elakkan dan di kurangkan.

Tentu kita tak mahu keluarkan kos yang lebih banyak dari tahun ke tahun sedangkan penyakit tak sembuh-sembuh.

Sekiranya berminat mendapatkan Vivix Shaklee, harganya RM475 sebotol. Anda boleh jimat dengan membeli 2 botol dan terus menikmati harga ahli di samping keahlian percuma dengan bonus!

Organ kita, seperti buah pinggang, jika rosak, memang buruk padahnya. Sama-sama kita jaga kesihatan buah pinggang.

Minum banyak air kosong, jauhi makanan terproses yang mengandungi banyak bahan kimia sintetik. Jom kembalikan kesihatan dengan suplemen semulajadi Shaklee ;))

Hubungi saya untuk pembelian dan mendapatkan info lanjut:

-Puan Suhaila-


Certified Shaklee Distributor

ID:868994

*Produk ini tidak bertujuan untuk menyembuh, merawat, mendiagnosis atau mengubati penyakit. Ia adalah suplemen antioksidan untuk memperbaiki tahap kesihatan. 

Hari ni kelakar.

Lepas selesai Majlis Graduasi Ammar tadi, kami terus menuju ke bandar Kuantan untuk selesaikan beberapa urusan.

Berjalan dengan budak-budak tau ajelah. Bawak baby yang belum dua bulan pulak tu kan. Dah la yang abang-abangnya pun boleh tahan. Ikutkan hati memang MS malas nak pergi, tapi urusan ni memang perlukan MS ada di situ.

Ok, selesai urusan pertama, kami ke Tabung Haji untuk buka akaun baby dan tambah duit abang-abangnya. Keadaan memang lengang, tak ramai orang pun.

Lepas suami selesai tulis borang untuk buka akaun, MS pun ke kaunter. Suami pula tulis borang masuk duit untuk dua orang lagi anak.

Yang Ammar duk tolak stroller baby. Boleh pulak dia tinggalkan adik tu dekat tengah2 ruang orang ramai pastu datang kat mama sibuk dia main skrin tepi meja kaunter.

Yang si Aqil pulak kelentang kelentung pijak tong sampah yang boleh ternganga mulut bila kita pijak kaki dia tu.

MS pulak sibuk2 la dengan borang tu semua. Sekali pandang belakang haa nah!

"Ammar kenapa tinggal baby sorang2 tu, kang orang bawak lari. Yang adik ni pulak Ya Allah apasal main tong sampah ni?"

Mula-mula memang nak marah, pastu geli hati pulak tengok perangai bebudak ni. Adoii.. yang sorang tu la jakun benor ngan tong sampah.

Sampai pegawai kat kaunter tu cakap,

"Dia tak pernah jumpa tu" sambil senyum-senyum. Dalam hati mama rasa macam, ok kena beli tong sampah macam ni satu agaknye.

Sebenarnya mama teringat kat grup facebook Mak Tak Marah Anak tu. Betul, tengok cerita mak-mak lain, semua budak pun sama. Buat apa kita nak marah. Memang tu sifat budak-budak yang lincah, cergas, aktif, sihat, bijak. Agaknya kalau anak kita sakit, kita tak sanggup nak marah, kan?

Bersyukurlah anak kita sihat boleh melompat, memanjat, bermain, berfikir, berimaginasi, belajar dan sebagainya. Bayangkan kalau anak kita sakit. Kita pun tak sanggup nak tengok.

Oleh itu mama mama sekalian, no no no! Tak mau marah marah anak lagi ok!