Enter Keyword

CARA TAMBAH SUSU BADAN

Cara yang paling TEPAT untuk menambah penghasilan susu ialah dengan MERANSANG penghasilan susu.

Semakin banyak permintaan, semakin banyak pengeluaran. 

Macam kilang jual kereta..semakin ramai orang nak beli, semakin bertungkus-lumus pekerja kilang bekerja untuk keluarkan kereta.

Begitu juga dengan penyusuan. Ajaibnya tubuh kita ni Allah sediakan dengan hormon. Hormon yang diransang oleh bayi kita inilah yang akan menghantar isyarat ke otak supaya lebih, lebih dan lebih lagi susu terhasil sebab bayi kita sangat suka menyusu ibu..

Bagaimana meransang penghasilan susu?

1. Pastikan bayi menyusu dengan kerap dan efisien
Lagi banyak susu dikeluarkan dari payudara, lagi banyak susu terhasil. Jika susu tidak dikeluarkan, permintaan susu ibu akan berkurangan.

Pastikan posisi dan teknik lekapan bayi betul. Bayi yang mengantuk, penggunaan pelindung puting atau pelbagai masalah kesihatan atau anatomi bayi boleh mengganggu keupayaannya menyusu secara efektif.

Jika bayi kurang menyusu, payudara harus dikosongkan menggunakan pam. Kerap pam susu dan jika perlu gunakan teknik 'power pumping'.

Jika bayi mengalami masalah berat badan, sasarkan untuk menyusu setiap 1.5 hingga 2 jam sekali pada siang hari dan sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada waktu malam.

2. Ransangan terus melalui payudara
Tidak dapat dinafikan, hisapan bayi lebih efisien berbanding pam. Ibu-ibu boleh mengambil cuti selama dua atau tiga hari khusus untuk menyusukan bayi sekerap mungkin. Berehat setelah selesai setiap penyusuan.

3. Tukar payudara
Tukar setiap payudara tiga kali atau lebih setiap kali sesi penyusuan. Pastikan bayi kita menyusu pada payudara sebelum menukarnya. Jika bayi mengantuk, tukar kepada payudara yang dia kurang berminat. Urut payudara (press compression) untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.

4. Elakkan penggunaan botol atau puting kosong
Jika ada masalah berbangkit, hanya gunakan sudu, cawan atau picagari supaya bayi tidak keliru puting.

5. Elakkan beri bayi air atau susu formula
Walaupun hanya beberapa mililiter, tubuh sudah tercabar.

6. Berehat
Rehat dan tidur ketika bayi tidur. Minum air secukupnya, makan makanan seimbang.

7. Pam payudara dengan kerap
Mengepam semasa sesi penyusuan atau atau selepas penyusuan sangat membantu. Matlamat untuk mengepam ialah mengosongkan payudara dan meningkatkan penghasilan susu.

8. Tenangkan diri
Pejam mata, tarik nafas, bayangkan payudara sentiasa penuh dengan susu, bayangkan bayi mendapat susu dengan cukup, berzikir, pasang muzik yang menenangkan.

9. Suplemen
Boleh dipertimbangkan untuk menambah penghasilan susu. Baca Petua Mudah Tambah Susu Badan.

Berikan bayi-bayi kita HAK mereka.. Jom jadi ibu bijak!!
p/s: Saya bukan kaunselor laktasi. Saya cuma berkongsi apa yang saya baca melalui buku, majalah dan internet dan saya juga ibu penyusu!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan