Enter Keyword

8 Cara Kurangkan Bengkak Kaki Semasa Hamil

Assalamualaikum wbt.

Salah satu masalah yang kerap melanda ibu hamil ialah bengkak kaki atau dalam perubatan dipanggil oedema.

Alhamdulillah sepanjang saya mengandungkan tiga orang hero ni, belum pernah lagi mengalami masalah bengkak kaki atau kaki kembang.

Kalau datang buat check-up ke KKIA, nampak ibu dengan kaki bengkak, kesian pulak rasa. Mesti tak selesa dan ketat je rasa nak berjalan kan. Ada yang kes lagi teruk saya pernah nampak, urat kaki dia yang kaler hijau tu memang timbul sampai ke betis. huhu...


Kenapa ibu hamil selalu mengalami bengkak kaki?

Semasa mengandung, badan kita akan simpan banyak cecair daripada biasa. Dan apabila kandungan sudah semakin besar, rahim kita ni akan menekan salur darah pada pelvis. Tekanan ni akan menyebabkan peredaran darah di bahagian bawah badan kita menjadi perlahan dan berkumpul.

Apabila darah berkumpul, ia akan memaksa air turun dan keluar melalui kapilari darah dan masuk ke tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya air ini akan diserap oleh badan. Sebab itulah kita akan nampak kaki mula mengembang dan seakan bengkak.

Bagaimana nak kurangkan bengkak?

Ada beberapa cara yang boleh ibu lakukan untuk kurangkan dan menghilangkan bengkak kaki yang tak selesa ni.

1. Elakkan duduk terlalu lama atau berdiri terlalu lama. Jangan silang kaki semasa duduk kerana ini akan burukkan keadaan. Cuba lakukan banyak pergerakan untuk menghalang darah berkumpul di sesuatu bahagian.

2. Baring kekiri jika ibu ingin berehat untuk mengurangkan tekanan pada saluran darah vena kava. Ibu juga boleh naikkan sedikit kaki dengan bantal supaya berkedudukan tinggi sedikit daripada jantung.

3. Berselimut atau pakai stokin semasa tidur tetapi elakkan stokin yang terlalu ketat.

4. Pakai kasut yang selesa yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

5. Minum banyak air untuk mengembalikan cecair yang hilang.

6. Mengurut. Mintalah bantuan encik suami untuk mengurut kaki yang bengkak itu.

7. Makan secara sihat, elakkan makanan ringan dan tinggi garam.

8. Mengambil suplemen seperti multivitamin, kalsium, magnesium dan omega 3.

Hampir 80% wanita mengandung pernah mengalami masalah bengkak kaki ni dan ia biasanya berlaku pada trimester ketiga. Ianya normal dan ibu jangan risau. Selalunya lepas bersalin bengkak ni akan surut sendiri.

Tapi lain halnya dengan ibu yang mengalami bengkak kaki lepas bersalin. Yang ini saya pernah kena. Tunggu next entry okeh!

Ada ibu-ibu yang ingin mendapatkan set lengkap ibu mengandung, boleh hubungi saya ;)

Suhaila Budin
012-9645614
868994


2 ulasan:

  1. nice info bagus untuk bakal2 ibu di luar sana

    BalasPadam
  2. dah cecah 32 minggu tetiba doktor kata kaki bengkak sket. alhamdulillah lepas 2-3 hari dah ok. tak rasa pun kaki bengkak, mungkin sebab dok sibuk urus wedding adik few days back.skrg dah happy2 :)

    BalasPadam