LAKTASI: TANDA-TANDA SUSU BADAN TAK CUKUP
Harini up topik pasal laktasi..dah lama tak cerita pasal laktasi. Memandangkan ramai ibu-ibu yang keliru bila sepatutnya anak diberi susu formula? Bila ibu-ibu boleh ambil supplemen? Apa tanda susu cukup? Susu saya ni cukup ke tak? Bayi macam tak puas je.. Kenapa susu saya sikit? Dan macam-macam persoalan lagi kan?
Dibawah ini BUKAN tanda susu kurang. Adalah normal sekiranya:
Bayi kerap menyusu
Susu ibu sangat mudah dihadam (mengambil masa 1.5-2 jam sahaja). Jadi, bayi yang menyusu dengan susu badan mesti menyusu dengan lebih kerap. Lagipun, bayi sangat suka didakap ibu kesayangannya..dia rasa lebih selesa, selamat. Jangan salah faham, sian baby..
Kekerapan dan tempoh menyusu meningkat secara mendadak
Ini dipanggil 'growth spurt". Pada masa ini, bayi akan menyusu lebih kerap, (mungkin setiap satu jam) dan sering meragam. Ibu jangan panik.Keadaan ini hanya sementara dan biasanya mengambil tempoh antara beberapa hari dan beberapa minggu.
Growth spurt biasanya berlaku- selepas bayi dilahirkan, 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, dan 9 bulan. Setiap bayi adalah unik dan tidak semua bayi mengalami growth spurt dan tidak semua growth spurt berlaku dalam masa yang sama.
Growth spurt adalah semulajadi. Ibu diingatkan tidak mengambil suplemen pada waktu ini kerana tubuh ibu sedang meningkatkan penghasilan susu. Supplemen pada waktu ini akan beri isyarat negatif pada hormon.
Bayi meragam
Bayi memang akan meragam lebih-lebih lagi jika berasa perubahan seperti terlalu sejuk, terlalu panas, rasa tidak selesa dan sebagainya. Cara yang paling baik, dukung, dakap, dan kerap memberi payudara sebelum dia mula meragam.
Bayi minum susu dari botol dengan lahap walaupun selepas menyusu badan
Menurut pakar laktasi Kathy Kuhn, keadaan ini berlaku apabila ibu memberi botol, mulut bayi dipenuhi dengan susu. Bayi tidak menyedut tetapi susu mengalir keluar dari botol dan bayi TERPAKSA menelannya. Ini berlaku hingga sebotol susu habis. Keadaan ini sering disalahertikan sebagai 'bayi tak cukup susu'. Kesian lagi baby..
Tidak dapat memerah susu dalam kuantiti banyak
Amaun susu yang diperah, bukan ukuran bekalan susu kita! bayi yang menghisap secara efektif dari payudara mampu mengeluarkan lebih susu berbanding pam. Secara semulajadi, bayi memang tahu bagaimana menghisap susu (jika disuakan dengan betul) oleh ibu dia ;)
*Pam yang tidak sesuai boleh membawa mudarat. Hati-hatilah memilih pam.
Bagaimana untuk mengetahui bahawa susu untuk bayi mencukupi?
1. Payudara menjadi lembut selepas menyusukan bayi.
2. Selepas menyusu, bayi kelihatan lebih tenang, kenyang dan puas hati
3. Berat bayi meningkat selepas berlaku penurunan selepas lahir.
4. Selepas menyusu 'kolostrum', lampin basah hanya 1 atau 2 kali sehari. Manakala selepas menyusu 'susu' lampin basah biasanya 5-8 kali sehari (bergantung pada lampin atau diapers).
5. Pada bulan pertama kelahiran, bayi akan membuang sekurang-kurangnya 3 kali sehari, dan selepas hari ke-5, najis berwarna kekuningan. Pada usia sebulan, pergerakan usus kurang tetapi semakin normal apabila bayi mula makan solid food pada usia 6 bulan.
TANDA-TANDA BAYI TIDAK MENDAPAT SUSU YANG CUKUP
1. Payudara masih terasa penuh walaupun selepas menyusukan bayi
2. Bayi kelihatan cerewet dan lemah. Dia mungkin tertidur dipangkuan tetapi akan jaga apabila anda meletakkannya ke tilam.
3. Berat bayi tidak bertambah selepas hari ke-lima.
4. Lampin basah lebih dari biasa dalam masa 24 jam selepas hari ke-lima kelahiran.
5. Air kencing berwarna gelap (seperti jus epal). Jika susu mencukupi, air kencing akan lebih jernih.
6. Penyusuan memakan masa lebih dari sejam dan bayi kelihatan tidak puas.
Setelah mengetahui dan memahami tanda-tanda seperti diatas, ibu-ibu dah boleh buat pilihan sama ada nak lakukan perkara yang meransang pertambahan susu atau mengambil suplemen.
Next entry: Cara tambah susu ibu.. stay tune! ;))

Saiz perut bayi selepas lahir hingga hari ke 10 kelahiran. |

Good article... sangat bermanfaat untuk ibu-ibu yang ragu2 ttg penyusuan..
BalasPadam